Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Saturday, July 15, 2017

Pulau Pinang cadang guna AI untuk kawal penyebaran masalah denggi

  Mohd Shubhi       Saturday, July 15, 2017
Kerajaan negeri Pulau Pinang merancang untuk menggunakan Artificial Intelligence (AI) sebagai cara untuk membenteras penyebaran masalah demam denggi di negeri tersebut.

Ini satu perkembangan yang amat baik dilakukan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang. Menggunakan teknologi terkini sebagai alat membenteras masalah demam denggi.

Apa dia Artificial Intelligence (AI) sebenarnya?

Mungkin ramai dah dengar perkataan ini yang amat hangat diperkatakan di kalangan para cerdik pandai. Kalau anda pernah tonton cerita Terminator, kisah robot masa depan yang patah balik datang ke masa lalu, itu adalah imaginasi terhadap teknologi Artificial Intelligence (AI) ini.

Definasi secara mudah bagi Artificial Intelligence (AI) adalah, satu teknologi sains yang menggunakan komputer bagi menggantikan keupayaan intelektual manusia dalam melakukan sesuatu kerja

Ramalan tentang Artificial Intelligence (AI)

Ada satu buku yang ditulis oleh seorang pakar sejarah muda berbangsa Yahudi, Yuval Noah Harari. Yahudi muda itu menjadi sensasi seluruh dunia di kalangan cerdik pandai rentetan dari buku tulisannya yang bertajuk Sapiens.

Buku Sapiens merupakan buku kajian sejarah terhadap perkembangan bangsa manusia dari spesis Sapiens di mukabumi ini dari awal kewujudannya sehinggalah ke zaman sekarang. Ramai orang-orang penting dunia ang membaca buku tersebut termasuklah Obama dan Bill Gates.

Rata-rata yang baca buku itu berkata mereka mendapat satu perspektif baru yang tidak pernah difikirkan sebelum ini. Jika anda ada masa, saya cadangkan luangkan sedikit masa emas anda untuk membaca dan mentelaah buku tersebut. Amat menarik untuk meningkatkan kemampuan intelek anda.

Selesai buku tersebut, dan mendapat banyak pertanyaan dari seluruh dunia terhadap apa yang telah ditulisnya, Yahudi muda itu tulis pulak satu lagi buku terbarunya bertajuk Homo Deus. Buku itu menjawab segala pertanyaan orang ramai terhadap persoalan apa yang bakal terjadi pada bangsa Homo Sapiens di masa yang akan datang.

AI akan ganti keperluan terhadap manusia

Dalam buku Homo Deus itu, Yuval Noah Harari menjangkakan bangsa Manusia akan berubah 360 darjah menjadi satu spesis baru yang beliau namakan sebagai Homo Deus. Ia adalah berdasarkan perkembangan teknologi AI yang tengah meletop-letop di negara barat.

Banyak dari aktiviti yang memerlukan keupayaan intelek manusia sedang digantikan oleh keupayaan intelek mesin atau teknologi. Faktor emosi dan kesedaran manusia yang dikatakan tidak ada pada mesin nampaknya tidak diperlukan untuk menghasilkan mesin yang mampu berfikir.

Satu masa nanti apabila transformasi kerja keseluruhannya diambil alih oleh mesin, manusia biasa sudah tidak akan berguna lagi dari segi ekonomi dan juga politik. Itulah ramalan yang mungkin berlaku menurut pakar sejarah muda berbangsa Yahudi itu.

Samada benar atau tidak benar itu semua akan berlaku, yang pastinya, kita perlu ambil tahu segala perkembangannya sekarang. Dan untuk tujuan itu, rakyat perlu didedahkan kepada teknologi tersebut untuk membuatkan mereka faham dan bersedia menghadapi segala kemungkinan.

Pulau Pinang guna AI kawal denggi

Laporan dari The Sun kat sini melaporkan minat kerajaan negeri Pulau Pinang untuk guna AI bagi kawal dema denggi. Teknologi itu mampu menjangka kedatangan wabak denggi di mana-mana lokasi awal sebelum ianya benar-benar berlaku.

Sekarang aktiviti pembenterasan wabak denggi dilakukan secara reaktif. Ertinya bila dah ada wabak denggi di mana dua atau tiga orang kena demam denggi, barulah aktiviti seperti fogging, larvaciding dan sebagainya akan dilakukan oleh pihak berwajib.

Jika teknologi AI digunakan, aktiviti kawalan nyamuk aedes akan dilakukan awal sebelum ianya berlaku. Jadi, sebelum ada yang kena demam denggi, pihak berwajib akan terlebih dahulu akan datang dan buat segala apa yang patut untuk kawal pembiakan dan bunuh nyamuk aedes.

Itu hebat namanya ! Dan perlu disegerakan.

Menurut kerajaan negeri Pulau Pinang, kos untuk laksanakan teknologi AI itu menelan belanja dalam lingkungan RM200 ribu sahaja. Tak lah mahal sangat jika diikutkan manfaat yang boleh didapatinya kepada rakyat Pulau Pinang.

Pilot projek telah dijalankan di 37 lokasi yang diramalkan akan berlaku penyebaran wabak demam denggi. Dan sebanyak 30 kawasan benar-benar berlaku. Peratusan ketepatan adalah sebanyak 81.08%.

Jika anda perlukan khidmat kawalan serangga perosak termasuklah Nyamuk, Lipas, Semut, Tikus dan lain-lain, gunakan khidmat Easelife Services Sdn Bhd. Syarikat pest control berlesen dan bertauliah berpengalaman dalam industri pest control sejak 1998. Hubungi Puan Siti untuk sebarang maklumat berkenaan pet control di nombor 012-2067357

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Pulau Pinang cadang guna AI untuk kawal penyebaran masalah denggi

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !