Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Tuesday, June 21, 2016

Waspada taktik merompak ketika anda parkir - rakaman video

  Mohd Shubhi       Tuesday, June 21, 2016
Rakaman video yang dilampirkan di bawah menujukkan kejadian sebenar bagaimana perompak beraksi merompak barang yang ada di dalam kereta anda ketika sedang parkir.

Biasanya, anda akan masuk ke kotak parkir, berhenti dan bersiap sebentar sebelum keluar dari kereta. Kalau kaum wanita mereka mungkin akan berkemas, solek muka, pakai gincu, atau sekurang-kurangnya perbetulkan tudung atau rambut.

Mungkin kaum lelaki agak jarang berada lama dalam kereta bersiap sebelum keluar. Paling lambatpun orang lelaki akan ambil sedikit masa untuk ambil telefon bimbit, ambil beg duit atau ambil beg kerja sebelum keluar. Jadi biasanya lelaki agak selamat dari rompakan penjahat seperti yang anda lihat dalam ramakan video yang dilampirkan.

Perempuan sila ambil perhatian

Jika anda seorang perempuan, oleh kerana perompak biasanya sasarkan mangsa dari kalangan orang perempuan, maka pastikan anda berhati-hati setiap kali berada di dalam kenderaan ketika parkir. Jangan leka berada di dalam kenderaan ketika kenderaan berhenti.

Kebanyakan kenderaan sekarang ada auto lock yang akan mengunci kesemua pintu kereta ketika kereta sedang bergerak. Auto lock ini akan dibuka semula hanya jika ada berhenti dan tutup suis kenderaan anda. Oleh itu, kalau nak bersiap, nak betulkan tudung atau nak mekap, pastikan enjin kereta hidup dan semua pintu terkunci.


Zaman sekarang kita perlu sentiasa berwaspada dalam apa keadaan sekalipun. Jangan ingat semua orang berfikiran macam kita. Ada manusia yang tumpuannya hanya untuk merompak harta orang sahaja dan sentiasa perhatikan siapa mangsa mereka yang seterusnya.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Waspada taktik merompak ketika anda parkir - rakaman video

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !