Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Saturday, November 5, 2016

6 sebab ini membuatkan 2 buah restoran diarahkan tutup oleh MPSJ

  Mohd Shubhi       Saturday, November 5, 2016
Kalau anda merupakan seorang pengusaha kedai makanan, sila ambil perhatian terhadap 6 perkara yang disenaraikan kat bawah ini, supaya restoran atau kedai makan anda tidak mendapat arahan tutup dari pihak majlis perbandaran.

Walaupun secara logiknya, pengusaha kedai makanan sepatutnya tidak sesekali abaikan amalan menjaga kebersihan dalam pengurusan restoran mereka, namun masih ada ramai lagi pengusaha restoran yang degil dan tidak prihatin terhadap kebersihan.

Apa yang biasanya pihak restoran ambil berat hanyalah di bahagian depan restoran mereka sahaja. Banyak restoran yang kelihatan amat cantik, kemas dan tersusun indah di sebelah depannya. Tapi bila kita pergi jenguk kat bahagian dapur, tempat penyediaan makanan, ada yang rasa macam nak termuntah.

Tahniah pada pihak berkuasa majlis

Dalam bab menjaga kesejahteraan para pengguna dan lebih-lebih lagi bagi memelihara kesihatan para pengguna, kita perlu berterima kasih pada pihak penguasa dari majlis perbandaran. Mereka sentiasa tidak jemu melakukan pemantauan dan pemeriksaan mengejut di kedai-kedai makan dan restoran di bawah jajahan mereka.

Biasanya, pihak majlis perbandaran akan melakukan pemeriksaan secara berkala dan lokasi akan dibuat secara ramwak. Ada juga pemeriksaan mengejut dilakukan setelah mendapat aduan dari pihak pengguna yang prihatin terhadap tahap kebersihan premis makanan.

Dalam banyak serbuan dan pemeriksaan itupun, masih banyak lagi restoran yang leka dan tidak ambil berat dalam menjaga kebersihan mereka. Di jajahan MPSJ sahaja, setakat bulan Oktober ini, dah ada 70 restoran yang mendapat arahan tutup disebabkan gagal dalam amalan kebersihan dan kesihatan.

6 sebab restoran diarah tutup

Berikut adalah senarai 6 sebab 2 buah restoran dikeluarkan arahan untuk tutup kedai baru-baru ini dalam satu operasi pemeriksaan di Pusat Bandar Puchong.

  1. Keadaan lantai yang licin dan kotor. Pihak penguatkuasa mendapati lantai restoran amat licin dan kotor penuh dengan lebihan makanan yang berserakan atas lantai. 
  2. Kesan kewujudan lipas. Terdapat tanda-tanda serangan ipas yang teruk di kawasan simpanan makanan, tempat penyediaan dan di dapur restoran. 
  3. Pekerja yang tidak mengamalkan budaya kerja sihat. Para pekerja di restoran didapati berpakaian kotor dan tidak sesuai. Kasut yang dikenakan juga tidak sesuai. Kuku pekerja yang menyediakan makanan juga panjang dan kotor. Malah ada pekerja yang tidak mendapatkan suntikan vaksin dalam pengendalian makanan. 
  4. Budaya kerja yang tidak baik. Pekerja di restoran didapati membasuh peralatan makanan dan menyediakan makanan di bahagian belakang restoran dan juga ditepi longkang. 
  5. Gagal mengasingkan makanan. Restoran juga gagal asingkan, antara makanan yang dah siap untuk dimakan dengan makanan mentah. Semuanya bersepah dan bercampur aduk. 
  6. Tidak memasang alat pengasingan lemak. Semua bahan makan dilempar terus masuk ke dalam longkang. Begitu juga bahan-bahan lemak masuk terus ke dalam saluran longkang tanpa ada penapis lemak yang menahan bahan tidak sesuai dari masuk ke dalam saluran longkang.
Itu adalah antara sebab-sebab yang membuatkan dua restoran kena tutup. Mereka biasanya diberikan tempoh dalam 2 minggu untuk betulkan keadaan dan mula amalkan tahap kebersihan dan pengurusan yang baik. Kalau lepas dan memuaskan hati pihak penguat kuasa, barulah restoran dibenarkan buka semula.

Kita sebagai pengguna perlu prihatin dalam memastikan masyarakat mengamalkan budaya bersih dan menjaga kesihatan dalam pengurusan makanan. Kita sebagai pengguna boleh buat spot check sendiri dengan menjenguk ruang dapur restoran yang kita pergi. Jika didapati amat buruk amalan kebersihannya, boleh buat aduan ke pihak majlis supaya restoran tersebut dipantau dan diberikan perhatian.

Jika anda memerlukan khidmat kawalan serangga perosak seperti Lipas dan Tikus di premis penyediaan makanan, dapatkan khidmat pest control dari Easelife Services Sdn Bhd, sebuah syarikat pest control yang bertauliah dan berlesen. Hubungi Izam 012-206 7357 untuk maklumat lanjut.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, 6 sebab ini membuatkan 2 buah restoran diarahkan tutup oleh MPSJ

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !