Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Wednesday, January 23, 2019

Tahukah anda jumlah kekayaan 26 orang saja sama banyak dengan separuh penduduk dunia !

  Mohd Shubhi       Wednesday, January 23, 2019

Mungkin anda tak sangka fakta terbaru yang menarik ini.

Fakta perbezaan jumlah kekayaan antara golongan manusia yang kaya raya dengan jumlah kekayaan yang dimiliki oleh separuh penduduk dunia.

Dalam satu laporan yang dikeluarkan oleh Oxfam Intrnational, jumlah kekayaan 26 individu paling kaya raya dunia sama dengan jumlah kekayaan keseluruhan 3.8 billion penduduk yang tak kaya dunia.

Punyalah teruk jurang perbezaan kekayaan antara mereka yang paling kaya di dunia ini dengan majoriti besar penduduk dunia sekarang. 3.8 biliion penduduk dunia tu sama lebih kurang dengan separuh penduduk dunia.

Antara 2 darjat penduduk dunia

Tahun sudah sahaja, jumlah kekayaan golongan elite billionaires meningkat sebanyak 12%. Manakala jumlah kekayaan keseluruhan 3.8 billion penduduk miskin dunia berkurangan sebanyak 11%.

Dunia memang secara umumnya dikatakan semakin baik. Tahap kesihatan penduduk dunia semakin baik. Jumlah peperangan semakin berkurangan dan tak berapa ramai sangat yang mati kebuluran. Itu kata sesetengah pemikir dunia.

Antara pemikir dunia yang terkenal yang berhujah bahawa dunia semakin bersinar dan manusia semakin menuju kepada kemakmuran, adalah Steven Pinker. Kalau dilihat secara umum mungkin ada juga kebenarannya jika dibandingkan dengan penduduk dunia 100 tahun lalu.

Tapi sejak 5 tahun yang lalu, kadar penduduk dunia yang keluar dari tahap kemiskinan nampaknya semakin berkurangan. Kajian menujukkan seramai 3.8 billion penduduk dunia hidup dengan pendapatan kurang dari USD5.50 sehari.

USD5.50 lebih kurang sama dengan RM22 di negara kita. Bagi negara pertengahan maju, jumlah pendapatan sebegitu termasuk dalam kategori miskin tegar. Dan separuh dari pendduk dunia berada di dalam kedudukan tersebut.

Orang yang kaya raya makin kaya raya meninggalkan mereka yang tak ada apa-apa. Dan golongan yang papa kedana nampaknya makin lama makin teruk ahap kemiskinan mereka.

Kenakan cukai tinggi pada para billionaires

Kalau hanya 1% daripada golongan paling kaya dunia di kenakan cukai lebih sikit sebanyak 0.5% sahaja dari biasa, mampu untuk membantu 262 juta kanak-kanak yang tercicir dari pendidikan. Dalam masa yang sama duit itu boleh digunakan juga untuk selamatkan 3.3 juta penduduk dunia dari masalah kesihatan.

Mungkin penduduk negara kita tak berapa rasa sangat dengan masalah kemiskinan tegar yang menghalang kita dari kemudahan pendidikan dan kemudahan kesihatan. Kalau nak dibandingkan dengan penduduk negara lain seperti di sebelah Afrika sana, kita kira ok sangat sekarang.

Itupun jika rakyat negara kita masih waras untuk sentiasa cuba kekalkan keamanan dengan sentiasa mengelak daripada kacau bilau perang antara kaum yang berbeza.

Kalau rakyat terikut-ikut dengan sikap sesetengah manusia di Malaysia yang suka sangat tuang minyak untuk naikkan kemarahan dan kebencian perkaumaan, tak mustahil kacau bilau akan tercetus dan tak payah nak tunggu lama untuk jadikan rakyat negara kita seperti negara miskin di Sub-Sahara Afrika sana.

Kerajaan Malaysia elok kenakan cukia khas yang lebih tinggi kepada golongan kaya yang ekstrim di negara kita. Duit dari cukai itu boleh disalurkan kembali untuk tingkatkan tahap pendidikan dan kesihatan mereka yang tercicir.

Jika anda berminat nak tahu lebih mendalam, sila baca maklumat laporan di pautan ini.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Tahukah anda jumlah kekayaan 26 orang saja sama banyak dengan separuh penduduk dunia !

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !