Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Tuesday, August 28, 2018

Alamak! rumah dah siap ubahsuai tapi terlupa masukkan ubat anti anai-anai!

  Mohd Shubhi       Tuesday, August 28, 2018


Alamak!

Macam mana nak buat ni?

Rumah dah siap diubah suai. Cantik habis. Lantai berkilat dengan mozek dan sebagainya. Lantai bilik pulak dah siap dipasang solid timber flooring.

Ubat anai-anai pulak terlupa nak di pasang masa aktiviti ubah suai rancak berjalan. Terlepas pandang sebab serahkan semua urusan pada kontraktor yang turut sama terlepas pandang pasal ubat anai-anai tu.

Masa sesuai letak ubat anti-termite

Bilakah masa yang sesuai untuk anda letak ubat anti-termite ini?

Orang yang terlibat dalam bidang pembinaan dah biasa sangat dengan perkataan 'anti-termite'. Itu perkataan yang pihak JKR pun biasa pakai dalam tender pembinaan bangunan mereka.

Ertinya urusan meletakkan bahan kimia menghalang anai-anai dari masuk ke dalam bangunan yang dibina. Bahan anti-termite itu biasanya bahan kimia dari berbagai jenama. Bahan aktif bahan kimia itu pula menentukan cara ia bertindak terhadap anai-anai.

Masa yang sesuai biasanya adalah ketika bangunan tak ada lagi. Ia bermula dari proses meratakan tanah. Buat segala kerja piling dan sebagainya berdasarkan keperluan. Kemudian mula pasang slab bangunan. Masa itu dah boleh pi sembur racun anai-anai pada tanah atau lantai dan slab itu sendiri.

Ideanya adalah untuk pastikan tanah di bawah lantai, slab bangunan dan segala asas tiang kat bangunan itu dikenakan bahan kimia agar ia melekat kat situ. Anai-anai tak boleh selit lagi dicelahan slab atau di bawah lantai.

Berapa lama tahan bahan kimia tu?

Untuk kebanyakan bahan kimia baru dalam pasaran, tak berapa tahan sangat sebenarnya. Kalau dulu bahan kimia boleh tahan sampai 20 tahun. Tapi sekarang sudah tak macam itu lagi. Yang kebanyakan pembuat bahan kimia cadangkan adalah hanya 2 tahun saja.

Tapi ada juga bahan kimia yang boleh tahan lebih dari 5 tahun. Perlu tanya syarikat pest control yang anda panggil pasal tempoh jaminan.

Letak anti-termite untuk rumah dah siap

Kalau rumah dah siap, masih boleh letak ubat anai-anai.

Tapi kena tebuk lubang sebesar duit siling 10 sen di sepanjang dinding rumah. Tujuannya sama saja iaitu nak pastikan sekeliling tanah di bawah lantai itu ada bahan anti anai-anai.

Jarak antara 2 lubang adalah antara 1 ke 2 kaki.

Kalau rumah teres sederhana, mungkin ada sebanyak 100 ke 150 lubang nak kena tebuk.

Jadi jika rumah dah siap diubah suai, dah cantik berkilat, takkan nak tebuk dan rosakkan semula semua benda cantik tu?

Tak payah risau !

Jawapan mudahnya adalah.. tak perlu nak risau kalau dah terlupa pasang anti termite.

Anda boleh gunakan teknologi terbaru berkonsepkan 'Termite Baiting'.

Pasang saja stesen pemantau IG di sekeliling rumah anda. Bila ada anai-anai, stesen ini akan dapat berikan penunjuk. Ubat anai-anai termite baiting akan dipasang dan semua anai-anai akan mati kat bawah tanah tu.

Jika anda berminat nak pasang sistem kawalan anai-anai dengan menggunakan Termite Baiting System ini, boleh dapatkan maklumat dari syarikat pest control bertauliah, Easelife Services Sdn Bhd.

"Call Puan Siti 012-2067357 dari Easelife Services Sdn Bhd untuk maklumat lanjut berkenaan The Best Termite Baiting System"

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Alamak! rumah dah siap ubahsuai tapi terlupa masukkan ubat anti anai-anai!

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !