Saturday, December 23, 2017

Restoran Kassim Nasi Kandar - Raja nasi kandar paling awal di Pulau Pinang

  Mat Bihi       Saturday, December 23, 2017



Kalau pergi ke Pulau Pinang sekarang, ada terlalu banyak restoran nasi kandar samada kat Tanah Besar mahupun kat bahagian pulau. Mungkin ada yang pernah bertanya, mana satu restoran nasi kandar yang asli dan antara paling awal kat Pulau Pinang.

Saya memang tak berapa pasti sebenarnya. Walaupun dilahirkan di Pulau Pinang, atau lebih tepat lagi di Bukit Mertajam, masa zaman kanak-kanak dulu terlalu jarang makan kat kedai. Samada kedai mamak atau kedai melayu.

Masa itu, zaman susah. Orang tua tak ada kerja tetap dan hidup sekadar kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Makan kat kedai kalau adapun, sekadar minum air lamenet botol kat kedai Ah Nyuk di Pekan Penanti. Itulah yang paling murah.

Bila mula makan nasi kandar

Masa sekolah rendah dulu, saya main boleh untuk sekolah. Walaupun lebih kerap sekadar mengisi bangku pemain simpanan, pemain bola sekolah rendah Stowell dijaga dengan amat baik oleh guru besar.

Setiap kali ada perlawanan sebelah petangnya, cikgu besar akan belanja makan nasi bungkus untuk semua pemain sekolah. Saya masih ingat dapat nasi kandar seorang sebungkus. Ada lauk ikan atau ayam dan tak lupa, ada juga kacang bendi di dalamnya. Saya pasti itu adalah nasi kandar yang guru besar belikan khas untuk para pemain bolasepak sekolahnya.

Rasanya, subhanallah!, terlalu sedap. Dengan lauk dan kari yang banjir penuh dalam bungkusan itu, dan nasinya yang separa lembek, membuatkan saya rasa tak mahu basuh tangan selepas makan. Supaya baunya tak hilang.

Restoran Hameediyah Pulau Pinang

Antara restoran yang mungkin masuk dalam kategori kedai nasi kandar yang saya ingat masa kecil dulu adalah Restoran Hameediyah. Itupun bukan saya kenal sebab nasi kandarnya. Tapi lebih kepada murtabaknya yang tebal dan lazat.

Satu lagi menu yang terkenal kat Hameediyah itu adalah nasi briani. Nasi briani bukanlah menu utama kedai nasi kandar. Rasanya, nasi briani adalah masakan yang ada kaitan dengan masakan arab dan bukannya menu utama orang India Pulau Pinang. Saya agak saja, kalau tak betul, sila tolong betulkan, ok!

Saya betul-betul mula ketagih makan nasi kandar hanyalah bila dah besar sikit selepas habis sekolah. Masa tu saya dan kawan-kawan suka pergi beli nasi kandar kat Restoran Dawood di Bagan berhadapan dengan Bangunan Mara kat Bagan tu. Kami bungkus dan bawa ke Batu Feringgi makan rama-ramai kat sana.

Zaman itu, kena sembeleh dengan harga RM9 satu bungkus sudah cukup untuk buatkan mata saya terbeliak. Itu kira mahal nak mampus dengan lebih dari satu lauk. Tapi sekali sekala, kami tak kisah sangat. Sekarang, RM9 untuk sebungkus nasi kandar dah kira biasa.

Raja Nasi Kandar awal di Pulau Pinang

Bila baca kisah-kisah lama dalam buku '101 Stories of Old Penang', baru saya tahu yang rupanya raja nasi kandar yang awal dan amat terkenal kat Pulau Pinang dulu adalah Restoran Nasi Kandar Kassim. Letaknya di Jalan Brick Kiln yang sekarang dikenali sebagai Jalan Gurdwara.

Punyalah terkenal Restoran Nasi Kandar Kassim masa tu, dikhabarkan Perdana Menteri Tun Mahathir akan singgah kakan kat situ setiap kali ke Pulau Pinang. Kassim pegang gelaran raja nasi kandar di Pulau Pinang sehinggalah dia meninggal pada awal tahun 1980. Lepas itu semua orang berebut untuk ambil title raja nasi kandar itu.

Menurut kata orang tua-tua yang minat nasi kandar, kalau ada yang dekat menghampiri kehebatan Nasi Kandar Kassim sekarang mungkin ada sedikit pada Restoran Nasi Kandar Line Clear. Entah lah samada betul atau tidak terpulang pada citarasa masing-masing.

Saya tak suka makan kat Line Clear sebab terlalu ramai sangat yang suka makan kat situ dan beratur panjang sangat. Selepas beratur, kena berebut meja pulak dan tak ada keselesaan sangat. Tapi makanannya memang boleh tahan sedapnya. Seperti mana kebanyakan nasi kandar terkenal lain kat Pulau Pinang sana.

Kisah Kassim Nasi Kandar

Menurut kisah dalam buku yang saya baca tersebut di atas, Kassim di lahirkan pada tahun 1903 di Ramnad District, Selatan India. Dia ikut ayahnya datang ke Malaya ketika itu pada tahun 1908. Dia mbesar dengan membantu ayahnya berniaga nasi kandar di sebuah gerai pasar dekat Jalan Prangin.

elepas berniaga kat situ selama 15 tahun, Ayah Kassim yang bernama Naina berpindah kedai ke Jalan Maxwell yang sekarang dah digantikan dengan bangunan Komtar. Kat situlah mereka berniaga sehinggalah tahun 1941, habis hancur bila kena bom dengan askar Jepun.

Kassim kemudiannya ambil alih perniagaan nasi kandar dari ayahnya apabila ayahnya meninggal di India. Dia beli sebuah kedai lama di Jalan Brick Kiln bertentangan dengan bangunan GAMA. Dia ubah suai dan berniaga nasi kandar kat situ sehinggalah menjadi amat terkenal terutamanya pada era 1970 an.

Masa tu ada banyak lagi nama-nama besar seperti restoran Dawood contohnya. Tapi mereka bukanlah kedai nasi kandar original. Mereka lebih suka promosikan nasi briani ayam yang tak sama dengan nasi kandar.



Saya tak pasti samada ada lagi atau tidak Restoran Nasi Kandar Kassim kat Depan GAMA tu. Nanti nak pergi tengok. Atau kalau ada yang tahu boleh beritahu kat ruang komen bawah tu. Mungkin anak cucu Kassim yang ambil alih perniagaan tersebut.

Sekarang dah merata tempat ada kedai nasi kandar ni. Bukan saja di Pulau Pinang, malah hampir di semua bandar besar di negara kita.

Dari portal Penang Travel saya dapat gambar kat atas tu. Mungkin itu kedai Original Kassim Nasi Kandar

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Restoran Kassim Nasi Kandar - Raja nasi kandar paling awal di Pulau Pinang

Previous
« Prev Post

11 comments:

  1. itu retoran craven A craven tutup. kassim asal seberang gama.simpang 6. nostalgia depan ada masjid ada shell mutiara melayu arab punya.

    ReplyDelete
  2. Orang Penang yang duduk pulau,suka makan nasi kandar di flat air itam,dia orang tak makan kat Line clear atau yang lain jarang sekali, yang Line clear tu orang luar selalu makan.. flat air itam tu buka pukul 6:30pagi sampai pukul 10pagi dah habis,lepas tu petang dia buka kat tempat lain cuma tak pasti sebelah mana,petang buka pun pukul 6ptg sampai 10 malam sahaja.. yang ni memang sedap lain dari yang lain nasi kandar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah lama dengar pasai Nasi Kandar kat Flat Air Itam ni, tapi tak berkesempatan pergi rasa lagi. Nak kena cuba sekali lepas ni, insyaallah. Terima kasih atas maklumat tu tuan Rizal Komeng !

      Delete
  3. kekuatan nasi kandar pd kuah hitam.takda kuah hitam,jgn claim as a nasi kandar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuah Hitam!, ilmu baru ni!, kuah hitam tu macam mana pulak?

      Delete
  4. Nasi kandaq yang betoi ori punya.
    Kandaq dari rumah ke kedai Nasi Kandaq Amir depan balai polis Jelutong.
    La dah tak dak dah tinggai cerita saja.
    -Jaq Pak Hashim

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jenis kandaq macam tu memang takda dah ! tinggal kenangan saja

      Delete
  5. Saya asal Kubang Semang pernah gi makan nasi kandar di Kassim Restoren sebelah Gama Supermarket tahun 70an dulu dgn kawan2 sekerja kilang lepas MCE. Mmg sedap mkn kat situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kongsikan pengalaman tuan. Sekarang menetap di mana?

      Delete
  6. lani dok dekat kamunting
    -JPH

    ReplyDelete