Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Sunday, May 8, 2016

Langkah perlu buat jika digigit ular berbisa

  Mohd Shubhi       Sunday, May 8, 2016
Apa langkah-langkah yang anda perlu buat jika digigit ular berbisa ?

Berikut disenaraikan beberapa langkah yang anda perlu lakukan seandainya anda terkena patukat atau gigitan ular berbisa di negara kita Malaysia.

  1. Cuba bunuh ular tersebut kerana ia penting, bagi tujuan mengenal pasti antivenin bagi bisa ular tersebut. Ini adalah bagi mengelakkan daripada kesilapan menyuntik antivenin yang salah, ia tidak hanya sia-sia malah juga boleh membahayakan nyawa si mangsa. 
  2. Tetapi jangan membuang terlalu banyak masa untuk membunuh ular itu kerana rawatan awal kepada mangsa adalah lebih penting. Di samping itu amat dikhuatiri ketika sibuk membunuh ular itu ia mungkin akan digigit sekali lagi. 
  3. Untuk membunuh ular, gunakan kayu panjang, jika boleh gunakan buluh. Pukul dengan kuat di bahagian belakang kepala ular tersebut tetapi seboleh-bolehnya jangan hancurkan kepalanya kerana ular juga boleh dikenal pasti dari bentuk kepalanya. Sekiranya percubaan membunuh ular tersebut tidak berjaya, mencukupi jika anda dapat mengingati saiz dan corak warna ular tersebut. 
  4. Walaupun ular tersebut telah mati, anda haruslah berhati-hati ketika memegangnya. Jangan cuba mengusik kawan atau bermain-main dengannya kerana berkemungkinan ular tersebut masih hidup. Walaupun ular tersebut telah mati, bisanya masih boleh membahayakan sekiranya tersuntik ke tubuh sehingga 1 jam setelah ular tersebut mati.

Nota: Antivenin adalah dadah yang diproses khas dari bisa ular yang boleh digunakan sebagai antidot kepada gigitan ular. 

Antivenin adalah spesifik kepada sesuatu jenis ular. Jika tersilap memberikan antivenin ia boleh membawa maut. Terdapat sejenis antivenin yang dipanggil antivenin Polivalent yang mana ia boleh digunakan untuk merawat semua jenis bisa gigitan ular.

Langkah pertolongan cemas digigit ular

Apakah yang perlu dilakukan apabila seseorang itu dipatuk ular?

Walaupun tidak semua ular itu berbisa, adalah dinasihatkan setiap kes gigitan ular merupakan kes kecemasan dan mangsa hendaklah dibawa ke hospital dengan segera. 

Jangan tunggu sehingga tanda-tanda keracunan bisa ular kelihatan. Rawatan dengan menyuntik antivenin kepada mangsa gigitan ular telah terbukti berkesan.

Perlu diingat penggunaannya mungkin mendatangkan kesan sampingan yang boleh membahayakan nyawa mangsa. Oleh yang demikian ia mesti dilakukan oleh pegawai perubatan dan seeloknya dirawat di hospital.

Pastikan mangsa berkeadaan tenang. Mangsa gigitan ular biasanya terkejut dan takut. Ini akan menyebabkan mangsa menjadi pucat dan lemah selepas dipatuk ular.

Berlainan dengan kesan bisa ular yang hanya nyata selepas 15 minit ataupun beberapa jam selepas dipatuk ular.

Oleh itu mangsa hendaklah sentiasa tenang dan diberitahu bahawa:

  • Tujuan rawatan ialah untuk memastikan ia sembuh sepenuhnya. 
  • Ular tersebut mungkin tidak berbisa. 
  • Tidak semua ular yang berbisa berjaya menyuntikkan bisanya.
Pengesahan keracunan bisa ular hanya boleh dibuat apabila terdapat tanda seperti yang diberikan dalam artikel yang lalu.

Baringkan mangsa dan elak pada bergerak. Pastikan bahagian yang digigit tidak digerakkan, ia akan mencegah racun daripada disebarkan dengan lebih meluas lagi.

Balut kawasan yang digigit dengan pembalut (gunakan splint).

Salur intravenous hendaklah dipasang pada bahagian anggota yang sihat, ini bagi memudahkan proses memasukkan antivenin.

Akhir sekali, bawa mangsa-ke hospital terdekat.

sumber artikel
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Langkah perlu buat jika digigit ular berbisa

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !