Thursday, 15 September 2016

Jam tangan Grand Seiko, jam tangan mekanikal paling tepat dunia !

Posted by   on

Pernah dengar Jam Tangan Grand Seiko ? (sumber gambar)

Jika anda memang dah kaki peminat jam, sudah tentu kenal sangat dengan jenama jam tangan hebat ini. Tapi bagi yang mentah macam saya, ini merupakan satu kejutan sebenarnya. Terkejut daripada anggapan selama ini yang ternyata salah.

Bila sebut jam tangan Seiko, perkara paling awal terlintas dalam kepala adalah jam tangan buatan jepun dan dijual dengan harga yang berpatutan. Kebanyakannya adalah jenis bateri atau quartz dan bukan jam tangan mekanikal atau automatik macam semua jam tangan hebat lain dari negara Eropah atau dari Barat.

Itulah yang selama ini yang ada dalam kepala saya.

Nota: sumber gambar kat sini

Jam tangan Grand Seiko yang mengejutkan

Tapi bila dok buat sedikit pencarian maklumat terhadap dunia jam tangan ni, satu perkara baru yang amat mengejutkan terbuka. Baru tahu kewujudan jam tangan Grans Seiko atau singkatannya GS. Bukan sahaja jam tangan Grand Seiko ini amat menarik, malah ianya merupakan salah satu jam tangan yang masuk dalam kategori jam tangan mewah, setanding dengan semua jam tangan mewah lain dari barat.

Bila dah masuk dalam kategori jam mewah, maka sudah tentu ia merupakan salah satu jam tangan yang menjadi bahan koleksi bagi para peminat jam tangan. Bukan sahaja di Jepun atau sebelah timur, malah juga menjadi salah satu bahan koleksi di barat juga.

Dah nama pun bahan koleksi, maka sudah tentu harganya juga anda boleh agak!, mahal, ya ! memang mahal berbanding jenama jam tangan lain yang biasa-biasa saja dalam pasaran. Kalau saya berikan contoh harga, tentu anda yang bukan kaki jam tangan akan terkejut beruk. Jom kita tengok contoh harga yang ditawarkan untuk beberapa jam tangan Grand Seiko ni.

Grand Seiko SBGC013 Spring Drive

Saya semak dalam internet untuk salah satu harga jam tangan tersebut untuk model ini:
Grand Seiko SBGC013 Spring Drive

Harganya adalah lebih kurang RM41,302.00 !!!

Memang mahal kan ? sampai melebihi RM40 ribu untuk sebuah jam tangan Grand Seiko.

Jam tersebut merupakan koleksi limited jadi memang amat mahal. Tapi tentu anda tak sangka mahal sampai macam tu kan ?

Seiko Grand Seiko SBGA003

Agaknya kalau jam tangan Grand Seiko lain yang jenis biasa-biasa saja mahal macam tu juga ke ?

Kita tengok jenis biasa-biasa yang tak ada edisi limited macam contoh pertama kat atas tu, berapakah harga tawarannya untuk pelanggan. Saya ambil contoh model ini, Seiko Grand Seiko SBGA003.

Harga yang ditawarkan adalah RM18,999.00 !!!

Masih tetap mahal kan ? kalau anda jenis tak ada duit macam saya sekarang, itu harga beras dan lauk makan minum satu keluarga untuk bekalan hampir setengah tahun tu !.

Ternyata jam tangan Grand Seiko tu memang mahal. Bagi jenis yang biasa lagi dan lebih murah, harganya paling murah adalah dalam lingkungan  RM8 ribu sahaja. Itu harga paling murah tu, walaupun masih tetap mahal bagi saya.

Kenapa Grand Seiko mahal

Kenapa agaknya jam tangan grand seiko ini mahal, bukan kah buatan jepun tu jenis yang murah-murah saja ? Lagipun dari segi rupa bentuk macam tak ada apa-apa yang istimewa dalam jam tangan grand seiko ni. Tak gitu ?

Ada 3 sebab kenapa jam tangan grand seiko ni mahal dan menjadi antara jam tangan koleksi mewah yang diminati. pertama nya dari segi sejarah, keduanya dari segi ketepatan dan ketiganya dari segi kesenian pembuatannya. Saya akan cerita bab sejarah saja kat bawah ni sebab bila masuk sejarah, ia merangkumi sekali dengan ketepatan jam tersebut.

Sejarah Grand Seiko

Kisah jam tangan Seiko ni bermula pada tahun 1881. Seorang lelaki Jepun bernama Kintaro Hattori membuka kedai repair jam pertamanya di tengah bandar Tokyo pada tahun 1881. Selepas 11 tahun, beliau mula buat  jam dindignya sendiri dan pada tahun 1895 dia buat pula jam tangannya sendiri, dah tak main repair-repair jam orang saja.

Masa mula-mula dulu mereka hanya buat jam biasa-biasa saja. Tak boleh nak bandingkan lagi dengan jam tangan hebat buatan barat lagi masa itu. Tapi pengasasnya ada impian nak masuk dalam kategori jam tangan hebat dan berkualiti. Lalu dia buat satu model seiko yang dinamakan Grand Seiko. Dengan model itu, harapannya adalah untuk menjadikannya jam tangan paling baik pernah mereka reka.

Jam tangan Grand Seiko masa mula yang pertama itu hanyalah sekadar jam tangan klasik yang ada jarum jam, jarum minit dan jarum saat. Tak ada hari bulanpun. Semuanya asas saja. Dan masa tu mereka buat jam tangan mekanikal yang kena kunci untuk kasi jam tersebut hidup. Ia mula menjadi pilihan dan kemudiannya mereka buat yang kedua, ketiga dan seterusnya. Mereka tambah pula yang ada hari bulan dan buat pula jenis automatik.

Menjadi jam mekanikal paling tepat dunia

Untuk pecah masuk pasaran antarabangsa, Seiko masuk pertandingan jam tangan tepat bermula tahun 1964. Ia lebih kepada ujian ketepatan pergerakan jam dan dalam masa sama menyenaraikan jam-jam tangan yang masuk ujian yang sama. Mereka bermula pada kedudukan ke-144. Amat teruk dari segi ketepatan.

Selepas 3 tahun saja mereka dah masuk senarai 10 kedudukan teratas. Kalau pertandingan itu diteruskan pada tahun 1968, sudah tentu Grand Seiko duduk nombor satu, tapi malangnya pertandinagn tersebut yang dikenali sebagai Ujian Neuchatel chronometer, dihentikan. Ada yang kata mereka takut barang jam buatan jepun pukul habis jam buatan swiss ketika itu.

Selepas itu Grand Seiko masuk pula pertandingan yang sama di Geneva dan ternyata mereka memang hebat. Grand Seiko menduduki tempat ke-4 dalam pertandingan tersebut. Kedudukan dari nombor 1 sampai nombor 3 dimenangi oleh jam quartz, memang patutpun, mana nak boleh bandingkan ketepatan antara jam kuartz dengan mekanikal.

Tapi yang menarik dan menakjubkan adalah, Grand Seiko menjadi jam buatan mekanikal yang paling tepat di dunia meninggalkan kesemua jam tangan lain ! Hah ! itulah sejarahnya orang jepun ni kalau masuk lawan mereka akan pulun sampai dapat.

3 comments:
Write comments
  1. Seiko merupakan pengeluar jam tangan ternama dunia. Apa yg menyebabkan kita rasa jam seiko biasa saja?. Sebabnya Seiko mengeluarkan jam tangan dari semua level market. Dari Entry-level sehingga Super High End- level.
    Kita rasa biasa sebab kita selalu nampak jenama seiko di kedai-kedai jam.
    Seiko juga ada keluarkan beberapa jenama yang tidak menggunakan nama SEIKO. seperti ALBA,Pulsar, Lorus, XNY..
    Semua tu induknya dari Seiko dan mempunyai niche target masing-masing. Tapi apa yang lebih penting. salah satu jenama yg dihasilkan oleh Seiko (malah lebih High End dari Grand Seiko) adalah jenama Credor. Ianya seumpama Toyota menghasilkan Lexus LFA.
    Cubalah membuat carian harga bagi seutas jam '' Credor Spring Drive Minute Repeater ''. - Jam yang hanya dihasilkan 3 unit setahun dan membuatkan anda berkata ''jam Rolex tidaklah mahal sangat.''

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan Mukhlis memang ariff tentang jam nampaknya... nak kena pi berguru dgn tuan rasanya nih ! terima kasih atas maklumat tuan

      Delete
    2. Taklah arif mana pun, Saya cuma peminat yang menghargai seni Horology sahaja.
      Tak banyak artikel blog yang menyajikan artikel yang berkaitan jam khususnya yang berbahasa melayu.

      Syabas untuk Tuan Shubhi yang mempelbagaikan topik penulisan dan isi kandungan dengan gaya yang santai di blog ini.. Tambahan pula dengan selitan pengunaan bahasa yang berlidahkan utara, Jasduit.com adalah antara blog faveret dan menjadi important bookmark di browser saya setakat ini.

      Delete

Hey, we've just launched a new tips for small business blog. You'll like it - hidupringkas.com
Join Our Newsletter