Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Thursday, September 28, 2017

3 faktor penting untuk dilihat sebelum beli trak 4x4 pickup terpakai

  Mohd Shubhi       Thursday, September 28, 2017
Anda mungkin terfikir nak mula pakai trak 4x4 pickup untuk gantikan kenderaan sedan biasa yang dah lama jadi kenderaan utama anda selama ini.

Kalau anda rasa anak tukar terus pakai 4x4 dan jual kenderaan sedan yang ada, tentu paling baik adalah dengan beli trak pickup atau 4x4 yang baru. Boleh pertimbangkan samada nak beli Ford Ranger, Toyota Hilux, D-Max, Mitsubshi Triton dan lain-lain lagi seumpama dengannya.

Tapi kalau anda baru nak cuba pakai 4x4 pula dan masih mahu kekalkan kereta sedan, mungkin cara paling murah dan murah adalah dengan membeli trak pickup terpakai.

Perlu diingat bahawa membuat penilaian dan pertimbangan untuk membeli 4x4 trak pickup tak sama dengan kereta sedan biasa. Kedua-dua jenis kenderaan itu punya ciri-ciri penggunaan yang amat berbeza.

Kereta sedan biasanya digunakan untuk bawa penumpang pergi berjalan samada jauh atau dekat. Manakala kenderaan pickup 4x4 biasanya diguna pakai untuk buat kerja berat. Walaupun mileage rendah, tidak semestinya pemilik asal tidak lenjan kenderaannya itu.

Oleh itu perlu pastikan 3 faktor penting yang disebutkan kat bawah ini diberikan perhatian sewajarnya.

#1. Sejarah towing dan angkut

Bila anda sedang tengok kenderaan pickup 4x4 terpakai dan tengah nak fikir samada nak ambil atau tidak pickup terpakai itu, pastikan anda bertanya setakat mana aktiviti tarik atau towing dan aktiviti bawa muatan berat telah dilakukan oleh pickup itu selama ini.

Soalan ini sudah tentu tak pernah terfikit oleh anda jika sekadar nak beli kenderaan sedan biasa. Memang sedan tak buat semua kerja berat itu kecuali pemilik asalnya merupakan seorang peniaga pasar malam atau pekebun. Tapi itupun amat jarang berlaku. Siapa yang tak sayangkan kenderaan sedan guna bawa sekeluarga jalan-jalan kan !

Bayangkan jika selama ini, pickup 4x4 itu digunakan untuk menarik bot penyelamat di kala banjir mana-mana jabatan penyelamat. Itulah kegunaan utama pickup trak tersebut dan sudah tentu akan ada banyak benda yang nak kena tengok akibat dari kerja berat tarik barang tak henti bertahun-tahun.

#2. Sejarah kegunaan

Ini perkara kedua yang anda perlu tahu selain daripada aktiviti towing dan angkut barang berat yang dilakukan oleh pemilik sebelum ini.

Anda perlu tahu dengan bertanya dan melihat samada kenderaan 4x4 itu banyak digunakan dalam ekspedisi off-road atau tidak. Adakah pemilik asalnya beli untuk digunakan di kawasan pembinaan yang lasak.

Kalau anda bernasib baik, pemilik asalnya beli sekadar untuk bawa atas jalan biasa dengan mekap kenderaan 4x4 itu dengan cantik dan bergaya. Dan memang ramai yang pakai pickup trak 4x4 macam itu sekarang ini.

Tapi elok tanya dan semak sejarah penggunaannya sebelum ini kerana ia melibatkan banyak isu jika dah lasak dilenjan. Masalah seperti chassis, suspension dan lain-lain lebih teruk jika dah biasa di lenjan dengan teruk.

#3. Pandu uji

Ini perkara wajib yang anda perlu buat samada nak beli kenderaan sedan biasa atau nak beli kenderaan pickup 4x4 terpakai.

Cuba bawa kenderaan itu dan peka terhadap bunyi yang ia keluarkan dan rasa macam mana membawa kenderaan tersebut. Aktiviti cuba pandu ini dapat memberikan maklumat yang lebih lanjut yang mata kasar tak boleh jumpa dengan hanya tengok saja tanpa mencuba.

Dengar ada bunyi ketuk atau tdak masa bawak dan cuba dengar bila tekan berek untuk berhenti ada bunyi pelik atau tidak. Jangan pasang radio pulak masa pandu uji kenderaan 4x4 terpakai tersebut.

Bila dah selesai, biarkan enjin hidup jangan tutup dan perhatikan sama pickup trak itu terhenjut-henjut tidak lancar untuk kekal hidup.

Secara dasarnya, itulah 3 perkara penting yang anda perlu dapatkan maklumat terlebih dahulu sebelum nak buat apa-apa keputusan samada nak beli kenderaan trak pickup 4x4 terpakai atau tidak.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, 3 faktor penting untuk dilihat sebelum beli trak 4x4 pickup terpakai

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !