Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Wednesday, November 28, 2018

Hisap Vape boleh rosakkan jantung anda - Bukti dari kajian terkini

  Mohd Shubhi       Wednesday, November 28, 2018

Selepas digembar-gemburkan bahawa hisap Vape tak merbahaya, untuk digantikan dari hisap rokok biasa, ramai orang yang beralih arah untuk jadi penagih Vape pulak.

Apa yang best dengan hisap Vape sebelum ini adalah, kurangnya maklumat terhadap keburukannya terhadap kesihatan orang yang hisap Vape.

Ya lah!

Benda baru.

Dalam perkara yang melibatkan kesihatan, para pengkaji atau ahli sains, bukan jenis yang akan buat rumusan tak tentu hala berdasarkan andaian tanpa disertai dengan kajian dan pembuktian yang boleh disandarkan.

Dan untuk bentangkan bukti terhadap kesan kesihatan buruk kepada penghisap Vape perlukan masa yang mencukupi. Sedangkan Vape baru saja diperkenalkan. Mungkin tak sampai 20 tahun lagi. Orang yang masih kekal hisap vape dari mula sampai sekarang mungkin masih tak sampai 10 tahun lagi.

Kalau penghisap rokok, memang dah ada ramai yang hisap rokok sampai mati. Ada yang hisap lebih dari 20 tahun. Malah ada yang hisap rokok dah 40 tahun. Orang yang mati hasil dari sumbangan aktiviti hisap rokok juga ada ramai.

Kes-kes kesihatan kronik akibat dari amalan hisap rokok juga dah ada ramai.

Semua itu boleh dijadikan bukti bahawa rokok adalah merbahaya untuk kesihatan manusia yang menghisapnya.

Tapi Vape, bukti masih belum menyeluruh.

Hisap Vape boleh rosakkan jantung

Sebelum ini, bulan Ogos, 2018, kajian telah buktikan bahawa hisap Vape boleh mudaratkan jantung. Rujuk kajian tersebut kat sini. Kesan kepada masalah jantung akan hadir dalam jangka masa panjang, berdasarkan kajian tersebut.

Dan kajian terbaru ini pula, yang boleh dirujuk kat sini mendapati bahawa penghisap Vape bakal menghadapi masalah pada saluran darah jantung mereka, kalau berterusan kena Vape.

Saluran darah jantung anda akan jadi tak sihat dan sempit jika berterusan hisap Vape.

Kesannya sama juga jika anda hisap rokok biasa  dari tembakau. Saluran darah kaki hisap rokok akan jadi sempit sebab kekurangan NO ( Nitric Oxide). NO diperlukan oleh sel darah bagi  sihatkan dan besarkan saluran darah, dan seterusnya membuatkan darah berjalan lebih lancar.

Jadi, jika anda rasa hisap Vape tak merbahaya, ternyata itu salah sama sekali.

Jika anda kata, hisap Vape kurang bahaya sedikit berbanding hisap rokok tembakau. Itu betul...

Tapi kurang merbahaya tidak membawa maksud tidak memudaratkan kesihatan.

Ramai anak muda hisap Vape

Saya tengok kumpulan orag yang hisap Vape ni ramai darinya adalah anak-anak muda. Ada juga otai yang hisap Vape. tapi jumlahnya tak berapa ramai sangat. Mungkin asap yang berkepul-kepul macam duduk dalam timbunan sampah terbakar membuatkan orang tua tak berapa selesa.

Walaupun bau asap Vape memang agak sedap, tapi jumlah asap berkepul yang dikeluarkan nampak merimaskan. Bayangkan kalau kat satu meja ada 4 orang dan kesemuanya hisap Vape.

Anda boleh sangka kedai tersebut sedang terbakar kalau lalu kat kawasan itu.

Kat Amerika, Vape dah jadi masalah ketagihan kepada anak-anak muda terutamanya pelajar. Kawalan ketat dan undang-undang terpaksa di rangka semula bagi atasi masalah tersebut.

Tapi kat negara kita nampaknya kempen yang dijalankan oleh para pemimpin masjid lebih berkesan dalam mengurangkan akviti hisap Vape ini.

Vape jadi kurang dan tak berapa galak sangat bila satu ketika sebelum ini kesemua ustad dan imam khutbahkan bahawa Vape haram. Orang Melayu terutamanya mula rasa tak selesa dengan fatwa itu. Bukan nak elak buat benda haram tu, tapi sebaiknya tak mahu dilihat teruk buat benda haram.

Hukuman masyarakat memandang serong adalah jauh lebih teruk dari hukuman penjara sebenarnya. Orang yang masuk penjara tak teruk sangat kalau setakat kena kurung. makan semua ditanggung dalam penjara tu, jadi apa nak susah.

Tapi yang lebih teruk dari kena penjara adalah bila keluar dari penjara. Orang kampung dan masyarakat lai  memandang serong dan pulau bekas banduan yang kena penjara. Itu yang lebih meyakitkan dan menyeksakan.

Kalau dari awal para ustaz dan ulamak kempen rokok haram kan lebih bagus. Masa awal sebelum zaman British dulu semua ulama sekata haramkan rokok dan baca khutbah supaya umat islam jauhkan rokok. Tentu rokok akan tak popular sangat.

Tapi masa tu ada dua pendapat yang berbeza. Malah pendapat masa tu lebih cenderung untuk fatwakan rokok sebagai makruh sahaja. Itu pendapat yang lebih popular di zaman tersebut.

Baru sekarang fatwa rokok haram telah lebih popular. Tapi dah terlewat sebab dah ramai yang terlekat dengan amalan merokok. Susah nak buang. Malah ada ustaz yang merokok. Dan mereka akan ambil pendapat yang masih boleh dipakai, iaitu makruh.

Lebih baik hisap udara

Walaupun hisap Vape tak berapa teruk sangat dibandingkan dengan hisap rokok biasa. tapi bahaya tetap bahaya.

Yang tidak merbahaya adalah hisap udara segar.

Itulah yang paling betul.

Bila ketagih, cuba sedut udara segar sedalam-dalamnya. Pejam mata dan cuba bayangkan itu asap rokok. Kemudian hembus perlahan-lahan sambil pejam mata. Bayangkan anda sedang hembuskan keluar asap rokok berkepul berbunga.

Amalkan selalu. tapi dengan gantikan asap rokok dengan udara segar.. insyaallah sihat.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Hisap Vape boleh rosakkan jantung anda - Bukti dari kajian terkini

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !