Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Monday, October 30, 2017

Bagaimana anda boleh kawal rasa gabra dengan pernafasan

  Mohd Shubhi       Monday, October 30, 2017


Anda sedang rasa gabra? Mungkin tidak, sebab susah nak tenangkan diri untuk baca blog macam ni dalam keadaan gabra sedang kuasai pemikiran.

Tapi tentu anda pernah dan biasa sangat alami rasa gabra. Kalau bukan sekarang, mungkin selepas ini. Kalau tak gabra hari ini, mungkin esok tiba-tiba rasa gabra. Itu lumrah kehidupan. Tak ada orang bleh kawal rasa gabra dari datang melanda diri.

Tapi kita masih boleh kawal diri setiap kali rasa gabra datang melanda pemikiran. Kalau tak ada teknik untuk kawal rasa gabra itu, maka gabra pulak yang akan kawal diri kita. Bila jadi macam itu, jiwa mula rasa tertekan.

Kalau dok biar gabra sentiasa kawal diri kita tanpa buat sesuatu, lama kelamaan boleh kena serangan jantung. Orang yang hidup tak habis-habis tertekan dengan rasa gabra, akan rosakkan sistem dalaman badan.

Macam mana rasa gabra

Sebelum diteruskan, anda tahukah apa makna gabra? takut ada yang tak tahu apa itu gabra, kita jelaskan dahulu apa itu gabra.

Gabra itu adalah keadaan diri yang tertekan, risau serta panik. Ia adalah lawan kepada rasa tenang dan damai. Contoh orang yang gabra adalah seperti seseorang yang tak pernah jadi imam solat Magrib tiba-tiba ditolak naik jadi imam kat surau.

Bagi yang tak biasa jadi imam, solat magrib pulak tu, ditolak naik jadi imam boleh membawa rasa gabra yang maksimum. Badan menggigil, suara terketar-ketar dan macam nak rebah rasanya. Paling gabra bila nak kena baca fatihah kuat.. ! perghhh ! memang gabra.

Gabra yang menyeronokkan pulak adalah seperti kali pertama nak pergi dating dengan marka yang kita amat berkenan. Kali pertama nak telefon marka yang kita suka juga akan menimbulkan rasa gabra.

Contoh itu rasanya dah mencukupi untuk berikan gambaran apa itu rasa gabra.

Kawal rasa gabra dengan pernafasan

Semua orang yang masih hidup bernafas. Tubuh badan kita dicipta sedemikian rupa sampai kita jarang sedar yang diri ini sedang bernafas.

Tapi bila ada perubahan ketara dalam cara kita bernafas, baru kita sedar dan berikan perhatian pada pernafasan. Contohnya bila dalam keadaan takut, nafas akan berubah jadi pantas. Jantung juga berdegup pantas. Kalau tengah gabra juga pernafasan jadi luar biasa.

Pengamal meditasi dah lama sedar hubungan antara keadaan emosi dengan pernafasan ini. Sebab itu mereka banyak buat latihan untuk megawal cara mereka bernafas. Sebab, jika emosi memberikan kesan pada cara bernafas, ia juga boleh diterbalikkan.

Ertinya, dengan mengawal pernafasan, kita boleh ubah keadaan emosi dalaman. Itulah logik mudah yang digunakan selama ini. Bukan setakat andaian sahaja tetapi sebenarnya sudah dbuktikan oleh kajian.

Kajian pernafasan kawal minda

Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Stanford University terhadap pernafasan, mereka dapati, ada sistem yang berfungsi sebagai pemberi maklumat kepada bahagian lain di dalam otak manusia. Ini menyambungkan bahagian otak yang mengawal cara bernafas dengan bahagian lain dalam otak.

Bila pernafasan berlaku cepat dan pendek, sistem ini akan sampaikan maklumat tersebut dan bahagian lain di dalam otak akan bertindak seiringan dengan cara kita bernafas.

Secara mudahnya, kalau kita kawal pernafasan supaya tenang dan damai, maka seluruh sistem otak akan mula bertindak seiring dengan cara pernafasan dilakukan. Maka, tak hairanlah kalau hanya dengan kawal pernafasan, kita boleh kawal minda dan damaikan pemikiran.

Kawal gabra dengan pernafasan

Tekniknya mudah saja kalau anda faham asas pernafasan. Ada 2 perkara utama berlaku  bila anda bernafas. Pertamanya anda tarik masuk udara ke dalam badan. Kemudiannya anda hembus keluar udara dari dalam badan.

Dalam keadaan itu ada berbagai kemungkinan cara anda hembus dan tarik nafas.

  • Masa tarik dan hembus nafas adalah sama
  • Masa tarik nafas lebih panjang dari hembus nahas keluar
  • Masa tarik nafas pendek dari masa hembus keluar
Cuba ingat kembali macam mana keadaan pernafasan anda ketika sedang gabra. Mana lebih panjang, tarik nafas masuk atau hembus nafas keluar?

Biasanya bila anda gabra, masa diambil untuk tarik nafas masuk ke dalam adalah lebih panjang dari masa yang diambil untuk anda hembuskan nafas keluar. Ini akan meningkatkan tahap sistem saraf sympathetic. Anda berada dalam keadaan lawan atau cabut!.

Jika anda berjaya pastikan masa tarik nafas lebih panjang dari masa hembuskan nafas keluar, tahap sistem saraf parasympathetics pula akan meningkat. Ini merupakan saraf yang membuatkan anda rasa tenang, damai dan harmoni.

Jadi petuanya mudah saja sekarang.

Setiap kali anda rasa gabra, rasa senak perut dan makan tak lalu, pastikan anda tarik nafas lebih pendek daripada hembus nafas. Itu saja caranya. Kalau nak mudah lagi boleh buat kiraan

  • Tarik nafas kira dalam hati 1,2,3,4.
  • Tahan, kira 1,2,3,4
  • Hembus keluar nafas, kira 1,2,3,4,5,6
  • Tahan 1,2
Anda boleh ubah kiraan yang sesuai dan selesa asalkan tarik nafas lebih pendek dari hembus nafas keluar.

Lihat bagaimana teknik askar kawal minda dengan cara pernafasan yang betul pada pautan kat sini.

Selamat amalkan!

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Bagaimana anda boleh kawal rasa gabra dengan pernafasan

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !