Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Wednesday, July 19, 2017

Melayu moden biarkan emak mati keseorangan tanpa seorang anakpun di sisi

  Mohd Shubhi       Wednesday, July 19, 2017
Ada ramai orang Melayu moden yang tewas dengan desakan dunia sekarang ni. Bukan orang Melayau sahaja, tapi banyak bangsa lain juga macam itu. Tapi, kita fokus hanya kepada orang Melayu sebab ia menyentuh penduduk majoriti yang tinggal di negara Malaysia.

Suka atau tidak suka, kemodenan sudah melanda seluruh dunia. Malaysia juga tidak berkecuali. Salah satu harga mahal yang perlu dibayar untuk mengejar kemodenan negara adalah keruntuhan institusi keluarga dan kebudayaan bangsa.

Antara perkara paling ketara dalam dunia moden adalah kesibukan mengejar duit. Duit banyak menjadi sasaran hampir semua orang termasuklah orang melayu. Malah pemimpin melayu juga tidak dapat lari dari kejar duit yang banyak. Macam Tun M kata, Cash is King sekarang dalam dunia politik.

Kita buang segala prinsip kebenaran dan keluar dari menuju jalan lurus disebabkan terjerumus dengan aktiviti kejar dunia. Rasuah menjadi-jadi diamalkan orang ramai. Tahap tolenrasi terhadap rasuah dah jadi semakan besar.

Ada seorang kawan yang buat kerja tak betul dalam bab rasuah ini pernah berkata pada saya. Dia sentiasa ada ketayap putih atas kepalanya. Banyak buat kerja kebajikan tolong orang susah. Kerap pergi umrah dan macam-macam lagi yang mampu membeliakkan mata orang ramai untuk melabelkannya sebagai seorang yang soleh dan beruntung.

" Kalau kita tak buat, orang lain tetap akan buat, bila peluang dah datang depan mata, kenapa tak rebut saja... ! ", itu kata lebai kawan saya itu bila saya persoalkan wang yang dia dapat. Terkesima saya dengar hujahnya itu.

Saya terfikir samada dia yakin yang Allah menerima jawapan tersebut di Padang Masyhar nanti... ? Mungkin dia rasa ok, sebab itu dia buat juga. Megambil kesempatan dari sifat Rahman dan Rahim Allah, mungkin ?

Itu baru satu contoh. Bukan dia seorang yang akan gunakan ayat sedemikian. Ramai lagi yang akan gunakan ayat sedemikian untuk jadi kaya raya. Bila dah puas dan banyak dengan apa yang dia mahu, mereka semua akan kembali buat segala aktiviti yang diyakini dapat menebus segala dosa.

Buka pusat tahfiz, sponsor orang pergi Mekah, derma ke sana sini, buat atau repair Masjid. Pergi umrah setahun dua kali. Sponsor penceramah yang ramai anak murid buat segala aktiviti keagamaan. Dan banyak lagi yang akan mereka lakukan dengan harapan dosa lampau dapat ditebus.

Cabaran bela emak ketika tua

Oppps ! saya melencong panjang pulak dari tajuk asal kat artikel ini. Nak ceritakan kisah melayu moden yang biarkan emak mati keseorangan, jadi bab rasuah dan tamak haloba lapar duit pulak. Tapi ini ada kena mengena juga dengan apa yang nak saya cerita.

Ini cerita benar. Saya dapat berita dari emak yang sedih dengan apa yang berlaku pada salah seorang kawan baiknya sejak muda. Dia juga dapat berita itu dari orang kampung yang sampaikan berita kematian kawan baiknya itu.

Mak saya duduk kat Langkawi sekarang. Sekali sekala dia kami bawa balik ke rumah kat kampung untuk lepaskan perasaan rindunya pada rumah pesaka. Seminggu dua minggu dia sendiri akur kena balik semula ke Langkawi. Kat kampung tak ada sesiapa nak jaga.

Semua anak-anak kerja dan tinggal berasingan dan berjauhan. Yang tinggal tak berapa jauhpun tak sanggup untuk balik tinggal di rumah pusaka dan jaga mak kat situ. Bila lihat semua itu, saya rasa kagum pulak dengan beberapa kawan emak yang masih setia tinggal kat kampung di rumah lama mereka.

Biar emak mati keseorangan

Anak-anak mereka tak merantau ke mana. Membesar kat kampung dan cari makan di sekitar kampung, kahwin dan membina keluarga juga kat kampung. Tak keluar jauh dari rumah dan tanah pusaka.

Itu membolehkan emak terus terbela dan kekal tinggal kat rumah pusaka. Kelebihan utama mereka adalah ada sebidang tanah pusaka yang luas. Anak-anak boleh buat rumah masing-masing sekeliling rumah induk pusaka.

Tapi bukan semua orang ada kelebihan macam itu. Tambah lagi kalau semua anak adalah perempuan, bila kahwin suami akan angkut bawa haluan mereka sendiri. Tinggallah mak terkontang kanting kat rumah pusaka seorang diri.

Itulah yang berlaku pada kawan mak seorang tu. Akhirnya dia pergi duduk dengan salah seorang anak perempuannya. Bila semakin tua dan semakin menyusahkan anak-anak nak bela. Mereka hantar emak ke pusat penjagaan orang tua.

Orang tua itu sendiri yang mahu. Itupun disebabkan anak-anak semua sibuk nak kejar duit. Mana sempat nak jaga emak yang tua dan perlukan penjagaan yang baik dan sempurna. Kat rumah orang tua, dengan perkhidmatan yang hebat, adalah lebih baik dari biarkan anak-anak jaga. Lagipun kat pusat penjagaan orang tua, ramai kawan-kawan seusia. Ada teman berbicara.

Bila dah hantar ke sana, selesai semua masalah. Anak-anak boleh teruskan aktiviti kejar dunia dengan rancak tanpa halangan lagi. Kawan emak saya kemudiannya kritikal dan pusat penjagaan orang tua hantar masuk hospital. Akhirnya, dia meninggal kat hospital seorang diri.

Hospitak tunggu punya tunggu waris datang uruskan mayat. Tapi malangnya anak-anak sibuk mesyuarat dan tak boleh tinggalkan urusan penting tu. Pihak hospital akhirnya hantar semula mayat ke pusat penjagaan orang tua. Kat situlah mayatnya diuruskan.

Mungkin mayat tak rasa apa-apa sebab dia memang dah meninggal dunia. Apa nak diperdulikan. Apa mayat nak malu. Bab dia kat dunia dah selesai. Tapi kita yang hidup rasa sayu tengok semua apa yang berlaku itu. Apa lagi yang lebih penting dari mengambil tanggung jawab menguruskan mayat emak yang dah meninggal ?

Mak saya menangis dengar berita tersebut. Semakin sebab bila dengar macam mana kawan baiknya itu meninggal dunia. Mungkin semakin sebab khuatirkan nasibnya nanti bila mati. Bagaimana agaknya diperlakukan anak-anaknya pula ?

Apa sebenarnya dah berlaku pada orang kita agaknya. Itu bukan kisah terpencil. Banyak lagi kisah bagaimana anak-anak buang emak dan bapa disebabkan desakan kejar dunia. Ada artikel dari Utusan yang mengajak orang ramai tukar persepsi negatif terhadap pusat penjagaan orang tua. Baca artikel tu kat sini.

Ertinya masa dah tiba untuk kiat terima sahaja bahawa anak-anak dah semakin tak boleh jaga orang tua. Bukan kemahuan anak-anak itu sendiri, tapi disebabkan desakan kehidupan. 10 atau 20 puluh tahun lagi budaya jaga emak dan ayah yang tua akan pupus lansung agaknya.

Saya juga akan jadi warga tua, insyaallah kalau Allah izinkan panjang umur. Masa saya sendiri akan tiba juga. Mungkin saya perlu bersedia terima hakikat bahawa jangan mengharapkan anak-anak nak jaga bila dah tua nanti?

Apa pendapat anda?

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Melayu moden biarkan emak mati keseorangan tanpa seorang anakpun di sisi

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !