Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Friday, August 4, 2017

Bangunan Parlimen kena serang pepijat penghisap darah manusia

  Mohd Shubhi       Friday, August 4, 2017
Kecoh apabila bangunan parlimen kena serang dek serangga Pepijat, penghisap darah manusia. Tapi jangan lompat lagi.

Bukan bangunan parlimen kat negara kita Malaysia. Bangunan parlimen yang dimaksudkan adalah di Palace of Westminster di United Kingdom. Laporan dari portal Mirror melaporkannya kat sini.

Pepijat adalah salah satu makhluk yang dpanggil sebagai Pest dalam Bahasa Inggeris. Tak ada perkataan itu dalam Bahasa Malaysia satu perkataan. Biasanya kita panggil Pest sebagai serangga dan makhluk perosak. Agak panjang untuk diterjemahkan dari Bahasa Inggeris yang hanya guna pakai satu perkataan sahaja.

Kalau sebut perkataan Pest dalam Bahasa Inggeris, ia boleh saja membawa maksud apa saja makhluk yang tidak diingini berada bersama kita. Jadi pokok atau rumput lumut boleh masuk dalam kategori pest. Burung, kucing atau anjing juga boleh jadi pest. Malah manusia juga boleh jadi pest jika kehadirannya mengganggu orang lain.

Lawak yang diperkatakan oleh ahli parlimen dari kejadian itu merujuk pada perkataan pest itu. Orang ramai biasanya anggap bangunan parlimen biasanya dipenuhi oleh Pest. Maksudnya mungkin orang anggap manusia yang duduk kat kerusi parlimen tu kebanyakannya adalah pest. Tetapi kali ini, bangunan parlimen benar-benar telah ada pest.

Bangunan parlimen Malaysia ada pepijat?

Apakah bangunan parlimen negara kita juga ada pepijat? tak dapat dipastikan sebab tak ada lagi sebarang laporan yang kita dengar setakat ini.

Binatang pepijat kaki penghisap darah manusia memang tak ada lagi dalam bangunan parlimen kita di Kuala Lumpur tu. Tapi mungkin makhluk kaki penghisap duit rakyat memang ada kat dalam bangunan tu sekarang.

Makhluk kaki hisap duit rakyat sebenarnya jauh lebih teruk daripada makhluk kaki hisap darah manusia. Paling banyakpun pepijat hisap darah tak akan membuatkan orang ramai krus kering hilang darah.

Tapi makhluk yang hisap duit rakyat mampu membuatkan rakyat jadi kurus kering sebab tak tahan dengan kos sara hidup yang semakin mencabar sekarang. Cuba pergi ke pasar basah beli ikan kat tempat anda sekarang dan lihat berapa harga ikan kembung.

Ikan kembung tu makanan yang paling selesa buat orang kampung tak berada macam saya selama ini sebab harganya biasanya tak mahal sangat. Rasa ikan kembung yang lemak dan manis membuatkan ikan itu jadi pilihan dari dulu sampai sekarang.

Tapi kos ikan kembung sekarang dah melambung sampai sekilo RM16. Dulu kos ikan kembung berapa sangat harganya. tak sampaipun RM10. Bila kos ikan yang orang susah makan dah melambung macam tu, mana tak buat orang kampung kurus kering!.

Lontar keluar pest kat parlimen Malaysia

Kalau nak hapuskan pepijat biasanya kita boleh panggil syarikat kawalan serangga dan makhluk perosak. Mereka datang buat semburan racun, habis semua pest seperti pepijat atau lain-lain mati.

Tapi kalau nak hapuskan pest yang hisap duit rakyat tak boleh panggil syarikat pest control. Ini kena pilihanraya baru boleh selesai. Itupun jika rakyat sedar diri untuk membuat pilihan yang betul dengan tidak melantik pest hisap duit memagang kerajaan Malaysia.

Itu satu kerja berat sebenarnya. Masing-masing punya pendapat mereka sendiri siapa sebenarnya pest kat dalam parlimen Malaysia.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Bangunan Parlimen kena serang pepijat penghisap darah manusia

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !