Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Thursday, May 30, 2019

Jadual perjalanan balik raya tahun 2019 yang dicadangkan untuk PLUS dan LPT

  Mohd Shubhi       Thursday, May 30, 2019

Sebelum ini saya selalu update jadual perjalanan balik raya terkini dalam artikel lama kat sini. Tapi baru perasan yang selama ini tak ada jadual perjalanan untuk mereka yang nak balik ke kawasan pantai timur.

Jadi, untuk tahun 2019 ini, elok kita buat jadual perjalanan balik raya yang baru pula. Masuk sekali semua perjalanan sama nak ke arat utara tanah air, atau nak ke pantai timur sana.

Berikut adalah jadual yang dicadangkan untuk anda yang nak balik menggunakan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan juga Lebuhraya Pantai Timur (LPT)

Jadual perjalanan balik raya PLUS

Jadualnya mudah sangat.

Kalau anda gunakan PLUS sila ikut panduan perjalanan yang diberikan oleh mereka seperti berikut kat bawah ni:


Masa nak balik kampung tu, keluar dari Lembah Klang. Pastikan keluar dalam waktu yang disarankan. Jika semua ikut, insyaallah, moga lancarlah sedikit perjalanan semua orang nanti.
  • Perlis, Kedah, P Pinang, Perak Utara & Johor - Keluar sebelum pukul 10 pagi
  • Lain-lain negeri - Keluar selepas pukul 10 pagi
Sama juga bila nak balik nanti. Bagi anda yang nak bertolak dari Perlis, Kedah, Penang, Perak Utara atau Johor. Nak balik semula ke Lembah Klang. Elok keluar sebelum pukul 10 pagi.

Jadual perjalanan balik raya LPT

Kalau anda gunakan LPT dan nak balik dari Lembah Klang, sila ikut saranan berikut kat bawah ni:


Ada pecahan kepada 3 destinasi utama. Iaitu;
  • Pahang
  • Terengganu
  • Kelantan
Jadualnya agak ketat juga. Jadi perlu berikan perhatian terhadap perancangan anda untuk balik kampung nanti.

Tak boleh buat sikap sambil lewa ikut mood nak bergerak sesuka hati.

Awas perjalanan 5 km terakhir !!!

Walau ke mana pun anda nak balik nanti. Samada nak balik kampung suami atau kampung isteri. Pastikan balik dengan berhati-hati.

Saya dengar laporan bahawa waktu bahaya yang sering berlaku kemalangan adalah ketika dalam perjalanan 5 kilometer terakhir ke destinasi.

Maksudnya, bila dah mula masuk ke zon destinasi yang anda nak tuju, kepekaan dan sikap waspada dah mula luntur. Mungkin sebab rasa dah dekap nak sampai dan yakin semuanya tentu akan selamat, maka dah mula leka dan lalai.

Jadi, sila ambil perhatian ya!

Selagi tak stop depan rumah, tarik hand brake dan tutup enjin, selagi itulah anda perlu waspada dan ambil sikap tegas dalam semua isu keselamatan.

Selamat balik kampung dan selamat berhari raya semua!
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Jadual perjalanan balik raya tahun 2019 yang dicadangkan untuk PLUS dan LPT

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !