Wednesday, June 1, 2016

Apa berlaku jika anda tidur dalam aircond sepanjang malam

Lagi cerita bahang panas yang masih belum reda. Walaupun hujan dah mula turun sekali sekala sekarang ini, kalau malam tak ada hujan, cuaca masih tetap terasa bahang yang amat panas. Mahu tak mahu ramai yang terpaksa pasang aircond sebab tak boleh tidur dalam keadaan bahang yang meruap.

Kalau anda ada hasrat nak tidur tanpa pasang aircond, untuk jimatkan bil tenaga eletrik anda boleh baca artikel sebelum ini. Anda boleh tidur dalam keadaan nyaman dan selesa tanpa perlu pasang aircond sebenarnya.

Tapi kalau masih degil juga, ada anyak duit untuk jelaskan semua bill letrik, maka anda nak juga tidur dalam keadaan pasang aircond sepanjang malam. Mungkin anda perlu tahu apa yang akan berlaku jika seseorang itu tidur dalam aircond sepanjang malam.

Kesan pada sistem ketahanan badan

Orang yang tidur dalam aircond sepanjang malam akan lemah sistem ketahanan badannya. Ini disebabkan suhu badan turun mendadak berlebihan dengan adanya tambahan kesejukkan dari aircond. Tanpa aircondpun, suhu badan akan menjadi cool secara semula jadi, apatah lagi dengan aircond.

Dengan keadaan yang sejuk juga, badan tak dapat menghasilkan hormon untuk pertingkatkan sistem ketahanan badan dengan cekap.

Badan kering dan hilang air

Dengan aircond terbuka sepanjang malam, badan anda akan jadi kering. Tekak anda juga akan jadi kering. Suhu sejuk itu membuatkan badan anda kering dan kekurangan air. Tekak akan menjadi radang, dada akan terasa sakit dan sendi rasa tak selesa.

Boleh jatuh sakit

Bayangkan tidur sepanjang malam dengan udara yang sama penuh dengan bakteria dan kuman. Anda sedut keluar masuk udara yang mungkin ada bakteria dan kuman itu saban malam setiap malam. Tambahan lagi jika anda tidak selenggara aircond dengan baik. Anda mungkin boleh jatuh sakit dengan mudah.

Merendahkan risiko kencing manis

Dengan suhu yang bersesuaian, tidur dalam keadaan pasang aircond sepanjang malam dapat membuatkan risiko terkena kencing manis anda menjadi rendah. Ini disebabkan dalam keadaan sejuk, badan akan menghasilkan lemak yang aktif yang akan menukarkan gula dalam badan kepada tenaga.

Suhu terbaik tidur dalam aircond

Kalau anda masih nak juga tidur dalam aircond tak apa. lagipun ada juga baiknya dari segi risiko kencing manis. Tapi berapakah suhu yang paling sesuai untuk anda tidur dalam keadaan aircond terbuka?

Suhu yang paling sesuai adalah 23 darjah celcius ! suhu itu tidak terlalu sejuk dan tidak panas. Dengan suhu sebegitu, anda mungkin kurang bersin dan kurang batuk disebabkan tekak yang kering. Kalau nak lebih baik, tidur saja dengan kipas dan amalkan 12 tips tidur tanpa aircond dalam artikel sebelum ini.
Previous Post
Next Post

post written by:

0 comments: