Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Tuesday, June 5, 2018

Hati-hati ! bunyi musik latar boleh ubah selera makan anda di restoran

  Mohd Shubhi       Tuesday, June 5, 2018



Biasa masuk dalam kedai makan yang ada pasang musik?

Ada perbezaan tak setiap kali anda dengar bunyi musik yang berbeza dengan selera rasa nak makan anda?

Mungkin anda tak perasan bahawa memang ada beza antara makan di kedai yang tak ada musik lansung, dengan kedai makan yang ada musik samada kuat atau perlahan, rancak atau slow.

Sebenarnya anda perlu berhati-hati setiap kali pergi masuk dalam kedai makan yang pasang musik latar. Bukan saja kedai makan, malah dalam pusat membeli belah makanan seperti pasaraya juga perlu berhati-hati.

Musik latar pengaruhi selera makan

Kajian dah dijalankan kesan terhadap cara makan atau selera makan seseorang terhadap bunyi musik latar yang dimainkan di tempat yang anda masuk.

Kalau bunyi musik latar itu kuat, ia akan berikan pengaruh tak baik pada anda.

Bunyi kuat musik latar biasanya akan mendorong anda makan makanan yang tak sihat. Makan kek, makan gula, hisap rokok, minum arak dan lain-lain lagi yang seumpamanya. Yang tidak baik untuk kesihatan.

Sebaliknya, jika anda masuk ke dalam tempat yang bunyi musik latarnya adalah perlahan, biasanya ia akan mendorong anda untuk memilih makanan yang lebih sihat untuk tubuh badan. Anda mungkin lebih cenderung untuk makan sayur, protein, buah, air suam atau minuman kurang manis dan sebagainya.

Makan di restoran yang tak ada musik

Kalau kedai makan yang lansung tak ada bunyi macam mana pulak?

Lagi bagus lah!. Sebab kajian kata, lagi perlahan musik latar dalam kedai atau premis makanan itu, lagi bagus pilihan makanan yang baik untuk kesihatan menjadi pilihan anda.

Jadi, paling bagus, masuk saja kedai makan yang lansung tak pasang musik.

Kalau anda peniaga pulak, nak jual barang makanan, pastikan anda tahu gunakan musik larat untuk lariskan jenis makanan atau produk yang anda pilih.

Jangan pasang musik kuat kat rumah

Saya suka makan kat rumah. Makan ramai-ramai dengan anak-anak sambil berebut makanan yang tak berapa banyak memang amat menyeronokkan.

Bagi anda yang suka makan kat rumah, dan nak pastikan keluarga makan yang baik-baik saja untuk kesihatan, pastikan masa makan tu tak ada pasang radiao atau TV.

Ada orang yang bila makan dia biarkan radio terpasang. Biarkan TV terpasang dengan kuat. Itu semua memang tak bagus sebab berikan kesan pada selera makan anda.

Berdasarkan kajian, jenis musik itu tak penting. Samada anda dengar rock kapak atau dengar Jass atau Bossa Nova, tak ada beza. Yang berikan perbezaan adalah samada di pasang dengan kuat atau perlahan.

Volume memainkan peranan !

Buka puasa berlatarkan musik

Ada satu hotel terkenal kat Sungai Petani yang saya selalu sewa kat sana setiap kali ke utara. Kat Hotel itu, kalau anda makan malam, biasanya akan ada nyanyian live yang meriah.

Saya tengok masa buka posa juga ada semua orang yang berbuka dihiburkan dengan nyanyian live juga. Masa buka posa tentulah lagu-lagu melayu yang biasanya asli dan kadang kala ada kaitan dengan ramadan.

Tapi yang jelas adalah binyi bingit dan kuat sambil makan berbuka puasa itu memang tak bagus sebenarnya. Kajian dah buktikan tentang tak baiknya makan dalam keadaan suasana bising musik macam itu.

Apatah lagi makan dengan konsep buffet pulak. Kat hotel tu memang berbagai juadah dan jenis makanan yang disediakan. Dengan musik kuat, tentu makanan yang tak baik untuk kesihata akan menjadi pilihan.

Jadi berhati-hatilah !

Kalau nak tahu lebih lanjut pasal kajian, boleh pergi baca kat sini.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Hati-hati ! bunyi musik latar boleh ubah selera makan anda di restoran

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !