Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Tuesday, June 7, 2016

Senarai terkini 20 wanita paling berkuasa dunia 2016

  Mohd Shubhi       Tuesday, June 7, 2016
Ini senarai 20 wanita paling berkuasa 2016 yang dikeluarkan oleh Forbes. Senarai yang Forbes keluarkan adalah seramai 100 orang. Tapi kita berikan hanya 20 orang sahaja kat sini.

Bagaimana Forbes tentukan samada seseorang pemimpin atau ahli korporat wanita itu berkuasa atau kurang berkuasa ? Forbes mengambil kira 4 perkara:

  1. Harta / duit - Samada kekayaan peribadi, jumlah pendapatan syarikat atau jumlah GDP negara
  2. Populariti media - Kekerapan hadir dalam media massa atau kekerapa mendapat liputan
  3. Pengaruh - Pengaruh yang memberi kesan dalam lingkungan kuasa yang ada.
  4. Kejayaan - Perubahan dalam pembakan yang berjaya dilakukan pada organisasi, syarikat atau negara.
Kita lihat senarai terkini 20 wanita paling berkuasa di dunia 2016:

1. Angela Merkel

Merupakan seorang penyelidik dan saintis dalam bidang Fizik Kimia dan kemudiannya dilantik sebagai Chancellor negara Jerman sejak tahun 2005.


2. Hillary Rodham Clinton

Seorang ahli politik dalam Parti Demokrat Amerika. Beliau sekarang merupakan calon presiden Amerika untuk pilihan tahun 2016. Ada kemungkinan dia akan jadi Presiden Amerika.


3. Janet Yallen

Merupakan seorang ahli ekonomi dari Amerika yang sekarang merupakan pengerusi kepada Federal Reserve Bank, Amerika.


4. Melinda Gates

Merupakan seorang usahawan dan dermawan. Beliau juga menjadi pengasas dan pengerusi bersama, dalam Yayasan Bill & Melinda Gates, Amerika.


5. Mary Barra

Merupakan CEO kepada General Motors sejak 2014, sebuah syarikat pembuat kenderaan Amerika yang besar.


6. Christine Lagarde

Merupakan seorang peguam. Dia sekarang menjadi Pengarah Urusan kepada IMF, International Monetary Fund, Amerika. Dilantik sebagai Pengarah Urusan IMF sejak 2011.


7. Sheryl Sandberg

Merupakan seorang teknologis, aktivis dan penulis. Sekarang beliau merupakan COO kepada syarikat Facebook. Anak kepada keluarga Yahudi ini merupakan seorang graduan dari Harvard.


8. Susan Wojcicki

Beliau sekarang memegang jawatan sebagai CEO di Youtube yang terkenal itu. Anak dari keturunan Yahudi itu merupakan seorang graduan dari Harvard


9. Meg Whitman

Merupakan Presiden dan juga CEO kepada syarikat Hewlett Packard. Beliau merupakan seorang graduan dari Harvard.


10. Ana Patricia Botin

Merupakan seorang ahli perbankan dari Sepanyol. Beliau sekarang menjadi pengerusi kepada Santander Group, salah sebuah bank yang terbesar dunia dan di Eropah.


11. Ginni Rometty

Beliau merupakan presiden dan juga CEO kepada syarikat IBM dan menjadi wanita pertama mengetuai syarikat tersebut.


12. Park Geun-Hye

Merupakan Presiden kepada negara Korea Selatan. Beliau menjadi wanita pertama yang dilantik menjadi presiden untuk negara tersebut, malah menempa sejarah sebagai ketua wanita pertama untuk bangsa Korea. Park tak pernah berkahwin. Pernah belajar sebentar di University of Grenoble, France dan berhenti sekerat jalan bila ibunya dibunuh. Dia mengaku sebagai seorang Atheist.


13. Michelle Obama

Wanita Pertama Amerika yang juga merupakan seorang peguam dan penulis. Beliau adalah graduan dari Harvard.


14. Indra Nooyi

Nama sebenarnya Indra Krishnamurthy Nooyi, dilahirkan di Madras, India. Kini memegang jawatan sebagai CEO di syarikat minuman no 2 terbesar dunia PepsiCo.


15. Angela Ahrendts

Merupakan seorang ahli perniagaan dan sekarang menjadi Senior Vice President kepada syarikat Apple.


16. Abigail Johnson

Seorang ahli perniagaan yang menjadi Presiden dan CEO kepada syarikat Fidelity Investment, sebuah syarikat dalam bidang kewangan dan pelaburan. Fidelity Investment adalah syarikat kedua terbesar dunia dalam dunia mutual fund dan servis kewangan.


17. Tsai Ing-Wen

Seorang wanita berkelulusan undang-undang yang tak pernah berkahwin. Beliau merupakan presiden Taiwan sekarang.


18. Michelle Bachelet

Menjadi Presiden kepada negara Chile sejak tahun 2014. Sebelum itupun dia pernah jadi Presiden dari 2006 hingga 2010.


19. Federica Mogherini

Merupakan seorang ahli politik Itali dan sekarang memegang jawatan sebagai Foreign Policy Cheif, Kesatuan Eropah, Italy.


20. Safra Catz

Merupakan seorang wanita kelahiran Israel yang kini memegang jawatan sebagai Co-CEO di syarikat Oracle, US.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Senarai terkini 20 wanita paling berkuasa dunia 2016

Previous
« Prev Post

2 comments:

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !