Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Friday, November 4, 2016

Ini rupanya kegunaan jam tangan anti-magnetic, baru tahu

  Mohd Shubhi       Friday, November 4, 2016
Bila pergi tengok jam tangan kat kedai jam, akan terjumpa jam tangan yang tertera perkataan ' anti-magnetic ' padanya. Dah lama tahu, adanya jam tangan yang biasa, dan ada jam tangan yang dilabelkan sebagai anti-magnetic. Tapi tak pernah ambil tahu apa sebenarnya kegunaan anti-magnetic yang ada pada sesebuah jam tangan.

Setelah berpuluh tahun sedar tentang kewujudan jam tangan anti magnetic tapi tak ambil kisah kenapa dan apa perbezaan antara yang ada dengan yang tak ada, semuanya berubah bila jam tangan yang dibeli ada masalah ketepatan.

Sebelum ini, ada satu artikel yang saya tulis berkenaan sebuah jam tangan yang telah dibeli di sebuah kedai jam di Kuantan. Jam tangan tersebut, yang merupakan sebuah jam tangan automatik, dijual dengan harga yang amat menarik. Oleh sebab amat menarik, maka saya tak fikir panjang untuk terus sahaja membelinya.

Masalah ketepatan jam tangan automatik

Semuanya berjalan lancar setelah jam tangan tersebut dibeli. Rekabentuknya memang memenuhi citarasa saya. Simple dan maskulin, bertemakan warna hitam dari tanah jam tangan tersebut hinggalah ke kulitnya. Sekali sekala saya pakai berselang seli dengan satu lagi jam tangan lain yang juga automatik.

Bila tak pakai lama, maka tak berapa perasan samada jam tangah itu benar-benar tepat, atau ada sedikit lari waktunya. Setakat yang saya perhatikan detik jam tangan itu memang ok dan tak ada masalah ketepatan, atau mungkin saya tak berapa ambil kisah sangat, jadi tak pasti sebenarnya samada ok atau tidak ok.

Satu ketika, saya pakai jam tangan itu sahaja dalam masa yang lama di kampung. Tiba-tiba rasa macam ada yang tak kenandengan jam tangan tersebut. Waktunya lebih cepat daripada biasa bila saya bandingkan dengan waktu yang tertera pada iPhone. Rasanya baru saja betulkan tapi sebab apa dia jalan laju sangat ?.

Untuk pastikan lagi saya ubah semula dan mula pantau dengan lebih serius. Ternyata memang jam tangan tersebut bergerak dengan laju lebih cepat daripada waktu yang sepatutnya. Saya terus lompat buat rumusan bahawa memang pembuatan jam tangan itu tidak bagus dan berkualiti tidak baik berbanding jam tangan kuarza.

Rasa menyesalpun ada, rasa tersilap pun ada. Memang perasaan skeptikal saya selama ini terhadap pembuatan jam tangan automatik adalah benar. Kenapa perlu beli jam tangan automatik yang mahal dan kurang tepat sedangkan jam yang pasti tepat adalah jam tangan kuarza yang murah pulak tu ?.

Pakai jam tangan automatik lain pula

Rasa tak puas hati dengan jam tangan yang jalan cepat dari biasa itu, ditambah dengan kejahilan terhadap maklumat dan ciri-ciri jam tangan automatik membuatkan saya cepat buat keputusan silap. Saya simpan saja jam tangan itu dengan perasaan meluat dan pakai jam tangan yang satu lagi dengan harapan ianya adalah lebih tepat.

Setelah pakai beberapa minggu, berlaku satu lagi perkara yang sama macam jam tangan automatik yang saya ceritakan di atas. Berlaku ketika saya duduk di kampung juga. Seca5ra tiba-tiba sahaja, jam tangan itupun bergerak lebih laju daripada sepatutnya. Mula terasa pelik tak faham sedangkan sebelum ini semuanya ok sahaja.

Tentu ada yang tak kena ni !, begitulah bisik hati untuk tenangkan perasaan.

Mana mungkin kedua-dua jam bergerak cepat secara tiba-tiba sedangkan sebelum ini semuanya ok. Mula tertanya-tanya samada disebabkan pergerakan kasar atau lain-lain seumpamanya. Takkan sebab goyang kuat membuatkan jam tangan automatik bergerak jauh. Semuanya masih samar tanpa ada jawapan yang kukuh.

Jalan mudah nak faham apa yang berlaku adalah seperti biasa, cari jawapannya kay Google !

Saya terus taip mencari maklumat kenapa jam tangan cepat bergerak daripada waktu yang sepatutnya, tanya google yang penuh dengan apa saja maklumat itu, dan jawapannya mula terang lagi bersuluh. Semuanya ada kena mengena dengan medan magnetik. Dari pembacaan saya baru faham bahawa jam tangan saya yang automatik semuanya telah kena sampu dek medan magnetik. Sebab itu mereka telah menjadi gelong dan bergerak pantas.

Dengan penemuan itu juga baru sedar kenapa wujudnya jam tangan yang ada label anti-magnetic. Rupanya kalau tak ada keupayaan anti-magnetic tu jam tangan anda akan cepat dan mudah jadi gelong bila kena sampuk dengan medan magnetik.

Dalam dunia sekarang ada terlalu banyak medan magnetik. Dalam telefon, dekat TN, dekat barang elektronik, dekat speaker, kat radia dan banyak lagi bahan magnetik yang mengeluarkan medan magnetik yang mampu gelingkan jam tangan automatik anda. Tapi nak buat macam mana kalau dah terbeli jam tangan yang tidak anti magnetic ?

Lain kali saya update lagi maklumat pasal masalah jam tangan kena sampuk dengan medan magnetik ini.



logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Ini rupanya kegunaan jam tangan anti-magnetic, baru tahu

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !