Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Friday, June 10, 2016

6 langkah DIY hapuskan pepijat makan darah dari rumah anda

  Mohd Shubhi       Friday, June 10, 2016
Masalah pepijat adalah disebabkan serangga atay makhluk itu jenis yang makan darah. Dan darah yang dia makan pula adalah darah kita manusia. Bila dia gigit dan hisap darah dari kulit kita, kulit akan menjadi merah dan akan jadi gatal.

Semua itu membuatkan tak ada orang yang akan dapat tidur selesa jika katil dan bilik tidur di rumahnya diserang dengan masalah serangga pepijat makan darah ini. Oleh itu, jom kita lihat bagaimana nak buat sendiri atau secara DIY hapuskan pepijat makan darah lenyap dari rumah.

6 langkah DIY hapuskan pepijat

Secara umumnya, ada 6 langkah yang anda perlu ambil untuk haluskan masalah pepijat dari rumah anda. Semua ini boleh anda lakukan sendiri dengan syarat anda ada masa dan mahu jimatkan wang dari mengupah syarikat pest control profesional untuk melakukannya.

1. Kenal pasti masalah

Mula-mula sekai anda perlu buat pemeriksaan secara menyeluruh di tempat yang anda kenal pasti ada masalajh pepijat. Buat pemeriksaan untuk ketahui setakat mana tahap serangannya, samada banayk atau sedikit.

Tangkap seekor dan kenalpasti betul-betul samada itu adalah pepijat atau serangga lain. Biasanya kalau anda dah kenal pepijat, dengan penyet dan mencium baunya saja dah boleh tahu. Tapi kalau tak tahu, semak dengan mereka yang lebih tahu.

Anda boleh call En Izam 012-2067357 dari Easelife Services Sdn Bhd untuk minta bantuannya mengenal pasti samada anda ada masalah serangan pepijat. Jangan risau, khidmat pemeriksaan adalah percuma.

Jika tinggal di apartment, atau rumah teres, cuba tanya jiran di kanan, kiri dan depan serta belakang rumah anda. Manalah tahu kalau-kalau puncanya adalah datng dari mereka. Pastikan jiran anda juga berusaha hapuskan masalah pepijat dan bukan anda seorang sahaja.

2. Merancang strategi

Gunakan kalendar untuk buat mapping perancangan hapuskan pepijat dari rumah anda. Anda perlu guna kalender untuk catitkan segala langkah-langkah yang akan di berikan selepas ini. Catitkan haribulan, waktu dan lokasi di mana anda telah buat pemeriksaan dan menemui pepijat.

Oleh kerana kerja hapuskan masalah pepijat dari rumah ini agak ambil masa. Bersedia untuk buat perancangan guna kalendar dan pantaunya dalam tempoh masa yang mencukupi dari mula sampai akhir.

3 Halang pepijat dari merebak

Semua barangan yang ada ditempat kena serangan pepijat hendaklah di bungkus dengan beg plastik dan dirawat. Cadar, bantal, selimut dan sebagainya adalah contoh barangan yang anda perlu ambil dan bungkus dengan beg plastik. Berhati-hati supaya pepijat tak jath atau telurnya juga tak jatuh merata di tempat lain.

Jika anda ada perabut yang teruk kena serang pepijat, buat rawatan segera untuk bunuh dan hapuskan pepijat. Tak perlu buang perabut itu jika masih boleh digunakan. Tapi kalau betul nak buang juga, jangan berikan pada orang lain. Kesian kat orang yang dapat perabut dengan masalah pepijat, tak baik buat macam tu !

Perabut yang nak dibuang, elok dispray dengan cat. Tulis " awas !, ada pepijat ! ", buat besar-besar pada perabut itu supaya tak ada orang lain yang akan ambil bawa balik.

Jika anda vakum kawasan tersebut, sebaik saja selesai, buang semua kekotoran dari vakum tersebut ke dalam beg plastik, tutup rapat dan buang jauh ke dalam tong sampah. Jangan biar lama, pastikan terus kosongkan vakum sebaik saja selesai kerja.

4. Bersedia untuk rawatan

Biasanya ramai orang akan terus melompat nak buat rawatan. Mereka terus nak spray racun serangga pada pepijat di mana saja mereka jumpa.

Jangan buat kelam kabut macam tu. Anda tak akan berjaya buat rawatan dengan baik dengan sikap tergesa-gesa sedemikian. Samada anda sendiri yang nak buat rawatan atau nak bayar pada sayarikat Pest Control Profesional untuk merawatnya, pastikan buat dengan persediaan yang betul.

5. Bunuh pepijat

Bila anda dah kenal pasti lokasi, dah bungkus semua barang yang disyaki ada masalah pepijat dan dah kumpulkannya dalam bilik pada satu tempat, kita tiba masanya untuk bunuh pepijat tersebut.

Pilihan terbaik adalah dengan menggunakan teknik tanpa racun. Selimut, cadar, sarung bantal boleh dirawat dengan menggunakan air panas melebihi 60 darjah celcius. Lagi tinggi dan lagi lama lagi bagus sebab semua pepijat termasuk telurnya sekali akan mati dalam suhu setinggi itu.

Barangan lain juga seperti perabut dan seumpamanya boleh dibunuh pepijat dengan menggunakan haba. Kalau anda ada heater, atau alat pemanas lain boleh gunakan untuk bunuh pepijat ini. Jika anda tak ada alat pemanas, boleh hubungi nobor di bawah untuk rawatan Haba secara profesional membunuh pepijat:

En Izam 012-2067357

Jika anda nak gunakan racun serangga pembunuh pepijat, beli jenis racun yang dapat matikan pepijat. Baca label sebelum menggunakannya. Biasanya aerosol yang boleh bunuh lipas juga berkesan untuk bunuh pepijat.

Pastikan anda spray masuk jauh ke segala celahan dan rekahan yang ada di kawasan yang kena serangan pepijat. Kalau pepijat tu tak disentuh dengan racun, dia tak akan mati.

6. Buat penilaian keberkesanan dan cegah

Selepas 7 hari daripada proses rawatan di atas, anda perlu semak dan buat pemeriksaan semula pada kawasan yang dirawat tadi. Pastikan samada masih ada atau sudah habis semua pepijat dibunuh.

Jika anda terjumpa masih ada lagi pepijat, mungkin hasil daripada telur yang menetas. Ertinya rawatan masih belum habis dan anda nampaknya terpaksa buat satu kali lagi rawatan untuk bunuh pepijat yang masih tertinggal.

Pasang alat penghalang pepijat pada semua kaki perabut yang anda ada. Rujuk pada gambar contoh penghalang pepijat yang ada di pasaran. Alat ini akan halang pepijat dari memanjat naik ke atas perabut dan mula membiak kat celahan perabut tersebut.

Jika anda ada maslaah pepijat dan tak mahu selesaikannya sendiri, boleh gunakan khidmat syarikat Pest Control bertauliah dan profesional Easelife Services Sdn Bhd.

Teknik rawatan adalah dengan menggunakan stim haba. Ianya amat berkesan dan selamat tanpa perlu bahan kima atau racun. Ada jaminan 6 bulan rawatan atau wang anda dipulangkan balik kalau tidak berkesan...

telefon En Izam 012-2067357 untuk sebut harga.

Tawaran misteri istimewa untuk pemanggil terawal call sekarang 012-2067357 En Izam.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, 6 langkah DIY hapuskan pepijat makan darah dari rumah anda

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !