Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Saturday, February 10, 2018

Kes merompak masuk rumah awal malam di kawasan jajahan MPSJ

  Mohd Shubhi       Saturday, February 10, 2018



Khamis yang lalu, saya ajak anak lelaki keluar sekejap untuk pi isi minyak kereta. Nak kena keluar jauh sikit sebab stesen minyak kat kawasan taman tu buat ubah suai pum minyak mereka dari siang sampai malam.

Nak tunggu esok pagi takut nanti kalut pulak. Pagi biasanya sibuk dengan hantar anak ke sekolah dan jalan raya pulak kenderaan berderet bersimpang siur. Lagipun jam baru pukul 10 malam.

Keluar dari rumah, kami lalu di depan rumah jiran selang beberapa buah dari rumah saya. Rumah corner lot itu kelihatan macam biasa saja. Lampu dibuka cerah atas dan bawah rumah. Saya lihat pintu pagarnya terbuka. Begitu juga pintu rumahnya.

Di depan rumah tersebut ada padang permainan. Kelhatan ada orang kat taman tu. Aa beberapa remaja yang masih duduk main atas kod sepak takraw. Ada juga sorang dua dok pusing taman jalan kaki. Bersenam ringkas di waktu malam agaknya.

Saya lihat anak dara dua orang jiran corner lot itu ada atas padang tersebut. Mereka duduk bersantai atas kerusi batu dihujung taman berama dengan pembant rumah mereka. Patutlah pagar rumah dan pintu rumah terbuka. Dia orang duduk kat luar rumah rupanya. Itulah yang saya bsikkan dalam hati.

Perompak masuk rumah bawa parang

Pagi tadi ketika saya nak keluar bersenam kat taman itu, kelihatan kakak jiran rumah corner lot itu menggamit saya kepadanya. Kakak itu berdarah mamak dan dia bersama suaminya memang jenis rajin cari duit.

Mereka berniaga rojak. Mereka ada central kitchen yang menyediakan semua makanan untuk buat rojak atau orang Penang kata Pasembor. Ada beberapa van rojak yang akan ambil semua bekalan bahan mentah dari central kitchen mereka dan menjaja rojak di sekitar lembah kelang.

Bila hampr kepada kakak itu, dia kahabarkan pada saya yang rumahnya baru kena rompak pada hari khamis baru-baru ini. Rompakan berlaku dalam lingkungan pukul 10 malam. Memang waktu saya lalu kat depan rumahnya malam itu untuk keluar isi minyak kereta.

Anak-anaknya yang doak ada kat taman ketika itu tiada seorang pun sedar apa yang sedang berlaku kat dalam rumah mereka. Malah orang lain kat taman dan jiran juga tiada yang sedar. Perompak masuk terus ke dalam rumah, dengan parang dan pisau tajam mengugut untuk mencederakan mereka jika tidak diberikan segala emas yang kakat tu pakai.

Perompak berbangsa India dengan parang

Perompak pakai kain tutup muka, 3 orang. Dua agak gemuk dan seorang lagi agak kurus. Yang kurus itu lebih casnya. Cakap kotor dan menghayun-hayuh parang yang dia pegang. Habis diselongkarnya rumah berselerak dan semua perhiasan emas gelang, rantai dan cincin di belasahnya bersama dengan semua wang tunai yang mereka ada.

Setelah belasah semua barang dan duit, mereka suruh kakak itu, suaminya dan seorang lagi anak lelaki remajanya yang ada dalam rumah ketika itu masuk dalam tandas dan dikunci dari luar. Semuanya berlaku pantas hanya dalam lingkungan 10 minit saja.

Mereka datang dengan sebuah kenderaan MyVi yang diparkir betul-betul di depan rumah korner lot tersebut. Dan dengan kenderaan itu juga mereka cabut dan masih tak ad asesiapa yang sedar.

Kejadian sedemikian kali pertama berlku kat taman saya tu tahun ini. Tapi bukanlah kali pertama berlaku sebelum ini. Tahun lepas seorang bangla kena rompak wang tunai dalam rumahnya. Mereka masuk waktu 3 pagi. Juga dengan parang dan kemungkinan besar orang yang sama. Bangla itu cuba melawan lalu diparang pada lengannya.

Sebelum itu juga mereka masuk awal malam ke sebuah rumah Cina. Tapi Cina perempuan itu menjerit dan mereka tetap rompak juga sebab jeritan Cina itu tidak mendapat perhatian dari sesiapa.

Jangan leka biar pintu terbuka

Saya rasa mereka memang sentiasa ada berlegar di sekitar kawasan taman tersebut dan memang ada rumah yang disasarkan. Mereka hanya tunggu penghuni rumah leka sahaja untuk terus meluru masuk dan buat jenayah berat tersebut.

Dalam kes kakak tadi, pintu rumah ternganga luas. Begitu juga dengan pintu pagarnya. Apa lagi, mudahlah mereka datang buat suara bengis acah parang dan rompak harta benda orang.

Harap pihak polis akan berjaya memberkas geng rompak berbangsa India tersebut yang nampaknya seronok buat duit mudah dengan merompak rumah orang. Mereka malas kerja, tapi nak hidup berseronok dengan buat jenayah.

Yang paling penting, sila jangan leka dalam waktu apapun ketika berada di dalam rumah anda. Tutup pintu rumah dan kunci serta jangan lupa sentiasa tutup dan kunci pintu pagar. Ini dapat menghalang atau melengahkan keupayaan mereka masuk dengan pantas.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Kes merompak masuk rumah awal malam di kawasan jajahan MPSJ

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !