Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Friday, March 24, 2017

Kementerian Kesihatan sahkan 8 produk kosmetik mengandungi racun merbahaya

  Mohd Shubhi       Friday, March 24, 2017
Kementerian Kesihatan malaysia telah keluarkan senarai 8 produk kosmetik yang diberikan kelulusan sebelum ini sebagai tidak selamat setelah ujian dijalnkan. Dari ujian, bahan yang merbahaya telah ditemui ada di dalam 8 produk kosmetik tersebut.

Itu bermakna kementerian kesihatan telah menarik balik kelulusan untuk menjual produk kosmtetik merbahaya itu. Ia sudah tidak boleh dijual lagi di mana-mana kedai atau oleh orang perseorangan. Jika jual juga, ia merupakan satu kesalahan di bawah akta kawalan dadah dan kosmetik 1984.

Senarai 8 produk kosmetik merbahaya

Berikut senarai yang telah kementerian kesihatan keluar untuk semakan pengguna. Kalau anda ada terpakai produk ini dan tak berlaku apa-apa masalah, selamat. Tapi jangan nak gatal pakai semua produk ini.

Kalau anda pernah pakai dan ada rasa macam ada masalah, segeralah berjumpa dengan doktor. Bawa bersama produk yang dipakai selama ini dan beritahu pada doktor. Berhenti segera dari menggunakannya. Jangan risau takut anda tak cantik kalau tak pakai produk tersebut. Kesihatan lebih utama dari kecantikan paras rupa.

Kalau anda masih tak pernah pakai, ambil perhatian. jangan nak pergi cuba beli dan pakai produk yang ada di dalam senarai 8 produk mengandungi bahan merbahaya di bawah ini:

  1. Moleek Day Cream
  2. Adel Miracle Flawless Serum
  3. Ah Beauty Night Cream
  4. NDZ UV Whitening
  5. Snow Cream Normal
  6. Snow Cream Sensitive
  7. Dnars Nar Cream - Sensitive
  8. Ellfie Night Cream
Moleek Day Cream, Adel Miracle Flawless Serum dan Ah Beauty Night Cream didapati mengandungi mercury

NDZ UV Whitening pula ada hydroquinone

Produk Snow Cream Normal, Snow Cream Sensitive, Dnars Nar Cream - Sensitive dan Ellfie Night Cream didapati ada kandungan hydroquinone dan tretinoin.

Kandungan bahan merbahaya


Kenapa agaknya bahan-bahan yang disebutkan kat atas tu merbahaya ?

Ada 3 produk merbahaya sebagaimana yang telah diberikan di atas,

  1. Hydroquinone - ini bahan kawalan dan hanya boleh digunakan atas nasihat daripada pakar perubatan. Pakai tak tentu hala boleh buatkan kulit merah macam ketam, kulit berubah kepada warna yang tak diingini dan kulit jadi amat sensitif. Bahan ini juga membuatkan kulit hilang keupayaan bertahan dari sinar UV dan membawa kepada bahaya kanser.
  2. Tretinoin - Ini juga bahan kawalan dan perlu nasihat dari pakar untuk menggunakannya. Kesannya juga sama seperti kulit jadi merah terbakar, rasa tak selesa, amat sensitif pada cahaya. Biasanya bahan ini digunakan untuk rawat jerawat dan kesan kedutan. 
  3. Mercury - Bahan ini merbahaya sebab memberikan kesan gatal pada kulit. Tambah  pula ia boleh diserap masuk dalam badan dan darah. Akibatnya buah pinggang boleh rosak. Sistem saraf juga boleh rosak disebabkan oleh bahan merkuri ini. I juga boleh bantutkan perkembangan otak kanak-kanak. Bukan saja pemakai terkena bahayanya, malah orang sekeliling yang ada pada pemakai juga boleh dapat kesan tak baik.
Oleh itu berhati-hatilah kalau nak jadi cantik dan lawa. Jangan terpengaruh sangat dengan iklan bahan kosmetik kat radio dan tv tu. Mereka main sebut saja dan biasanya pembuatan produk diberikan pada syarikat lain untuk membuatnya.

Kadang-kadang apa bahan yang ada kat dalam kosmetik tupun pemilik produknya tak ambil tahu menahu. bla-bla-bla kat ada.. heeebat bla-bla-bla..

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Kementerian Kesihatan sahkan 8 produk kosmetik mengandungi racun merbahaya

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !