Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Tuesday, April 5, 2016

Kat mana nak buka puasa makan sedap di Miri

  Mohd Shubhi       Tuesday, April 5, 2016
Baru-baru ini saya berkesempatan minum di sebuah kedai makan di Pusat Bandar Miri, Sarawak. Bukan mudah untuk jumpa kedai mamak di Miri atau mungkin juga di sekitar Sarawak. Itu perbezaan yang agak ketara antara pusat bandar di semenanjung berbanding di Sarawak.

Masalah bagi orang macam saya jika pergi ke Sarawak adalah untuk melepak minum dan berbual sambil makan ringan di kedai yang selesa. Suasana sebegitu biasanya disediakan oleh kedai mamak di sekitar kuala lumpur ini. Bila ada di Miri, susah pula nak jumpa kedai mamak.

Cari kedai makan dengan TripAdvisor

Nasib baik saya baru download app TripAdvisor ke dalam telefon pintar Samsung yang baru saya pakai. Rupanya ada faedahnya juga dengan adanya TripAdvisor. Saya buka dan buat carian kedai makan. Pilih saja lokasi di mana kita sedang berada, dan TripAdvisor akan senaraikan kedai-kedai makan pilihan yang diundi oleh pengguna.

Hari khamis itu saya puasa sunat dan bila dah masuk waktu petang saya mula cari maklumat nak berbuka kat mana petang itu. Waktu magrib masuk dalam lingkungan pukul 6.33 di Miri. Tak kan nak berbuka kat Hotel, lebih baik cari saja kedai yang selesa dan murah.

Nasi Lelapan terkenal di Miri

Ada beberapa kenalan di Miri yang syorkan saya mencuba Nasi Lelapan. Itu antara masakan terkenal di Miri dan boleh di dapati di beberapa lokasi di pusat bandar. Tapi bila dapat tahu Nasi lelapan tu macam Nasi Ayam Penyet, saya tak jadi nak mencubanya. Tak ada apa-apa kelebihan dengan nsi ayam penyet bagi saya.

Bila saya buka TripAdvisor, terpampang Kedai Makan Islam Khan atau Khas Islamic Food. Lokasi kedai itu dekat sangat dengan hotel yang saya tinggal. Ada di belakang Hotel saja. Jadi saya pergi tengok kedai tersebut dan rupanya sebijik macam kedai mamak, tapi bukan mamak sebenarnya.

Makanannya berbagai daripada menu pakistan dan mamak. Ada roti nan, ada roti canai, ada capati, ada kari daging kambing, ayam dan sebagainya. Itu memang selera saya, jadi kat situlah saya akan berbuka puasa hari itu.

Berbuka di restoran Khan

Saya dengan ditemani seorang lagi kawan pergi ke Restoran Khan. Kami duduk dan buat order. Kawan saya minta air lassi mangga, dia tak makan sebab masih kenyang. Saya minta lassi massala, dengar macam sedap perkataan Lassi Massala itu. Untuk makan saya minta Roti Nan Cheese dengan sepiring Kari Kambing.

Bila azam dilaungkan, saya jamah terlebih dahulu buat anggur yang dibeli oleh kawan yang teman tadi. Sedap dan rasa lega makan buah-buah yang manis dan berair bila berbuka puasa. Selepas itu saya makan roti nan dan kambing. Ternyata memang sedap sungguh masakan Restoran Khan tersebut. Patutulah ia mendapat rating yang bagus di TripAdvisor.

Lassi masalla kelat

Minuman Lassi Massala yang saya minat rupanya lassi yang dicampur dengan rempah ratus. Rasanya langsung tidak sedap. Apa yang nak kita rasa jika minum rempah ratus kan ?. Oleh sebab dah minta saya paksa juga telaj sampai habis segelas.

Untuk hilangkan rasa kelat rempah, terpaksa order secawan nescafe tarik pula satu cawan lagi. Walaupun dah penuh sarat dengan makanan enak dari Restoran Khan itu, masih boleh lagi menghirup sedikit demi sedikit nescafe panas itu. Rasa puas !.

Jika anda ada pergi ke Miri dan nak makan makanan sedap di pusat Bandar Miri, anda boleh cuba makan di restoran Khan tersebut. Itu bukanlah kedai mamak tapi kelihatan macam kedai mamak. Ianya adalah restoran Pakistan yang punya masakan yang sungguh enak sekali. Boleh cuba !
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Kat mana nak buka puasa makan sedap di Miri

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !