Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Thursday, August 24, 2017

Lim Guan Eng Terkejut Pas nak tawan Parlimen Kepala Batas PRU14 nanti !

  Mohd Shubhi       Thursday, August 24, 2017
Bukan saja Lim Guan Eng terkejut!, bila dengan PAS nak tawan Parlimen Kepala Batas pada PRU14 nanti. Malah akupun rasa terkejut juga dengan kenyataan seorang pemimpin Pas Pulau Pinang ni.

Kiraan matematik macam mana yang dia pakai untuk buat kenyataan yang besar macam itu, tidak dapat dipastikan. Tapi macam itulah sikap pemimpin Pas yang ada sekarang. Mereka suka main cakap ikut kepala lutut daripada menggunakan akal yang rasional.

Betul juga kata Lim Guan Eng. Kalau masa Pas bergabung dengan PKR dan juga DAP ketika PRU13 yang lalu, Pas masih gagal tawan Kerusi Parlimen Kepala Batas, apa yang membuatkan mereka yakin berjaya pada PRU14 nanti dalam keadaan nak berjuang sendirian tak mahu ikut sesiapa.

Keadaan politik paling bercelaru di Malaysia

Balik kampung baru-baru ini, aku pekena laksa campur kat Kampung Patani. Laksa campur kedai bawah pokok ceri tu singgahan wajib setiap kali aku balik kampung.

Ada tiga orang kawan kampung teman aku makan laksa hari. Kami cerita bab politik kampung dan politik negara. Bagi aku, politik negara sekarang adalah politik paling bercelaru kat Malaysia.

Tapi pendapat aku tu disanggah oleh penyokong Pas kat kariah Kubang Sepang tu. Dia kata mana ada celaru. Biasa saja sekarang macam-macam yang dulu-dulu juga. Apa yang nak dicelarukan. Masing-masing ada parti yang disokong. Bila pergi mengundi nanti, pangkah saja parti yang kita sokong.

Pelik juga aku dengar kenyataannya itu. Dia bukannya orang selekeh. Ada pelajaran, orang penting dalam masyarakat. Kenapa kata semuanya ok.

Maka aku terangkan kenapa keadaan sedang bercelaru sekarang ini. Punca celaru adalah disebabkan negara sedang merosot dan merudum teruk prestasinya. Di mata dunia, negara sedang dipimpin oleh Raya Pecut yang paling kuat buat lari duit rakyat masuk ke akaun peribadi.

Habis berpecah teruk para pemimpin negara jadi dia tiga puak dan dalam masa yang sama parti Pak Lebai pulak nak jalan sorang diri tak mau ikut sesiapa. Mereka nak lawan ikut suka mereka dan nak jadikan banyak pertandingan 3 penjuru pada PRU14 nanti.

Dari segi tahap Nasional, PRU14 nanti adalah satu fenomena yang bakal bercelaru jika Pas tetap degil nak ikut akal pemikiran tak jauh mereka. Dan kawan aku tu angguk bersetuju jika mahu dilihat ke tahap Nasional, memang keadaan amat bercelaru.

Sekarang baru aku tahu kenapa Kubang Semang tak ada pecahan keluar dari orangt PAS. Mereka semua kekal dalam parti Pas dan tetap setia buat kerja untuk Pas. Kata mereka kami walak pada parti tapi tak walak pada pemimpin yang bercelaru. Mereka tak sedar itu pemikiran yang sama pendek macam pemimpin atasan Pas yang ada sekarang.

Aku tampalkan laporan berkenaan Lim Guan Eng yang terkejut denga5r Pas nak tawan Kepala Batas kat bawah ni

Lim Guan Eng terkejut Pas nak tawan K Batas

BERTAM - Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng dalam nada berseloroh menganggap kenyataan seorang pemimpin PAS Pulau Pinang untuk merampas kerusi Parlimen Kepala Batas dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) sebagai angan-angan Mat Jenin.

Beliau yang juga Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP) Kebangsaan berkata, Pakatan Harapan yang menguasai Kerajaan Negeri sendiripun mengakui parlimen berkenaan adalah kubu kuat Umno, atas faktor ketokohan bekas perdana menteri Tun Dr. Abdullah Ahmad Badawi atau 'Pak Lah'. "

Saya pun terkejut dengar kerana (Kepala Batas) ini adalah kubu kuat Pak Lah. "Ketika PAS bersama kita (Kerajaan Negeri) pun tak boleh berjaya, tiba-tiba ketika mereka keseorangan dan bekerjasama dengan Umno, saya pun tak faham bagaimana mereka boleh merampas Kepala Batas. "

Mungkin itu perangai Mat Jenin lah...biar lah mereka berangan-angan," jelas Guan Eng kepada pemberita, selepas berucap dalam Majlis Penyampaian Cek Bantuan Pendaftaran Pelajar Ke Institut Pengajian Tinggi Tahun 2017 Bahagian Seberang Perai di Dewan Millenium Kepala Batas di sini pada pagi tadi.

Bagaimanapun, katanya Pakatan Harapan yang ketika ini dianggotai oleh DAP, Pertubuhan Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (Amanah) akan saling bekerjasama untuk memugar sokongan pengundi Kepala Batas terbanyak untuk mencabar Umno, dalam pilihan raya umum nanti.

Semalam, seorang pemimpin utama PAS negeri memberitahu pemberita bahawa partinya kian kuat untuk merampas kerusi Parlimen Kepala Batas, yang ketika ini disandang oleh Pengerusi Bahagian Umno Kepala Batas merangkap Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Oleh ZAINULFAQAR YAACOB

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Lim Guan Eng Terkejut Pas nak tawan Parlimen Kepala Batas PRU14 nanti !

Previous
« Prev Post

2 comments:

  1. cuba tuan pi ke Taman2 Di kepala batas, sembang dengan orang2 umno. apa pandangan dan persepsi politik sekarang mereka. baru tahu kenapa pas cakap macam itu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok ! insyaallah nanti saya pergi survey tengok. Terima kasih atas maklum balas tu !

      Delete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !