Jas duit

Jasduit - Just do it !

Wednesday, November 25, 2015

Jam tangan Bell & Ross terpakai

  Mat Bihi       Wednesday, November 25, 2015
Bila tulis artikel pasal minat tengok jam tangan sejak kecil, baru-baru ini, baru saya sedar rupanya ramai juga peminat jam tangan yang membaca di blog ini. Ramai yang berkongsikan minat yang sama macam saya nampaknya terhadap kesenian dan keindahan pembuatan jam tangan.

Sebagai menghargai para peminat jam tangan kat sini, kali ini masih nak cerita pasal jam tangan juga. Tapi dah masuk jenis jam tangan yang agak mahal harganya dan bukan lagi jenis jam-jam tangan yang bermodalkan wang yang rendah yang macam zaman kanak-kanak dulu.

Jam tangan yang saya maksudkan adalah dari jenama Bell & Ross yang direka khas untuk mereka yang meminati apa saja yang menyentuh kelajuan dan penerbangan. Begitulah yang dipromosikan oleh pembuat jam tangan Bell & Ross.

Kali pertama lihat Bell & Ross

Nama jam tangan Bell & Ross ini sebenarnya amat baru bagi saya. Tak pernah tengok dan tak pernah dengar jenama jam tangan Bell & Ross sebelum ini. Lagipun jarang sangat kita lihat syarikat-syarikat jam tangan buat iklan di TV sekarang ini.

Kebanyakan pembuat jam tangan banyak beriklan di majalah-majalah yang niche pasarannya. Mereka mensasarkan pembeli yang tertentu terutamanya dari kalangan mereka yang berpendapatan tinggi.

Kali pertama terlihat jam tangan Bell & Ross ini adalah apabila saya masuk baca blog terkenal dalam dunia automotif negara, iaitu blog Paul Tan. (Nota: Tadi baru saya masuk ke blog tersebut, dah tak ada pulak iklan jam tangan Bell & Ross kat situ.)

Dari gambar yang dipaparkan di blog tersebut, nampak macam menarik sangat dengan bentuknya empat segi berwarna hitam. Pembuatannya dari gambar kelihatan amat ringkas dan kukuh. Rupa bentuknya menambat hati untuk tahu lebih lanjut tentang jam tangan Bell & Ross.

Tapi tak banyak sangat kedai yang mempamerkan jam tangan Bell & Ross di dalam cermin kedai mereka. Tak berpeluanglah untuk menatap jam tangan itu secara real dan mencubanya di pergelangan tangan.

Jam Tangan Bell & Ross di KLIA 2

Satu hari ketika baru sampai di KLIA 2 dari Sabah dengan menaiki penerbangan AirAsia, waktu masih awal petang dan kebetulan tidak ada urusan lain yang nak diuruskan hari tersebut. Jadi terus saya ambil kesempatan itu untuk jalan pelan-pelan menjamu mata di semua kedai yang ada di dalam bangunan KLIA 2 itu.

KLIA 2 memang dirancang selain dari menjadi pusat penerbangan, juga untuk menjadi hub membeli belah kepada golongan yang ada duit serta meminati barangan berjenama. Maka banyaklah kedai-kedai hebat yang mempamerkan barangan mewah di KLIA 2.

Sambil jalan perlahan-lahan tu saya terpandang kedai jam tangan mewah. Terus kaki melangkah menuju ke kedai tersebut dan masuk serta mula membelek satu persatu jam tangan yang ada. Lalu terpandanglah susunan jam tangan Bell & Ross yang empat segi indah dan kemas di dalam cermin.

Wah ! peluang untuk membelek dan mencuba pakai jam tangan Bell & Ross untuk kali pertama nampaknya. Bila dilihat secara sebenar, ternyata jam tangan tersebut bersaiz besar. Macam jam-jam tangan jenama lain juga yang gemarkan saiz besar.

Persepsi ramai sekarang juga lebih mempamerkan bahawa jam tangan besar itu adalah mewah dan elegan. Alat atau tombol pemutar jam tangan juga amat menonjol besar seketul tapi tetap cantik menawan.

Saya cuba pakai pada tangan memang sedap di pakai dan nampak sporty. Talinya agak gabai besar sedikit daripada biasa. Tapi yang diperbuat daripada kulit hasil buatan tangan itu kelihatan lebih cantik jika semakin lama di pakai, itu kata promoter.

Kata promoter lagi, jam tangan Bell & Ross direka khas untuk pilot atau mereka yang terlibat dalam industri penerbangan. Kelebihannya adalah dari segi pembuatannya yang halus dan posisi harganya antara yang paling murah di antara pesainganya dalam kelas yang sama.

Murah-murahpun, anda perlu ada plus minus RM10 ribu untuk memiliki sebuah jam tangan Bell & Ross. Harga yang boleh tahan, bergantung kepada jumlah pendapatan kita dan jumlah wang simpanan yang kita ada. Juga amat bergantung pada minat terhadap seni buatan jam tangan.

Jam tangan terpakai Bell & Ross

Bila dah puas mencubanya, saya kembalikan semula jam tangan pada promoter. Kepala ligat cuba merasionalkan diri mencari alasan kenapa saya tak perlu membeli jam tangan tersebut, atau lebih tepat kenapa saya perlu membeli jam tangan itu.

Antara perkara yang membuatkan saya tak pernah rasa selesa adalah perbandingan antara jam tangan automatik dengan jam tangan bateri. Yang satunya mahal melampau sedangkan menggunakan teknologi lama dan tidak hidup jika tak guna lebih dari 2 hari.

Jam tangan yang menggunakan bateri pula adalah amat tepat, tak perlu pakai selalu dan boleh tak pakai lebih dari sebulanpun dan ia masih bergerak tepat pada masanya. Dengan semua kelebihan jam tangan bateri, harganya pulak amat murah berbanding yang automatik.

Jadi kenapa saya nak beli jam tangan automatik sedangkan logiknya jam tangan bateri lebih boleh dipercayai... Mungkin sebab jam tangan automatik dan mahal boleh diperturunkan sehingga kepad anak cucu.. mungkin itu agaknya ?

Baru-baru ini pula saya pergi ke Bangsar Village dan macam biasa singgah lagi kedai jam tangan kat situ. Kelebihan kedai itu adalah adanya jam tangan mewah tapi terpakai yang orang tolak semula samada nak ambil jam baru ataupun sebab perlukan duit.

Kebetulan hari itu ada dua buah jam tangan Bell & Ross terpakai dan harganya menarik ! Saya berpeluang belek sekali lagi dan mencuba pakai. Satu jam yang terpakai itu sudah lusuh tali kulitnya tapi keadaan jam itu sendiri amat baik dan tiada calar kecuali pada bahagian belakang jam.

Sekali lagi terpaksa melawan keinginan nak beli jam tangan Bell & Ross itu. Tawaran amat menarik bersama dengan waranty setahun diberikan oleh kedai jam itu sendiri, membuatkan ia menjadi lebih menarik lagi.

Akhirnya anak-anak berjaya menyelamatkan keadaan bila mereka datang memanggil saya untuk buat bayaran pembelian ibu mereka... saya terus pergi dan berterima kasih pada promoter wanita comel berbangsa Myammar itu, lain kali lah !
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Jam tangan Bell & Ross terpakai

Previous
« Prev Post

13 comments:

  1. Pada pendapat saya, kena tengok juga kepada size jam tangan itu bila kita cuba atas pergelangan tangan kita samada nampak besar sangat ke atau kecik sgt ke atau ngam2 ...
    kalau badan dan tangan kita jenis besar tapi pakai jam2 yg jenis mickey mouse nampak sgt janggal lah ... kah kah kah
    saya masih berpendapat jam2 otomatik dari jepun jauh lebih murah dari jenama swiss. kualiti jam2 otomatik dari jepun masih setanding dari segi teknologi dengan swiss malah ada jugak jam2 dari barat menggunakan mesin2 buatan dari jepun (seperti miyota dari citizen)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalu juga tengok orang dewasa dan muda yang pakai jam tangan kecil macam jam tangan wanita punya saja... memang rasa tak kena

      Delete
  2. Suku Samdol berkata ....
    Ada banyak forum2 kat tenet yg kita boleh menimba ilmu tentang horologi yg kita minati ini.
    Salah satu forum kat Malaysia ialah Malaysia Watch Forum.
    Hondikee, Watchuseek, Watchonista, Watch Idiot Savant, dari Singapura ... Yeoman's Watch Review,

    Ada banyak lagi site yg saya layan tentang jam2 tangan nih. hehehe

    ReplyDelete
  3. Sekadar perkongsian,

    Memang betul apa yang dikatakan oleh Tuan Subhi mengenai jam automatik ni lebih mahal kerana dapat diperturunkan sehingga ke anak cucu. Sebabnya ianya lebih tahan lama bebanding dengan jam bateri (quartz). Jikalau rosak pun hanya perlu ditukarkan beberapa parts dah terus boleh pakai lagi. Berbanding dengan jam quartz, jika litar elektroniknya 'terbakar', harus tukar seketul enjin jam yang baru.

    Bagi kebanyakan peminat jam , jam automatik lebih kelihatan 'hidup' bebanding jam quartz berdasarkan seni pembuatan mekanikalnya yang begitu kompleks. Bayangkan dengan menggerakkan sedikit badannya ianya boleh berputar mengikut rentak yang ditetapkan untuk berfungsi sebagai penunjuk arah.

    Jam automatik juga boleh dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan pemiliknya. Masakan tidak, kalau tak pakai 2 hari dia akan 'merajuk' tak mahu berjalan . Terpaksalah lepas tu kena goncang dan belai untuk betulkan masa semula. Bukankah itu adalah satu bentuk hubungan istimewa antara jam dan pemilik jam. :-)
    ( Pengecualian ini diberi kepada high end swiss watches yang ada sampai 50 hari tak perlu goncang jika tidak memakainya).

    Pendapat tentang jam automatik Swiss setanding dengan jam automatik Jepun saya kurang bersetuju, Memang ya dari segi harga, jam automatik Jepun lebih murah dari jam swiss, tetapi dari segi pembuatan, kemasan, dan nilai estetika ada pada jam Swiss tidak boleh ditandingi dari mana-mana negara pembuatan jam yang lain.

    Berbalik kepada jam Bell & Ross yang dihighlightkan oleh Tuan Subhi dalam posting ini, Ia sememangnya bersaiz besar. Tujuannya utamanya bukan untuk menunjukkan ianya mewah dan elegan. Tetapi sebagai jam yang direka khusus untuk dipakai oleh juruterbang pesawat tempur, ia perlukan saiz yang besar untuk memudahkan penglihatan juruterbang tersebut secara sepintas lalu. Tombol pemutar jam atau dipanggil 'crown' juga direka dengan lebih besar untuk memudahkan juruterbang mengendalikanya tanpa perlu membuka sarung tangan yang dipakai semasa bertugas.

    P/s: Bell & Ross ini saya minat satu sahaja modelnya WW1-97 Rerserve De Marche




    ReplyDelete
    Replies
    1. Penerangan yang jelas dan menarik. Terima kasih Tuan Mukhlis Ibrahim. Tentu dah lama mengikuti perkembangan industri jam tangan ni..!

      Delete
    2. Contoh: Cuba tengok jam tangan Grand Seiko ... tuan akan paham apa yang dimaksudkan Jepun dah setanding atau pun mungkin lebih bagus dari Swiss.

      Walau bagaimana pun, kepada peminat2 jam Orient, Seiko dan Citizen keuntungan berpihak kepada mereka selagi kebanyakkan peminat2 jam tangan terus membeli jam2 dari Swiss. Kerana apa? Kerana harga jam2 dari Jepun mereka dapat beli at bargain price. :-)

      Delete
  4. Suku Samdol berkata:

    Watch movements are arguably the most important part of a watch: as the heart and brains of our timekeeping devices, you need to have a movement if you want your watch to work. These mechanical movements are the original, stand by, watch movement design. They are built tough and come ready to install. These mechanical watch movements are made by the Miyota division of Citizen LTD to fit many genuine Citizen, Bulova, Miyota, and Wittnauer watches.

    ReplyDelete
  5. Kat mesia ada jenama 'najib & Ros'. Tapi tak hebat mana pun.

    ReplyDelete
  6. Jenama 'najib & ros' punya kehebatan tersendiri iaitu kehebatan merembat duit rakyat serta derma2.6 bilion..................

    ReplyDelete