Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Monday, November 20, 2017

Bukan senang buat bodo macam Tonto dalam cerita Lone Ranger kat Astro

  Mohd Shubhi       Monday, November 20, 2017


Semalam layan tengok TV Astro dengan anak-anak cerita Lone Ranger. Sejak Astro berikan akses percuma untuk menonton semua salurannya dari 3 sampai 19 Novenber, kerap pulak saya layan anak-anak tengok cerita movie kat TV.

Anak-anak pulak macam kemaruk tak pernah tengok TV dalam tempoh masa tersebut. Isteripun jadi macam itu juga. Bangun pagi saja, terus buka TV dan tengok apa cerita ada. Dari satu saluran ke satu saluran di semak sehingga bertemu cerita yang menarik.

Antara cerita kegemaran anak-anak adalah cerita hantu atau cerita seram. Bagi anak perempuan pulak tak sah jika tak layan cerita Korea. Bagi anak yang masih tadika, dia hanya layan cerita kartun yang menarik di hati. Jadi dia sentiasa nampak boring bila tengok abang-abangnya layan cerita movie.

Strategi guna anak desak makbapak

Mula-mula dulu saya tak berapa perasan kenapa Astro susah payah nak berikan percuma dalam tempoh masa tertentu terhadap siaran-siaran yang mereka ada. Tapi kali ini sebab saya berikan perhatian, maka terasa strategi sebenar yang Astro jalankan.

Tempoh masa percuma diberikan betul-betul sebelum masuknya cuti sekolah panjang. Masa dua minggu itu sudah cukup untuk memberikan pengalaman menarik pada anak-anak yang selama ini tak punya banyak sangat pilihan untuk tonton cerita TV.

Pakej yang saya ambil hanyalah pakej Family yang tak ada cinema seperti FOX, HBO dan sebagainya. Memang tak mahu anak-anak layan sangat cerita movie bersepah kat dalam siaran tu. Saya lebih suka anak-anak layan siaran rencana daripada movie.

Semalam hari akhir anak-anak dan keluarga dapat peluang tonton anyak cerita menarik yang selama ini tak ada. Memang dah dengar bunyi-bunyi harapan supaya pakej siaran yang saya ambil selama ini ditambah.

Secara tak sedar saya juga terpengaruh dengan banyaknya pilihan hiburan yang ada sepanjang tempoh percuma yang Astro beri. Rasa kehilangan pulak bila semalam dah tamat. Tapi bila bayangkan duit keluar setiap bulan, bulan demi bulan semata-mata untuk gemokkan nafsu lepak layan cerita, rasanya satu pembaziran yang amat ketara.

Jadi saya buat tak layan saja permintaan untuk tambah siaran kat Pakej Astro yang dah ada.

Buat bodo macam Tonto dalam Lone Ranger

Berbalik pada cerita Lone Ranger yang saya tonton semalam dengan anak-anak.

Cerita tu memang hiburan semata-mata. Kisah pertembungan antara cahaya dan kegelapan. Jahat dan baik. Macam semua tema cerita yang lain yang biasa kita tengok selama ini. Jalan ceritanya sahaja berbeza. Tapi asasnya semua sama.

Dalam cerita Lone Ranger semalam, ia merupakan kisah bermulanya kebangkitan seorang pejuang keadilan yang bernama Lone Ranger. Dalam cerita itu, kemunculan hero pada Lone Ranger sebenarnya banyak dibantu oleh Tonto.

Tonto merupakan seorang Red Indian yang dianggap gila oleh semua kaumnya. Ketika masih kanak-kanak, Tonto tersilap menunjukkan lokasi rahsia terdapatnya galian perak di kawasan penempatan red indian pada orang putih yang tamak.

Tonto tertarik dengan tawaran orang putih untuk berikan padanya sebutir jam poket murah. Hanya kerena jam tangan poket murah itu, rahia lokasi galian perak terdedah. Akibatnya, semua puak red indian Tonto habis musnah, dihapuskan oleh pelombong yang rakus dan tamak.

Sejak itu Tonto dianggap gila oleh semua puak Red Indian lain yang masih ada.

Perjuangan ada, baru hidup

Hakikatnya, Tonto bukan gila. Tapi dia mula bertemu dengan tujuan hidupnya. Iaitu untuk menghapuskan syaitan kejam yang tamak bertopengkan manusia. Dia serius dan fokus pada tujuan tersebut sehingga berjaya.

Untuk mencapai tujuannya itu, dia percaya akan ada seorang Hero yang muncul bagi melaksanakannya. Dan Tonto akan menjadi pembantu pada hero tersebut sehingga berjaya.

Secara zahir, memang Tonto nampak macam bodoh. Dia cakap dengan kuda. Dia bagi makan burung gagak yang dah mati dan macam-macam lagi kebodohan dan lawak yang membuatkan saya ketawa.

Tapi bila difikirkan semula, saya nampak betapa hebatnya menjadi seperti Tonto. Dia fokus pada tujuan hidupnya dan pegang dengan kemas sampai ke akhir. Dia diperbodohkan, dia diherdik dan macam-macam lagi.

Malah hero yang dia selamatkan sendiri tak percayakannya, dia masih kekal tak ambil hati dan terus berusaha sampai hero benar-benar jadi hero. Apa yang penting, matlamatnya untuk hapuskan kejahatan berjaya dicapai.

Macam Tonto, kita semua punya perjuangan yang masih belum tamat. Buat kebaikan dan hapuskan kejahatan. Turunkan toghut dan naikkan kebenaran. Tapi perjuangan itu sering saja membuatkan kita kecewa, kecil hati dan terasa bodoh dan sia-sia.

Semua halangan itu akhirnya membuatkan kita putus asa atau paling tidak hilang arah apabila kemarahan dan kesedihan menghantui perasaan. Tapi Tonto yang dianggap gila itu kekal tabah macam tak ada apa-apa yang berlaku. Dia terus berjalan ke depan selagi matlamatnya masih belum tercapai.

Jadi bukan senang nak jadi macam Tonto. Tak marah pada yang sabotaj, yang menghina, yang menkritik, yang cuba sakitkan hati dan sebagainya. Nak buat macam mana mereka masih tak tahu dan tidak faham duduk perkara sebenar. Kerja kitalah untuk sedarkan mereka semua selagi hanyat dikandung badan.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Bukan senang buat bodo macam Tonto dalam cerita Lone Ranger kat Astro

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !