Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Tuesday, March 15, 2016

Tukar kereta Nissan Sentra kepada Nissan Sylphy

  Mohd Shubhi       Tuesday, March 15, 2016
Di Malaysia ada 3 jenis kenderaan dari Jepun yang paling laris dan banyak berada di atas jalanraya. Untuk tahun ini, Honda mendapat tempat nombor 1 dari segi jumlah jualan kenderaan mereka di Malaysia. Toyota pula yang selama ini menguasai jualan kereta buatan Jepun paling laris mendapat tempat ke-2. Dan Nissan pula mendapat tempat yang ke-3.

Sejak pengalaman yang tak berapa menarik menggunakan kenderaan Continental masa lalu, saya buat azam untuk hanya membeli dan menggunakan kenderaan buatan Jepun. Dan sudah tentu pilihannya adalah samada Honda, Toyota atau Nissan.

Untuk sementara waktu ini hanya dua jenama kenderaan yang saya pakai dari Jepun. Pertamanya Toyota dan keduanya Nissan. Saya pilih Toyota sebab nak pakai kenderaan pick-up 4x4, jadi saya beli Hilux. Secara umumnya Hilux memang berbaloi dari segi penjimatan penggunaan minyak dan juga kos selenggara. Sebab itu Hilux menjadi pilihan.

Kenapa pilih Nissan

Nissan pula saya pilih sebab kebanyakan kereta Nissan sedan berkonsepkan kereta keluarga. Sebab itu saya jadikan Nissan sebagai kereta sedan pilihan. Lagipun kereta Nissan ni tak berapa kerap sangat buat Facelift macam Toyota dan Honda. Setiap kali mereka buat Facelift, kereta yang dibeli terus jadi macam kereta lama.

Selama ini saya pakai Nissan Sentra yang tak lama sangat saya beli dan pakai. Kereta Nissan Sentra itu masih elok sebenarnya. Cuma cermin depannya kena barang keras lalu retak dan terpaksa di tukar tahun lepas. Nasib baik saya ada beli insuran yang cover sekali dengan cermin depan.

Selepas menukarkan cermin depan kereta itu, ia mengalami masalah bocor setiap kali hujan lebat. Puas saya cari dari mana puncanya. Saya suruh Nissan service centre buka dan periksa semua bahagian pintu depan dan belakang dan pasang semula dengan elok. Periksa semua getah pada cermin dan betulkan semula, tapi masih tetap masuk air.

Akhirnya saya yakin bahawa puncanya adalah dari cermin depan yang telah ditular itu. Mungkin kedai yang memasangnya itu tidak membuat pemasangan dengan baik sampai kereta Nissan sentra itu tidak kalis air. Ini ilmu baru saya belajar dalam bab nak tukar cermin depan kereta.

Pastikan anda semak kerja tangan kedai yang nak tukar cermin tersebut samada baik atau main cincai saja. Workshop yang saya suruh tukar masa tu nampak jenis one man show dan kerjanya pun lembab dan tidak memuaskan hati dari segi finishingnya.

Bila saya dah tahu kemungkinan besar masalahnya berpunca dari windshield, saya tanya pada Nissan untuk buka dan pasang semula cermin depan kereta itu. Mereka beritahu kena pasang semua baru. Sebabnya untuk membuka semula pemasangan cermin itu bakal merosakkan cermin. Untuk mengeluarkannya perlu ketuk hancur cermin depan itu baru boleh buka.

Alamak ! kenapa boleh jadi macam itu ? saya tak tahu tapi itulah yang mereka beritahu pada saya. Kereta yang setiap kali hujan lebat bertakung air pada lantainya membuatkan bau busuk atau bau karpet masam berlaku sepelas kereta dikeringkan.

Keadaan itu membuatkan langsung tak seronok nak bawa kereta. Walaupun dari segi handling, kereta itu amat mantap dan selesa, saya rasa dah tak puas hati. Akhirnya setelah buat pertimbangan dengan mendalam, saya terus ke Nissan Glenmarie dan bertanya apa tawaran menarik yang ada jika saya mahu trade in Nissan Sentra tersebut.

Tukar Nissan Sentra kepada Sylphy

Selepas diberikan beberapa pilihan, akhirnya saya tertarik dengan kereta Nissan Sylphy yang ditawarkan oleh salesman Nissan. Harganya boleh tahan dan mereka ada kemudahan ambil kereta lama Nissan saya dengan harga yang berpatutan.

Dan begitulah berakhir Nissan Sentra yang saya pakai sejak beberapa tahun sebelum ini ditukarkan kepada Nissan Sylphy. Semuanya gara-gara tak puas hati dengan air masuk setiap kali waktu hujan lebat.

Selepas ini saya update pula pengalaman membeli Nissan Sylphy yang menarik juga untuk dikongsikan di sini.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Tukar kereta Nissan Sentra kepada Nissan Sylphy

Previous
« Prev Post

2 comments:

  1. bARU2 NI CERMIN KERETA SAYA RETAK . SAYA PERGI TUKAR CERMIN TAK PULA DIKETUK HANCUR UNTUK TUKAR CERMIN .ELOK JE DIA TANGGALKAN CERMIN TU SEKEPING.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silap saya mungkin tak pergi tanya kedai lain pulak... main ambil pegang apa yang Nissan punya service advisor cakap. Terima kasih atas maklumat tuan !

      Delete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !