Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Saturday, October 17, 2015

Ford Ranger baru lebih handsome

  Mohd Shubhi       Saturday, October 17, 2015
Ford Ranger 2015
Nampaknya Ford Ranger baru telah keluar dan rupa bentuknya jauh lebih handsome berbanding yang dah ada dalam pasaran sebelum ini.

Baru-baru ini, hari khamis 8hb Oktober, Sime Darby Auto Connexion (SDAC), pengedar tempatan untuk Ford Motor Company telah melancarkan Ford Ranger baru yang lebih handsome di Pusat Belibelah One Utama.

Ford Ranger memang sejak sebelum ini jauh lebih handsome berbanding Toyota Hilux. Dengan terpasaranya Ford Ranger yang lebih baru ini, makin nampak mengamcam dari segi rupa bentuk berbanding Toyota Hilux

Namun begitu, Toyota Hilux merupakan pickup yang lebih banyak terjual berbanding Ford Ranger terutamanya di Sabah dan Sarawak. Di sana boleh dikatakan ke mana saja anda pergi, akan kelihatan Toyota Hilux yang cantik-cantik di make-up macam kereta mewah.

Kenapa Toyota Hilux, bukan Ford Ranger

Agak pelik juga kenapa Toyota Hilux lebih banyak terjual di negara kita sedangkan jika dibuat perbandingan antara Ford Ranger dengan Toyota Hilux, ternyata Ford Ranger mengatasi Hilux dari segenap segi ?

Lagipun, ada masalah besar terhadap pemilik Toyota Hilux setiap kali meletakkan pickup tersebut di kawasan parkir atau di mana-mana saja. Masalah kecuriannya yang terlalu tinggi di negara kita.

Sebab apa Toyota Hilux suka dicuri oleh pencuri yang jahat suka buat benda haram tersebut?

Sebabnya Toyota Hilux amat mudah dijual, walaupun ianya kereta curi. Ertinya pasarannya amat tinggi dan mendapat permintaan ramai. Jadi macam telur dan ayam pulak. Sebab senang jual, tinggi permintaan, maka orang jahat suka curi sebab senang nak jual.

Ada satu lagi kelebihan Toyota Hilux berbanding Ford Ranger. Disebabkan jualannya laris, ramai orang pakai, maka kemudahan selengara dan kemudahan sparepart terjamin. Harganya sparepart pula jadi lebih rendah sebab kelebihan volume permintaan.

Setakat ini Ford Ranger jadi pickup pilihan kedua selepas Toyota Hilux di Malaysia. Dari segi jualan masih jauh ketinggalan berbanding Hilux. Tetapi di negara lain seperti Vietnam, Cambodia, Philippines, Myanmar and New Zealand, Ford Ranger dah pukul Hilux tahun lepas dari segi jualan.

Tak lama lagi Ford Ranger atasi Toyota Hilux

Jika jualan Ford Ranger semakin bertambah dan satu masa lagi mengatasi penjualan Toyota Hilux, perkara sama akan berlaku pada Ford Ranger. Penambahan volume permintaan ke atas sparepart mampu menurunkan kos selenggara. Itulah harapan peminat Ford Ranger.

Konsep Ford Ranger bermotokan " Build Ford Tough ".

Ford Ranger terbaru ini direka dengan keupayaan yang jauh lebih tinggi dari segi kuasa dan juga muatan. Keupayaannya jauh mengatasi kesemua jenis pickup yang ada di dalam pasaran negara kita, begitulah dakwaaan mereka.

Ia juga dilengkap dengan ciri-ciri keselamatan yang  canggih yang tak ada pada kenderaan pickup lain. Ford Ranger juga lebih menjimatkan penggunaan minyak diesel. Semuanya adalah elektronik. Cumanya masalah pickup yang penuh dengan gadget elektronik ini adalah kelemahannya untuk penggunaan kasar masuk hutan dan redah air serta lumpur.

Namun begitu, hampir kesemua pickup moden zaman sekarang semakin lama semakin banyak gadget elektroniknya. Macam direka hanya untuk atas jalanraya bersih macam kereta biasa saja nampaknya dan bukannya untuk kes masuk hutan redah air dan lumpur.

Jika berminat nak tahu spesifikasi lanjut tentang Ford Ranger baru yang cukup handsome ini, boleh baca kat sini.

Secara peribadi, insyaallah jika ada rezki, lepas dah lenjan habis Hilux yang ada sekarang ini, akan tukar pulak dengan Ford Ranger. Mungkin masa itu ada model terbaru pulak keluar dan jauh lebih hebat lagi dari sekarang.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Ford Ranger baru lebih handsome

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !