Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Monday, April 22, 2019

App Pomen - Cara mudah cari Pomen untuk baiki dan selenggara kereta anda sekarang

  Mohd Shubhi       Monday, April 22, 2019

Macam mana anda cari pomen untuk baiki kereta atau kenderaan sekarang?

Kalau kereta lama, dah tamat warranty, tentu dah pakai pomen luar. Tak pergi ke servis centre jenama kereta yang di beli lagi sebab persepsi ramai, servis centre tu mahal berbanding pomen dari workshop luar.

Paling mudah pergi saja cari pomen di kawasan berhampiran tempat tinggal sekarang. Lebih mudah dan senang untuk bina perhubungan dengan workshop tersebut tu.

Kalau nak lagi mudah, anda boleh download satu aplikasi telefon mudah alih yang bernama Pomen. App tu memudahkan anda cari kat mana pomen paling dekat yang boleh anda gunakan khidmatnya kalau ada masalah pada kenderaan anda sekarang.

Cuba pergi lihat kat web Pomen tersebut dengan klik di pautan kat sini.

Kalau kereta baru, masih ada warranty, biasanya majoriti besar pengguna kereta akan pakai khidmat pusat servis kenderaan jenama kereta yang dia pakai. Kalau pakai kereta Honda, dia akan pergi ke pusat servis Honda, kalau Toyota, ke pusat servis Toyota dan begitulah juga dengan lain-lain jenama kenderaan yang ada.

Sekarang, banyak pengeluar kereta tawarkan servis percuma selama 3 tahun atau lebih untuk setiap pembelian kenderaan baru mereka. Jarak kilometer juga dah makin bertambah sekarang. Beratus-ratus km masih boleh dapat tawaran servis percuma under warranty.

Pakai pomen Nissan servis centre saja

Saya pakai Nissan Sylphy ada jaminan selama 3 bulan atau tidak melebihi 100 ribu km. Sempat tukar absorber dan segala covernya lagi dalam tempoh jaminan tersebut. Jimat lah juga wang yang banyak. Nissan Sylphy jenis yang saya pakai tu banyak hadapi masalah dengan gearbox CVT dia. Ramai yang dah kena masalah gearbox CVT tu rosak.

Ada kawan yang saya kenal baru jalan dalam 40 ribu kilometer lebih saja gearbox dah kong!. Terpaksa repair sendiri sebab tempoh jaminan selama 3 tahun dah tamat. Memang nasib tak berapa nak baik. Lagipun, dalam tempoh 3 tahun, dia hanya jalan sejauh 40 ribu km saja, memang tak banyak jalan pemilik Nissan Sylphy tu.

Malang juga bagi dia sebab sebaik saja tamat tempoh 3 tahun jaminan tu, terus gearbox tu ada masalah. Kereta dia breakdown kat highway masa pergi ke kawasan Pantai Timur. Bertolak dari Kedah semuanya ok lagi. Bila sampai ke sana tak boleh jalan pulak. Tiba-tiba breakdown dan bila di periksa, gearbox ada masalah.

Bila dia hubungi Nissan, mereka cadangkan supaya tukar saja semua gearbox tu kepada yang baru!

Perghhh!, bukannya murah tu. Mana nak cari duit banyak tu?

Bila check di sana dan sini, ada pomen yang boleh repair semula tak perlu tukar satu gearbox. Kos yang dianggarkan hanya dalam lingkungan RM5 ribu saja. Maka itulah yang menjadi pilihan. Asalkan kereta boleh gerak semula dah ok. Kesian kat kawan tu.

Oleh sebab saya dah tahu memang ada masalah gearbox yang ramai kena bila beli dan pakai Nissan Sylphy tu, maka saya belasah jalan jauh ke sana dan sini dalam tempoh tak sampai 3 tahun melebihi 100 ribu km. Kalau memang nak kena masaah gearbox CVT tu, masih ada jaminan.

Tapi, rezki saya agak baik nampaknya setakat ini. Masih tak ada apa-apa masalah terhadap gearbox tu sampai sekarang. Bawa kereta masih sedap dan lancar macam biasa saja.

Sampai sekarang, saya masih pergi repair dan servis kat pusat servis Nissan sahaja. Malas nak pergi cari workshop luar lain sebab dah kenal dan biasa sangat dengan Nissan Servis Centrte tu.

Pakai App Pomen bila kereta breakdown

Tapi macam mana kalau kereta breakdown ketika tengah outstation?

Kalau nak harapkan Nissan Servis Centre juga, alamat kereta tu tak bergerak ke mana-mana dan mungkin tersadai kat lebih raya tu. Itu antara kelemahan pusat servis kenderaan berjenama. Mereka lebih layan temujanji berkala sahaja kalau nak ke pusat servis mereka.

Satu lagi yang mereka layan adalah kalau kenderaan anda kemalangan teruk dan nak claim insuran. Itu mereka akan layan juga.

Tapi kalau selain dari kedua-dua perkara di atas, mereka tak akan layan sangat. Nak repair minor atau separa minor tu, biasanya workshop biasa kat luar tu lebih mesra alam berbanding servis centre. Cuma masalahnya kalau anda tak kenal dan tak tahu nak ke workshop mana satu yang ada track record yang baik.

Sekarang, semua masalah tu insyaallah boleh selesai.

Anda boleh download saja appliksi Pomen buatan anak muda tempatan yang saya kenal secara peribadi. Dia bina aplikasi tu dari kosong dengan team pandai IT yang dia ada.

Semua adalah untuk kemudahan para pengguna kenderaan yang ada masalah nak cari pomen untuk baiki atau selenggara kenderaan mereka.

Tak kisah samada bila outstation atau bila duduk kat rumah tak ke mana-mana.
Tonton cerita macam mana idea Pomen ni boleh muncul.. di kongsikan sendiri oleh pengasas Applikasi Pomen.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, App Pomen - Cara mudah cari Pomen untuk baiki dan selenggara kereta anda sekarang

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !