Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Friday, March 23, 2018

4 lelaki India diburu polis kes suka samun Toyota Hilux sekitar Sg Long dan Mahkota Cheras

  Mohd Shubhi       Friday, March 23, 2018



Polis sedang buru 4 orang lelaki berbangsa India di sekitar kawasan Sg Long dan Mahkota Cheras. 4 lelaki India ini gambarnya dikongsikan dalam FB Community Polising Bandar Sg Long.

Diberitakan bahawa 4 lelaki India ini kerjanya suka sangat samun kereta Toyota Hilux. Setakat ini mereka dah berjaya samun dan bawa lari sebuah kereta Toyota Hilux. Ada 4 lagi kes cubaan samun Toyota Hilux juga telah direkodkan berlaku di sekitar Kajang.

Waspada bawa Toyota Hilux isi minyak

Kalau anda seorang pemandu dan pemilik Toyota Hilux, sila berhati-hati. Geng suka samun Toyota Hilux ini sasarkan Toyota Hilux yang berhenti di stesen minyak untuk isikan diesel Toyota Hilux mereka.

Bila anda berhenti kat situ, mereka akan datang serbu untuk cuba samun kenderaan anda itu.

Satu lagi cara mereka samun adalah apabila anda berhenti kat mana-mana sekitar kawasan yang mereka ada. Bila berhenti saja, anda akan diserbu dan mereka akan cuba rampas dan rompak kenderaan Toyota Hilux anda itu.

Mereka rompak dengan bersenjatakan pisau dan parang. Tengok pisau yang mereka bawa tu berkilat dan tajam. Bahaya!.

Kenyataan Polis IPD Kajang

Berikut saya siarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Polis IPD Kajang berkaitan kes yang sama:

*VIRAL KUMPULAN LELAKI INDIA MELAKUKAN SAMUN*

Kajang,pada 22.03.2018,satu kes telah diviralkan tentang sekumpulan 4(L) India yang didakwa aktif melakukan kegiatan samun di persekitaran kawasan Sg Long dan Bandar Mahkota Cheras. Dalam masa yang sama gambar kereta dan beberapa individu lelaki India juga telah di viralkan dalam laman sosial.
Berhubung perkara ini, pihak Polis IPD Kajang ada menerima beberapa repot tentang kejadian samun dan cubaan samun sekumpulan lelaki India yang bertindak melarikan dan cubaan melarikan kereta jenis Toyota Hilux di kawasan Sg Long dan Bandar Mahkota Cheras.
Sejak tahun 2018 kes dikesan bermula pada penghujung bulan Februari hingga ke tarikh 21/03/2018 sebanyak 1 kes samun melarikan Toyota Hilux dan 4 kes cubaan samun melarikan Toyota Hilux telah direkodkan . Melalui repot yang dirujuk, pihak Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kajang telah membuka 5 Kertas Siasatan yang mana 1 Kertas Siasatan diklasifikasikan dibawah seksyen 395/397 KK kesalahan samun berkumpulan dan 4 Kertas Siasatan diklasifikasikan dibawah seksyen 393KK atas kesalahan cubaan melakukan samun.
Modus Operandi kumpulan ini akan menyerang mangsa yang memandu kereta jenis Toyota Hilux yang berhenti di kawasan pam minyak dan di kawasan tepi jalan. Senjata yang digunakan adalah parang dan pisau.
Pihak Polis Kajang sedang giat memburu suspek yang terlibat dan maklumat telah diperolehi bagi tindakan mengesan dan menangkap suspek bagi tujuan siasatan.
Sekiranya orang ramai mempunyai maklumat lanjut diminta berhubung dengan ASP Mohd Irwan, Pegawai Risikan Operasi Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kajang di talian 0173168097.

Dikeluarkan oleh:
*KPD Kajang*

Banyak kes samun berkumpulan lelaki India

Nampaknya ada anyak sangat kes rompak dan samun yang dilakukan oleh kumpulan lelaki berbangsa India.

Di sekitar Puchong juga selalu berlaku kes rompakan bersenjata pisau dan parang. Mereka datang ronda sekitar taman dengan kereta MyVi. Kalau anda leka, tak kunci pagar dan tak kunci pintu, mereka akan serbu masuk.

Dengan senjata parang dan pisau tajam itulah mereka akan ugut tuan rumah untuk serahkan segala barang berharga seperti emas, jam, duit dan lain-lain. Biasanya mereka berikan amaran supaya jangan melawan.

Mereka hanya mahu merompak sahaja dan tak mahu cederakan dan bunuh orang. Kalau anda nak selamat, mereka suruh berikan kerjasama.

Tapi semua amaran itu dibuat dengan gaya ganas dan bengis. Kejadian rompak rumah kat Puchong baru-baru ini, dilakukan oleh lelaki India yang tutup muka mereka dengan kain. Mereka bawa pisau dan ambil barang kemas dan duit.

Menurut mangsa pada saya, yang masuk dalam rumahnya ada dua orang. Seorang agak gempal. Yang gempal ini relaks saja. Tapi seorang lagi yang kurus yang nampak berlagak dan kurang ajar mulutnya. Dia cakap kasar dan sentiasa maki hamun. Mungkin nak tunjuk ganas supaya orang takut.

Samada gambar yang dikongsikan dalam kes kat Kajang tu adalah kumpulan yang sama, tak dapat nak pastikan. Harap polis segera buru mereka dan humban masuk dalam lokap dan dakwa sampai terbukti kesalahan mereka.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, 4 lelaki India diburu polis kes suka samun Toyota Hilux sekitar Sg Long dan Mahkota Cheras

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !