Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Wednesday, August 9, 2017

Macam mana rasa naik kereta Grab buat kali pertama di Shah Alam

  Mohd Shubhi       Wednesday, August 9, 2017
Majoriti penduduk Malaysia terutamanya yang tinggal di kawasan bandar tentu dah maklum sangat dengan satu syarikat yang dinamakan sebagai Grab. Iklan kewujudan khidmat teksi Grab ini akan dipasang di merata tempat sekitar jalan utama setiap kali Grab baru masuk ke kawasan baru.

Saya memang dah lama muat turun aplikasi Garab ini ke dalam iPhone tapi tak pernah sekalipun cuba nak guna perkhidmatan Grab sebab lebih biasa guna kenderaan sendiri untuk ke mana sahaja.

Semalam, aplikasi Grab ini telah berjaya dipecahkan daranya buat kali pertama apabila saya terpaksa mencubanya untuk pertama kali.

Asal usul Kereta Grab

Masa nak pakai semalam, saya klik pada ikon Grab lama tapi malangnya maklumat menyatakan bahawa aplikasi itu dah tidak diguna pakai lagi. Sekarang dah ada aplikasi terbaru yang perlu saya muat turun semula.

Nampaknya telah berlaku satu lagi perubahan yang lebih baik terhadap perkhidmatan Grab.

Grab ini bermula pada bulan Jun tahun 2012 dengan menggunakan nama asalnya MyTeksi. Perlancaran aplikasi MyTeksi ini dibuat kali pertama sebagai satu permulaan dan percubaan untuk menyelesaikan masalah perkhidmatan teksi di Malaysia.

Semua aplikasi tersebut dilancarkan di bawah syarikat bernama MyTeksi Sdn Bhd. Masa mula dilancarkan dulu memang saya perasan ada banyak iklan yang memaparkan logo MyTeksi ini kat belakang kenderaan teksi. Memang ianya dilancarkan khas untuk para pemandu teksi masa itu.

Masa mula nak perkenalkan kegunaan aplikasi MyTeksi kepada para pemandu teksi memang amat susah. Kebanyakan pemandu teksi masih tak biasa dengan penggunaan teknologi untuk memajukan lagi perkhidmatan mereka.

Untuk guna aolikasi MyTeksi, pemandu teksi perlu ada telefon pintar sebab semua tempahan akan berlaku melalui telefon pintar. Maklumat tentang keberadaan teksi sentiasa di kemas kini dengan sistem GPS. Itu membuatkan khidmat teksi menjadi lebih cekap dan lancar serta mudah.

Tapi atas daya usaha yang gigih mereka berjaya juga meyakinkan ramai pemandu teksi untuk gunakan aplikasi MyTeksi. Masa mula dahulu syarikat itu tak ada pejabat atau pusat operasi. Jadi mereka terpaksa yakinkan pemandu teksi secara berdepan dari satu kedai mamak ke kedai mamak yang lain.

Sekarang MyTeksi dah bertukar jadi Grab dan mereka dah meluas pasaran ke 6 negara di sekitar ais tenggara. Begitulah hebatnya perkembangan syarikat itu yang ditubuhkan oleh cucu kepada pengasas bersama Tan Chong Motor Holding Berhad. Tan merupakan pelajar lulusan Harward Business School.

Sekarang Grab bukan saja menawarkan khidmat teksi, tapi juga kereta biasa yang dimiliki oleh pemilik yang guna khidmat aplikasi Grab untuk buat duit.

Kali pertama guna khidmat Teksi Grab

Semalam saya cuba buat kali pertama guna kereta Grab. Saya main tekan saja aplikasi Grab itu dan sebaik saja buka dan daftarkan semua maklumat telefon pintar saya, aplikasi itu terus kesan lokasi di mana saya berada.

Saya masukkan destinasi ke mana saya nak pergi dan dalam masa tak sampai beberapa saat, saya mendapat maklumat sebah kereta sedang bergerak menuju ke tempat saya berada. Dia bagi nombor kenderaan dan jenisnya termasuk nama pemandunya.

Tak sampai beberapa minit, saya dapat mesej dari aplikasi itu. Pemandu teksi beritahu dia dah sampai kat alamat saya dan tanya saya kat mana sebetulnya. Saya berikan maklumat sebelah kedai hardware dan dia terus muncul.

Sebuah kereta MyVi silver di pandu oleh seorang pemuda berbangsa cina.

Saya masuk dan dia perkenalkan namanya sebagai Yong. Dia nampaknya begitu ramah dan fasih cakap Melayu dengan telo cina. Saya duduk kat kerusi depan dan dia tunjukkan sambungan wayar telefon jika saya nak charge telefon pintar saya.

Mudahnya Grab dengan teknologi GPS

Saya tak perlu nak beritahu apa-apa pada Yong. Masuk saja dia terus jalan dengan berpandukan telefon pintar terselit kat atas dashboardnya. Dia ikut saja arahan kiri dan kanan dari telefon itu sambil melayan pertanyaan dari saya.

Saya tanya dah berapa lama dia bawa kereta Grab ini?

Dia kata baru 3 bulan. Dia buat secara sepenuh masa untuk tambah pendapatan. Dia sebenarnya punya sebuah kedai runcit di Klang. Setelah lama bertahan uruskan sepenuh masa kedai runcit tersebut, dia terpaksa tinggalkan urusan harian kedi itu pada kedua ibubapanya yang dah tua.

Bisnes amat mencabar sekarang. Kalau nak harapkan kedai runcit saja tak cukup untuk sara kedua ibubapanya yang dah tua dan isterinya yang baru dikahwini tak sampai setahun. Kahwin banyak pakai duit. Lepas ini nak dapat anak akan kena pakai duit lagi. Dia perlu cari jalan untuk tambah pendapatan.

Berapa pendapatan bawa kereta Grab

Bila saya tanya berapa banyak dia dapat sebulan, dia gelak saja dan kata boleh tahan tapi tak berapa banyak sangat. Kalau dahulu masa mula orang awal buat Grab car ini, mereka boleh bawa balik dalam lingkungan RM20 ribu sebulan.

Sekarang dah hampir mustahil untuk jana sebanyak itu sebab sudah terlalu ramai orang yang jadi pemandu kereta Grab. Dalam skrin telefon nya saja ada lebih dari 10 buah kereta sedang berlegar-legar mencari penumpang. Itu satu persaingan yang amat sengit kata Yong.

Dia tak pasti samada bulan ini dia mampu dapat lebihan yang berbaloi hasil dari menjadi pemandu kereta Grab. Kereta banyak digunakan, bawa bermacam ragam manusia. Paling teruk kata Yong adalah bila dia bawa penumpang lebih dari seorang yang saiz badan mereka macam badak sumbu. Habis tenggelam spring kereta. Itu akan tingkatkan kos selengaraannya, rungut Yong.

Saya naik dari pejabat kat U2 Shah Alam menuju ke seksyen 15 Shah Alam. Pergi ke Toyota servis centre ambil kereta yang saya hantar servis kat sana. Cepat pantas dan selesa perjalanan dalam pukul 4.30 petang itu. Kosnya hanya RM11 sahaja dan resit dihantar terus ke email saya.

"Jangan lupa berikan rating 5 bintang ya encik!", pesan Yong sebaik saja saya keluar dari keretanya. Memang menarik pengalaman semalam. Saya terfikir betapa mencabarnya kehidupan anak-anak muda sekarang untuk sara kehidupan mereka.

Cabaran berlaku pada semua orang. Cuma bagaimana cabaran itu diatasi sudah tentu amat berbeza. Samada anda Cina, Melayu atau India atau apa saja bangsa, cabaran tetap ada. Rajin atau tidak saja menentukan samada anda tewas atau berjaya.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Macam mana rasa naik kereta Grab buat kali pertama di Shah Alam

Previous
« Prev Post

2 comments:

  1. tuan patut cuba juga gunakan uber juga. keduanya ada pro dan kontra yang tersendiri. cubalah dan nilaikan sendiri. apa pun, saya memang lebih suka gunakan grab atau uber berbanding teksi atau bas atas sebab yang kita semua sedia maklum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah lepas ni nak cuba naik Uber pulak. Memang naik Grab ni jauh lebih selesa dan aman berbanding naik Teksi..

      Delete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !