Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Tuesday, May 15, 2018

Makan telur banyak tidak ada kesan pada kesihatan jantung anda - Kajian

  Mohd Shubhi       Tuesday, May 15, 2018



Pernah dengar nasihat jangan makan telur ayam banyak-banyak?

Katanya tak baik untuk kesihatan dan tak baik untuk jantung anda?

Saya selalu dengar nasihat tu. Bila nak makan telur banyak-banyak rasa risau takut kolestrol naik. Takut arteri saluran darah ke jantung sempit dan tersekat dan macam-macam lagi. Jadi takut nak makan telur ayam.

Bila tengok anak suka makan telur ayam, selalu risau. Puncanya bila selalu sangat dengar nasihat makan telur tu tak baik.

Mungkin anda juga pernah dengar nasihat yang sama kan?

Selamat makan telur banyak

Kalau anda jenis yang suka makan telur, tapi risau sebab takut tak baik untuk kesihatan. Tak perlu nak rasa risau lagi sekarang.

Sebab kajian yang saintis lakukan pada kesan telur terhadap kesihatan jantung nampaknya memang tak ada lansung. Makanlah walaupun 12 biji seminggu, tak ada kesan.

Sebab dalam kajian para peserta yang dibuat ujian diberikan telur 12 biji seminggu. Tapi memang tak ada kesan pada mereka. Sama saja samada makan sikit telur atau makan banyak telur tak ada sebarang perubahan.

Tak ada kesan pada kesihatan jantung. Malah tak ada kesan juga pada tahap gemuk atau berat badan pada diri anda. Makan saja tak payah nak catu jumlah telur ayam yang anda makan tu.

Dalam kajian peserta diberikan hanya 12 telur ayam seminggu. Kalau makan lebih dari 12 biji seminggu pulak macam mana?

Tak tau!.

Kajian cuma buat maksimum 12 biji saja seminggu. Ertinya 2 biji telur sehari.

Itupun rasanya dah cukup banyak tu!.

Bagaimana kajian dibuat

Kajian dibuat pada 128 orang peserta. Mereka dibahagikan kepada 2 kumpulan. Kumpulan pertama hanya diberikan 2 biji telur ayam seminggu. Kumpulan kedua pula diberikan 12 telur ayam seminggu.

Selepas itu para peserta diberikan diet makanan yang sesuai untuk elakkan masalah arteri jadi keras. Diet itu diberikan pada mereka selama 3 bulan. Kemudian berterusan pula selama 12 bulan. Mereka dipantau tahap kesihatan. Diukur tahap kolestrol, tekanan darah dan tahap gula dalam darah.

Keputusannya...

Sama saja keadaan kedua-dua kumpulan tersebut. Tak ada apa-apa perbezaan pada kesihatan jantung dan keadaan arteri jantung mereka.

Ertinya makan telur banyak atau sikit tak ada eza lansung.

Kalau nak perincian kajian pergi baca kat sini.

Kesimpulannya, makan saja telur ayam tu. Bagus untuk sumber protein anda dan lain-lain sumber zat yang baik untuk kesihatan tubuh badan.

" Jika anda gemuk dan ada hasrat nak kurus slim semula, boleh sertai program Kuruskan Badan kemudian jadi usahawan jual The Shredder - Ramuan semula jadi pembakar lemak tubuh badan anda"

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Makan telur banyak tidak ada kesan pada kesihatan jantung anda - Kajian

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !