Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Thursday, July 20, 2017

Selesaikan masalah Bapok dengan teknologi sains perubatan terkini

  Mohd Shubhi       Thursday, July 20, 2017
Istilah Bapok lebih popular satu masa dahulu kat kampung. Sekarangpun orang kampung masih tetap guna istilah bapok ini walaupun dah muncul istilah baru yang lebih canggih dan popular di seluruh Malaysia.

Istilah baru yang saya maksudkan itu adalah LGBT. Bila muncul istilah LGBT ini, isu Bapok atau Pondan menjadi lebih serius di perkatakan terutamanya oleh para pengamal politik cari buruk lawan kat Malaysia.

Kalau kat kampung saya dulu, orang sebut Darai pada golongan yang sama. Perkataan Bapok saya kenal hanya bila datang ke Lembah Kelang. Perkataan yang biasa orang kampung pakai masa zaman kanak-kanak dulu adalah samada Darai atau Pondan sahaja.

Gambar kat atas tu adalah lakaran yang ditemui di zaman silam di Mesir. Ia gambar aktiviti LGBT yang dah wujud sejak zaman lampau.

Bapok dan darai bukan sekadar pada pakaian

Siapa yang kita panggil Darai atau Pondan ini?

Secara umumnya orang lelaki yang dipanggil darai atau pondan akan anggap bahawa itu satu penghinaan. Tak ada siapa yang suka dirinya di sebut sebagai darai atau pondan atau bapok. Kalau orang panggil saya bapok, jika kena pada keadaan dan suasananya, mahu rasanya saya ajak dia bertumbuk.

Tetapi pada mereka yang benar-benar bapok,  saya tak rasa mereka marah jika kita panggil bapok atau darai atau pondan. Sebab masa zaman kanak-kanak dulu mereka selamba saja goyang tubuh badan dengan lebih lembut dan elegan bila dipanggil ponda atau bapok. Nak pastikan betul-betul, kena tanya pada bapok sendiri apa mereka rasa bila kita panggil mereka bapok.

Sepanjang yang saya ingat, saya lebih kaitkan perkataan Bapok pada orang lelaki yang berpewatakan wanita. Samada dari gaya percakapan, gaya tubuh badan ataupun cara mereka berpakaian. Mereka juga amat mesra dan kelihatan cuba menarik perhatian kaum lelaki lain yang tulin.

Masa zaman Ghazal parti dulu, orang ramai suka usik pada Darai yang menjadi artis utama dalam pentas ghazal parti mereka. Saya juga suka usik pada darai ini. Mereka kelihatan putih gebu dan amat hebat melakukan lenggok arab atas pentas.

Tapi sekarang saya sedar bapok atau darai bukanlah sekadar pada pakaian. Ia melibatkan emosi berahi rasa ingin kepada belaian mesra sesama sejenis. Malah itulah yang paling utama dan paling ketara yang menyebabkan timbul masalah perbahasan terhadap kaum bapok ini.

Bapok dan LGBT

Bila perkataan LGBT diperkenalkan dan mendapat liputan seluruh dunia, ia menjadi satu isu besar teutamanya pada golongan yang berpegang pada agama. Samada Kristian atau Islam, perkembangan golongan LGBT menuntut pengiktirafan menjadi satu cabaran berat sekarang.

LGBT mula menjadi penting setelah negara Amerika mula mengiktiraf hak mereka pada tahun 1994. Kemudiannya ia merebak ke seluruh dunia. Bila sampai kat Malaysia masalah LGBT telah dipolitikkan oleh penggiat politik.

Mereka bukannya nak duduk sekali selesaikan masalah masyarakat, tapi hanya seronok guna masalah itu untuk labelkan parti politik lain yang kononnya sokong LGBT. Mengakui kewujudan puak LGBT sudah tentu tak sama dengan sokong geng LGBT.

Malah saya sendiri sejak kecil dah tahu adanya golongan Bapok ini dan terpaksa juga berurusan dengan mereka bila perlu sebab mereka juga manusia yang menjalani kehidupan lain seperti biasa.

Cuma isunya kat sini adalah bila masuk bab ranjang, mereka nak bermain dengan sesama jenis jantina. Bila kita pakai perkataan LGBT, ia menjadi lebih luas. Bukan saja lelaki suka kat lelaki, masuk juga bab perempuan suka kat perempuan.

Dan ia bukan saja hanya pada golongan bapok atau pondan, malah melibatkan lelaki sejati yang tidak berpewatakan seperti wanita, tetapi cenderung untuk rasa berahi pada sesama lelaki. Golongan ini lagi susah nak kesan. Mereka biasa macam semua lelaki lain, tapi lebih suka sontot lubang dubur lelaki lain.

Ada ramai sebenarnya kat luar sana yang dah ketagih sontot dubur dan tak berminat dengan aktiviti senggama yang biasa. Masa berkawan dengan geng peniaga kat seberang jaya dulu, saya kenal beberapa orang kawan yang sering pergi angkut bapok untuk lepaskan nafsu serakah mereka. Mereka bayar bapok yang cun itu dan tak berminat dengan orang perempuan. Ia satu yang pelik dan menghairankan !

Masalah dalaman buat jadi bapok

Ada seorang kawan yang saya kenal sejak kecil pernah luahkan masalahnya terperangkap dalam dunia bapok. Saya nasihat supaya dia lawan dan jangan terlalu ikutkan perasaan. Macam semua orang buat pada kawan-kawan bapok lain supaya berubah dan jangan jadi bapok.

Tapi ianya bukanlah semudah itu. Itulah kawan bapok saya kata. Ia sesuatu yang dia sendiri tak faham bagaimana perasaan itu boleh timbul. Macam mana nafsu berahi bila tengok lelaki boleh ada dalam dirinya adalah sesuatu yang amat misteri. Jadi mereka simpulkan itulah yang telah mereka dapat sejak dilahirkan dan ianya adalah anugerah Tuhan.

Tapi sekarang tak perlu nak risau lagi. Teknologi sains perubatan akan mampu selesaikan semua masalah tersebut tidak lama lagi. Perkembangan teknologi sains dan perubatan sekarang mampu ubah genetik dan mampu ubah perasaan yang manusia alami.

Satu hari nanti akan jadi perkara biasa sahaja seseorang bapok itu akan pergi berjumpa doktor bahawa dia sudah bosan bernafsu terhadap sesama lelaki. Dan dia mahu menjadi normal semula dengan hanya bernafsu terhadap glongan bukan sejenis.

Doktor akan buat rawatan, ikat semula segala wayar dalam otak dan tubuh badannnya dan bila siap, semua keinginan yang dia ada selama ini terhadap sesama jenis terus hilang. Dia dah bertukar jadi lelaki normal sekarang tetapi dengan bantuan sains mengubah ikatan dan aliran wayar dalam otak dan genetiknya.

Ubah kejadian Tuhan untuk jadi lelaki sejati

Apa yang para saintis buat dan sedang kaji sekarang boleh dikatakan sedang berusaha mengubah kejadian alam. Ertinya para saintis mengubah kejadian Tuhan apa bial mereka bah segala wayar dalam kepala manusia dan simpulkan semula rantaian DNA manusia.

Hukum mengubah segala kejadian alam atau apa yang telah Tuhan berikan pada tubuh badan manusia adalah haram. Itulah yang para ulama hujahkan selama ini yang membuatkan banyak perkra orang Islam tak boleh ikut amalan orang bukan Islam terutamanya dalam bab perubatan.

Contohnya pergi ubah hidung yang kemik tukarkan jadi mancung adalah sesuatu yang dilarang.

Tapi bagaimana pula para bapok yang pergi buat perubahan yang sama dengan hasrat nak seronok hanya pada lelaki sahaja dan melupakan rasa berahi mereka pada sesama lelaki  adakah ianya haram ?

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Selesaikan masalah Bapok dengan teknologi sains perubatan terkini

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !