Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Saturday, October 27, 2018

Perkara penting yang semua orang perlu belajar dari Datuk Seri Najib

  Mohd Shubhi       Saturday, October 27, 2018

Bila tengok apa yang berlaku pada Datuk Seri Najib, bekas Perdana Menteri Malaysia yang berjaya memimpin Barisan Nasional dan UMNO untuk dijatuhkan oleh Pakatan Pembangkang, ada satu perkara penting yang kita semua boleh belajar.

Perkara penting tersebut ada di sebut dalam ayat berikut di bawah;

“If you tell the truth you don’t have to remember anything?”

Ayat itu dikatakan disebut oleh Mark Twain, seorang penulis Amerika yang hidup antara tahun 1835 hingga 1910.

Walaupun tidak ada kepastian samada betul atau tidak Mark Twain yang buat ayat menarik itu, namun begitu, makna yang terkandung dari ayat itu amat benar sekali.

Berkata benarlah dalam apa keadaan sekalipun, dengan siapa sekalipun. Bila anda sentiasa berkata benar, tak tipu, anda tak perlu lagi nak ingat apa yang anda dah kata, dengan siapa dan bila. Sebab semuanya benar dan kalau ditanya sekali lagi perkara yang serupa, anda akan ulang semula kata-kata benar itu.

Cakap bohong perlukan banyak usaha

Kalau nak cakap bohong juga boleh. Ertinya boleh saja nak buat dan perlu tanggung akibatnya. Tapi perlu diingat yang anda perlu benar-benar kuat berusaha untuk mengingati semua kata-kata bohong itu.

Perlu juga ingat di mana dan dengan siapa anda berbohong.

Kalau banyak yang anda tipu, maka semakin sukar dan banyak tenaga diperlukan untuk ingat semua perkara dan keadaan.

Itu memang satu kerja yang amat berat.

Datuk Seri Najib tipu pasal RM2.6 billion

Satu saja contoh sudah memadai untuk membuktikan amalan cakap bohong itu perlukan usaha yang kuat dan daya ingatan yang amat hebat.

Kita boleh tengok kes Najib cakap bohong pasal derma dari Tok Arab yang masuk terus dalam akaun peribadinya sebanyak RM2.6 Billion. Kenyataan demi kenyataan nampak bercanggah sama sekali dan semua orang seluruh dunia boleh nampak perkara itu.

Ternyata Datuk Seri Najib tak berusaha dengan secukupnya untuk mengingati segala apa yang beliau telah sebut pasal duit derma RM2.6 Billion itu.

Versi yang sebelum ini dia kata memang derma tu datang dari Tok Arab. Dia tahu kenapa derma itu diberikan dan untuk apa. Masa interbiu dengan 3 wartawan dari TV3, NST dan Utusan Malaysia dia dengan amat tenag dan bergaya sebut pasal derma itu yang kononnya semua orang tahu termasuklah MACC.

Pi tengok interbieu itu kat sini.

Mungkin dia dah tak ingat apa yang dia cakap masa itu ketika ditemuramah oleh Al-Jazeera baru-baru ini. Dia sampai bangun ugut nak belah tak mau jawab lagi dah bila diasak sakan oleh wartawan tersebut.

Dalam interbieu itu dia kata dah tak tahu la pulak dan tak semak dari siapa datangnya duit RM2.6 billion yang masuk ke dalam akaun peribadinya. Semua nada dan gaya cakap jadi berbeza dan akhirnya saya sendiri tak ahu mana betul mana yang tak betul.

Dan yang pastinya, sekurang-kurangnya dia telah berbohong sekali. Atau paling teruk, semua yang dia cakap selama ini adalah pembohongan semata-mata.

Tak payahlah nak tulis panjang-panjang lagi.

Kebenaran kata-kata yang dikaitkan dengan Mark Twain tu memang amat betul dan tepat.

Kalau anda sentiasa bercakap benar, tak payah nak teruk-terk lagi nak cuba ingat semula apa yang anda dah katakan sebelum ini. Sebab, tak ada apa-apa yang nak disorokkan.

Sumber gambar dari sini.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Perkara penting yang semua orang perlu belajar dari Datuk Seri Najib

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !