Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Saturday, September 8, 2018

10 negara paling kuat rasuah di dunia berdasarkan CPI 2017 - Malaysia no berapa?

  Mohd Shubhi       Saturday, September 8, 2018

Baru terbaca laporan dari Transparency International tentang hasil bancian terhadap kedudukan aktiviti rasuah di 180 negara untuk tahun 2017.

Kajian adalah berdasarkan persepsi terhadap amalan sektor awam di kesemua negara tersebut. Persepsi terhadap amalan rasuah itu pula diambil dari mereka yang dianggap sebagai pakar dan juga golongan ahli perniagaan yang berurusan di negara-negara yang tersebut.

Dalam bancian markah antara 0 ke 100 diberikan kepada negara yang ditanya. Jika 0 ertinya teramat-amat rasuah. Dan jika 100 ertinya tidak amalkan rasuah.

Perlu diingat bahawa ianya adalah persepsi dan tidak semestinya betul dan terbukti diamalkan oleh negara-negara yang dibuat bancian ke atasnya.

Namun begitu, dalam bab rasuah ini, persepsi sahaja sudah cukup untuk memberikan gambaran yang amat buruk terhadap sesebuah negara.

Rasuah duit macam beri bantal orang mengantuk

Kalau Malaysia hakikatnya bukan sebuah negara yang kuat mengamalkan rasuah, tetapi jika majoriti orang ramai terutamanya para pakar dan ahli perniagaan anggap sebaliknya, ia tidak dapat membantu membangunkan negara kita dengan mudah.

Kalau semua ahli perniagaan anggap Malaysia negara kuat rasuah, maka mereka yang masih cenderung untuk berurusan di negara kita dalam perniagaan akan masukkan amalan merasuah sebagai salah satu dari strategi untuk memudahkan urusan mereka.

Kalau orang mengantuk disorongkan bantal dan tilam yang empuk, maka agak sukar untuk mengelak daripada ambil kesempatan itu untuk tidur.

Dalam bab duit, hampir semua orang mudah tewas. Kaya atau miskin dorongan untuk memiliki duit yang mudah adalah tinggi. Jadi ganti saja perumpamaan di atas. Gantikan bantal dan tilam kepada duit dan kemewahan, ramai yang akan tewas.

10 negara paling kuat rasuah di dunia

Berikut di berikan senarai 10 negara paling kuat amalkan rasuah di antara 180 negara yang dibuat bancian. Nombor di hujung setiap negara adalah markah yang diberikan kepada setiap negara tersebut.
  1. Somalia - 9
  2. South Sudan - 12
  3. Syria - 14
  4. Afghanistan - 15
  5. Yemen - 16
  6. Sudan - 16
  7. Libya - 17
  8. Korea Utara - 17
  9. Guinea-Bissau - 17
  10. Equatorial Guinea - 17
Sekarang kita lihat pula senarai 10 negara paling kurang rasuah di dunia berserta dengan markahnya.
  1. New Zealand - 89
  2. Denmark - 88
  3. Finland - 85
  4. Norway - 85
  5. Switzerland - 85
  6. Singapore - 84
  7. Sweden - 84
  8. Canada - 82
  9. Luxembourg - 82
  10. Netherlands - 82

Majoriti negara dunia kuat rasuah

Apa yang menarik dari kajian persepsi rasuah tersebut adalah lebih dari 2/3 negara mendapat markah kurang dari 50. 

Keadaan itu berterusan seperti tahun-tahun yang sebelum ini tanpa ada sebarang perubahan yang ketara. Ertinya masalah rasuah di mukabumi ini sentiasa teruk walalupun semua orang cakap pasal tak suka rasuah di seluruh dunia.

Negara-negara yang top 10 kekal berada di kedudukan yang sama dengan markah yang amat tinggi. Dan amat malang sekali bila tidak ada satupun negara Islam yang dapat masuk dalam senarai top 10 kurang amalkan rasuah!.

Yang amat menyedihkan, sentiasa ada negara Islam yang masuk dalam senarai negara top 10 paling kuat rasuah. Lihat kedudukan Afganistan atau Yaman umpamanya. Mereka sentiasa tersenarai dalam top 10 kuat rasuah!.

Negara Islam yang boleh dibanggakan adalah UAE yang mendapat 71 markah. UAE berada di tangga 21 paling murang rasuah.

Kedudukan Malaysia dalam negara kuat rasuah

Malaysia berada di kedudukan nombor berapa? tentu ramai yang nak tahu.

Negara kita duduk di tangga ke 62 dalam senarai 180 negara paling kuar rasuah di dunia. Kedudukan kita lebih baik dari Indonesia dan Thailand yang berada di kedudukan nombor 96.

Markah yang negara kita dapat adalah sebanyak 47. Menurun sedikit dari tahun-tahun yang sebelumnya. Tapi nampaknya dari tahun 2012 sampai 2017, markah kita kekal antara 47 ke 52 sahaja.

Kalau nak lihat keseluruhan senarai 180 negara paling kuat rasuah berdasarkan persepsi, anda boleh lihat pada pautan kat sini.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, 10 negara paling kuat rasuah di dunia berdasarkan CPI 2017 - Malaysia no berapa?

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !