Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Friday, January 11, 2019

Apa kesan minum air kopi pada orang yang ada masalah kencing manis

  Mohd Shubhi       Friday, January 11, 2019

Kalau ada saudara atau kawan-kawan, atau mungkin anda sendiri sedang hadapi masalah penyakit kencing manis, apa agaknya kesan minum air kopi pada penyakit kencing manis yang sedang dihadapi?

Sebelum ini, minum kopi dikatakan tak bagus untuk kesihatan manusia.

Tapi nampaknya tanggapan itu salah. Ada banyak kajian yang dijalankan sejak akhir-akhir ini yang mengaitkan minum kopi dengan pencegahan peyakit.

Minuman kopi terbukti dapat membantu mencegah masalah peyakit kanser tertentu. Minum kopi juga dapat membantu mencegah masalah penyakit organ hati. Malah anda juga mampu mengawal masalah tekanan jiwa dengan minum kopi.

Minum kopi juga terbukti ada kaitan dengan panjang umur.

Kajian terbaru menunjukkan ada kaitan rapat antara orang yang kuat minum kopi dengan jangka hayat mereka. Ertinya, lebih kuat minum kopi, lebih bagus tahap kesihatan anda.

Baca laporan berkenaan minum dikaitkan dengan panjang umur kat sini.

Minum kopi boleh cegah kencing manis

Bagi anda yang belum hadapi masalah penyakit kencing manis, dalam masa yang sama kuat minum kopi, ada berita yang sangat baik!

Minum kopi dapat bantu cegah masalah kencing manis atau diabetes type 2.

Kesan yang sama juga ada pada orang yang kuat minum air teh.

Kajian menunjukkan jika anda kerap minum kopi atau air teh dalam kadar sekurang-kurangnya 3 cawan sehari, risiko untuk kena kencing manis (diabetes type 2) adalah berkurangan.

Baca kajian tersebut kat pautan sini.

Kajian juga menunjukkan kalau anda tambah satu lagi cawan kopi daripada biasa, ertinya kalau selama ini hanya pekena 3 cawan kopi sehari, anda tambah lagi satu cawan jadi 4 cawan, risiko kena kencing manis akan berkurangan lagi sebanyak 11%. Rujuk kajian tersebut kat sini.

Tapi, malangnya, kalau anda kurangkan pulak jumlah minum kopi, kesan risiko kena kencing manis akan naik pula sebanyak 17%.

Jadi kalau dah biasa pekena kopi 5atau 6 cawan sehari, elok kekalkan saja jumlahnya atau tamah lagi. Jangan dikurangkan. Itupun jika anda masih selamat dari masalah kencing manis.

Kesan minum kopi pada pesakit kencing manis

Macam mana pulak kalau memang dah kena penyakit kencing manis?

Adakah minum air kopi dapat membantu?

Sekurang-kurangnya dapat kawal masalah penyakit tu dari menjadi lebih teruk lagi.

Jika anda memang kaki minum kopi, dan dalam masa yang sama dah terkena masalah diabetes jenis 2, ada berita tak baik yang terpaksa anda telan.

Orang yang dah ada masalah diabetes jenis 2 tu tak elok minum kopi.

Kajian yang dilaporkan kat sini mengatakan pesakit diabetes type 2 yang minum kopi kemudian makan, kandungan atau tahap gula dalam darah mereka didapati meningkat. Glucose yang ada banyak dalam darah tidak dapat diproses dan seterusnya ditukar kepada tenaga.

Apapun, rumusannya adalah, kopi tak bagus diminum oleh mereka yang dah terkena masalah kencing manis.

Waspada dengan kopi jika ada tanda kencing manis

Kalau anda memang dah ada tanda-tanda nak kena penyakit kencing manis sekarang, elok berhati-hati untuk tambah jumlah minuman kopi yang nak diminum.

Kalau semua masih ok lagi, nak tambah berapa cawan kopi seharipun masih lagi selamat dan memang bermanfaat. Jadi elok pantau betul-betul status kencing manis pada kesihatan badan anda sekarang.

Kalau umur dah masuk 40 atau 50 tahun, berhati-hati senantiasa dan pergi check tahapa kesihatan anda tu dengan doktor.

Tanda-tanda nak kena kencing manis

Kalau anda tak pernah pergi check kesihatan untuk ketahui kedudukan anda dengan masalah diabetes, berikan perhatian jika ada tanda-tanda seperti berikut:
  1. Sentiasa rasa dahaga
  2. Sentiasa rasa lapar nak makan
  3. Kerap kencing malam
  4. Pemandangan jadi kabur
  5. Berat badan tiba-tiba menurun secara drastik
  6. Rasa letih selalu
  7. Luka lambat sembuh
Semua tanda-tanda itu adalah kesan daripada kegagalan sistem tubuh dalam badan anda memproses kandungan glucose atau gula dalam darah.

Jadi badan akan kurang tenaga.

Deria badan akan berikan signal untuk anda tambah makanan supaya dapat tambah tenaga. Sistem badan jadi kelam kabut hanya disebabkan gula tak dapat ditukarkan kepada tenaga.

Untuk anda yang masih muda dan sihat, eloklah jaga kesihatan dari awal.

Elakkan daripada masalah kencing manis degan amalkan gaya hidup yang sihat sejak dari awal.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Apa kesan minum air kopi pada orang yang ada masalah kencing manis

Previous
« Prev Post

2 comments:

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !