Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Monday, May 7, 2018

PRU 14 - Tun Mahathir memang bijak, tapi Datuk Seri Najib jauh lebih bijak

  Mohd Shubhi       Monday, May 7, 2018



Tak berapa hari lagi PRU 14 akan berlansung. Semalam pun proses undi awal dah dijalankan. Tapi kiraan akan dibuat sama dengan yang lain pada hari mengundi nanti di seluruh Malaysia.

Undi awal ni memang tak payah nak diragukan lagi. Majoriti besar akan pangkah BN macam selalu. Dalam satu saluran mungkin hanya ada seorang atau dua saja yang akan buat latah pangkah selain BN.

Sebab apa, aku tak tau. Tapi macam tulah selalu.

Mungkin proses ketika mengundi di mana semua bos-bos akan ada kat pusat mengundi dan follow up semua anak buah mereka berdasarkan senarai membuatkan semua pegawan bawahan rasa seperti diperhatikan walaupun ketika seorang diri dalam sudut nak buat pangkahan.

Bab nak tukar kotak undi dan lain-lain tuduhan mengarut tu tak payah nak percaya sebab kemungkinan ianya berlaku adalah amat nipis. Melainkan semua berpakat secara besar-besaran dari semua pihak baru boleh tipu. (sumber gambar)

BN akan dapat semula Negeri Kelantan

Dalam grup whatsap kampung aku kebanyakan geng PAS yang setia. Mereka memang istiqamah sokong parti tu berdasarkan matlamat parti. Tak kisah pemimpin mana datang dan pergi, mereka setia sokong. Itu hujah mereka untuk kekal setia sampai sekarang.

Baru-baru ni ada satu komen yang meyentuh kedudukan PRU 14 di negeri Kelantan. Komennya lebih kurang menjangkakan yang BN akan menang dapat semula memerintah negeri tu setelah lama dikuasai oleh PAS.

Komen tu salahkan Mahathir sebab bagi penyokong Pas pecah dua. Sebahagian akan setia pada Pas dan sebahagian lagi akan berikan undi pada PH. Akibatnya BN akan menang bila undi kepada PAS selama ini telah pecah dua.

Dia rumuskan bahawa itu sebenarnya strategi Tun Mahathir yang memang nak hadiahkan Kelantan kepada BN. Begitu bijak Tun Mahathir atur strategi untuk rampas semula Kelantan untuk diberikan kepada BN.

Tun Mahathir bijak, tapi Najib jauh lebih bijak

Aku setuju dengan komen tersebut. Dan aku tambah bahawa yang jauh lebih bijak daripada Tun Mahathir sudah tentu ialan Datuk Seri Najib. Bukan saja Kelantan, malah seluruh Malaysia dia kekal berkuasa.

Nak salah kan siapa dalam bab BN kekal berkuasa tu?

Adakah salah Tun Mahathir dan team PH atau nak salahkan Pas yang tak mahu sertai PH?

Bagi orang Pas sudah tentu depa kata depa betoi. Tapi bagi orang PH, tentu depa sdalahkan Pas yang dilihat seperti bersekongkol dengan BN disebalik tabir.

Kalau Kelantan dapat kat BN, tak ada bezanya sebab BN atau PAS menguasai Kelantan selepas ini adalah sama sahaja. Mereka sudah tentu akan buat kerjasama macam laki bini yang dah rujuk semula. Biasanya selepas rujuk semula, lebih hangat hubungan dan lebih intim lagi pelukan.

Permatang Pauh akan dirampas semula oleh BN

Dalam kawan-kawan aku kat P44 dok sibuk pasal Kelantan, mereka samada sedar atau tidak Permatang Pauh juga akan dirampas oleh BN kali ini. Team Cikgu Zaidi akan menang kat kerusi Parlimen tu.

Bukan saja kerusi Parlimen, malah kerusi DUN juga kesemuanya akan dirampas oleh BN. Penanti, Permatang Pasir dan Seberang Jaya akan dikuasai oleh BN.

BN akan menang tak berapa banyak undian, tapi banyak atau sikit tak penting. Yang pentingnya memang.

Apa yang Team Cikgu Zaidi perlu buat sampai ke petang hari mengundi adalah teruskan momentum semua jentera BN. Dalam masa yang sama Team Cikgu Zaidi juga perlu bantu untuk kekalkan momentum jentera PAS.

Itu sedang berlaku bila aku tengok macam mana kawan-kawan PAS dok buat kerja dengan penuh semangat dan tawaduk sambil berkopiah dan berjaket kemas buat kerja demi Islam. Itulah kata mereka. Ikhlas dan suci bersih berusaha untuk pemimpin mereka yang juga bersih dari segala kesilapan berbanding BN atau PH.

Yang teruk nya sekarang adalah jentera PH. Mereka terpaksa bertungkus lumus cuba untuk yakinkan sedikit pengundi BN dan sedikit pengundi PAS berikan undi kepada PH pada 9 harbulan nanti. Tapi itu nampaknya satu usaha yang amat mencabar dan agak sukar.

Apa yang aku boleh berikan nasihat pada kawan-kawan PAS kat kampng tu adalah, teruskan momentum hangpa buat kerja untuk PAS. Dengan berbuat begitu, insyaallah hangpa akan membantu kedua-dua PH dan PAS kalah dan memberikan laluan kepada BN menguasai semula Permatang Pauh.

Mungkin PAS menang kat P44

Mungkin ada yang akan bertanya, kenapa tidak ada kemungkinan untuk PAS menang kat Permatang Pauh tu. BN pun kalah dan PH pun kalah. Jadi pemimpin suci bersih akan menang kuasai Permatang Pauh.

Bagi yang percaya bahawa Pas boleh menang kat P44, aku tak tau depa kira macam mana. Bukan aku nak kata ianya mustahil. Memang salah kalau nak kata mustahil pada benda makhluk ni sebab kalau Allah nak jadikan Pas memang, bukanlah sesuatu yang mustahil.

Tapi kita biasanya akan buat cerapan dari kisah silam untuk belajar menjangkakan masa depan. Macam itulah kita hidup selama ini. Berdasarkan kiraan dan pertimbangan dari pengalaman yang lalu.

Pas mungkin akan menang bila di hari mengundi nanti datang kabus syahdu meniup semua orang yang sedang nak pangkah kat semua pusat mengundi terpangkah PAS pada kertas mengundi. Ertinya majoriti pengundi pangkah secara tidak sedar tanpa menggunakan akal yang waras mereka maka barulah Pas akan menang.

Hampir di kebanyakan tempat akan jadi macam tu. Kajian pun dah djalankan yang menunjukkan Pas tak akan menang. Dan pangkah PAS dengan harapan akan menang adalah satu kepercayaan yang agak tidak berpijak di bumi nyata dan sedikit sewel.

Melainkan memang ada niat untuk menangkan BN dan kekalkan Najib sebagai PM, maka memang pangkah PAS amat membantu. Jadi kawan-kawan Pas, teruskan kerja kuat anda, insyaallah anda akan membantu Najib dan seterusnya BN menguasai satu penggal lagi..

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, PRU 14 - Tun Mahathir memang bijak, tapi Datuk Seri Najib jauh lebih bijak

Previous
« Prev Post

17 comments:

  1. Undi PAS sama dgn Undi Umno.. .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju! Di kebanyakan tempat macam tu la!

      Delete
    2. Undi pembangkang pecah, BN menang besar.

      Delete
  2. Klu mcm tu,kos sara hidup akan terus naik.Siapa yg nak GST kekal

    ReplyDelete
  3. Akhirnya Rasmi Tun Mahathir PM Ke-7
    Kah...kah...kah

    ReplyDelete
  4. Lebih baik kembangkan dan tegakkan Islam dlm ph.

    Klau tegakkan Islam mcm nak cari gaduh atau berlagak bagi syarat bagai.

    Hasilnya bukan Islam semakin jauh dan benci Islam.


    ReplyDelete
  5. jangan mare,jangan tekujat jangan meroyan jangan hilang akal islam suruh berhijrah otak kangkong sukaduduk tepi longkang

    ReplyDelete
  6. pru14 sdah berlalu..PH menang mudah..pnyokong BN yg sombong2 dabik dada sdah x kedengaran lg brsuara lntang dgn mega

    ReplyDelete
  7. Cerite pum pang pum pang las2 bn kalah.padan muke admin ni.tserlah kebodohan najib dan admin ni.najib bawak parti ke kancah kekalahan pertama dlm sejarah.tu yg ko kate najib lagi bijak dari tun m ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha! Alhamdulillah BN kalah. Maafkan kebodohan admin.

      Delete
  8. 1.

    admin sebelum tulis tu boleh pikir dulu tak ni saya nak bagitahu something tiada yang mustahil bagi ALLAH swt so kalau ALLAH nak pas menang .pas lah yang akan menang .kalau Allah nak ph menang ph menang .

    2. apa kebendanya admin cakap ni pas kan parti lain apa kena mengena dengan bn nya kalau undi pas pas lah menang kalau undi bn bn lah menang macam mana pulak boleh kalau undi pas bn pulak yang menang.

    3. tahu pun dah tu kenapa cakap yang kalau ingat pas menang itu adalah sesuatu benda sewel .kalau admin lupa biar saya ingatkan (kalau Allah nak semua boleh jadi)

    4.
    kalau tak waras mana boleh mengundi cik abang oiii.

    5.ikut sukahati diorang lah nak pakai kopiah ke, topeng power rangers ke yang tak puas hati tu kenapa.and lagi satu setiap manusia pasti akan melakukan kesalahan pas ada ke cakap yang diorang tak pernah melakukan kesalahan .ada ke huh takde kan dah tu kenapa cakap macam tu?

    6.baiklah biar saya ajar awok ye pas dan bn adalah perkara yang berbeza dan parti yang berbeza pas dieja begini PAS dan bn dieja begini BN so nampak tak ejaan nya berbeza ok mari lihat dari sudut bendera bn benderanya bewarna biru manakala pas benderanya berwarna hijau so paham dah sekarang kalau tak paham jugok masyallah.so kalau kelantan dapat ke pas pas punya lah kalau dapat ke bn bn punyalah

    7.PH menang ye bukan bn

    baiklah itu sahaja lah yang dapat saya ulas harap admin mengambil apa yang saya tulis ini sebagai pengajaran dan pengingatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baik ! terima kasih atas pengajaran dan peringatan.

      Delete
  9. Jgn lawan cikgu....Datuk Seri Najib bijak ke atau Tun Mahadir lagi bijak....ha..ha.. admin...admin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampaknya Admin salah ! tapi Alhamdulillah salah yang meyeronokkan !

      Delete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !