Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

27 June 2019

Apa yang buat Mitsubishi Triton tahun 2019 ini jadi sangat menarik untuk dimiliki peminat trak pikap

  Ano Nyme       27 June 2019

Setiap pagi ketika bersenam jalan kaki sekeliling taman permainan di tempat tinggal saya, akan lalu di depan rumah jiran taman yang baru beli Mitsubishi Triton 2019 terbaru.

Mitsubishi Triton 2019 tu berwarna hitam.

Masa kali pertama tengok jiran taman tu parkir Mitsubishi Triton Hitam barunya itu di depan rumahnya memang menarik perhatian saya. Nampak gagah dari jauh. Mantap dan berkilat bila dilihat dari depan trak pikap tersebut.

Saya jalan makin laju ke depan nak tengok dari dekat trak pikap jenis apa pulak ni. Makin dekat makin jelas logo Mitsubishi tu. Memang sah, Mitsubishi Triton terbaru yang dah diubah rupa bentuknya jadi lebih bergaya dan sasa.

Secara peribadi, sebelum ini, saya sering melihat Mitsubishi Triton agak tak berapa maskulin. Nampak macam tak gagah sangat dengan bentuknya yang lebih curvy di sana sini. Persepsi saya selama ini, trak pikap lebih kelihatan mantap kalau rekabentuknya lebih berpetak dan bukan membulat.

Tapi nampaknya pikap trak Mitsubishi Triton 2019 terkini dah tak macam itu. Sebab itu persepsi saya dah mula berubah terhadap trak pikap tu. Terus jatuh cinta dan mula berkenan.

Berjuta unit Mitsubishi Triton dah dijual di seluruh dunia

Kalau cari sejarah pasal trak pikap dari Mitsubishi ni, anda akan dapati bahawa Mitsubishi mula perkenalkan trak pikap sejak tahu 1978 lagi.


Masa tu, trak pikap yang Mitsubishi keluarkan di beri nama Mitsubishi Forte atau juga dikenali sebagai Mitsubishi L200. Rupa bentuk Trak Pikap tu macam gambar kat atas tu. Ia dibuat dan dijual di Jepun pada tahun 1978 sehingga ke tahun 1986. Bermula tahun 1986 mereka keluarkan trak pikap generasi ke-2 pulak. Dipasarkak di merata tempat sehingga ke tahun 1996.
  • Generasi ke-3 dikeluarkan dan dipasarkan sekitar tahun 1996 hingga ke tahun 2006.
  • Generasi ke-4 dari tahun 2005 ke tahun 2014
  • Generasi ke-5 bermula dari 2015 sehingga sekarang.
Jadi, Mitsubishi Triton yang kita ada sekarang merupakan generasi yang ke-5. Dengan perubahan demi perubahan dibuat dari segi rupa bentuk yang makin lama makin menarik. Kalau anda nak baca sejarah dan perkembangan Mitsubishi Triton dari mula sampai ke Mitsubishi Triton 2019, anda boleh pi baca kat pautan sini.

Berbalik kepada Mitsubishi Triton 2019 yang saya kata amat menarik dan mengancam tu. Ada beberapa sebab Mitsubishi Triton terbaru itu amat menarik untuk dimiliki oleh peminat trak pikap kat Malaysia.

Harga Mitsubishi Triton 2019 memang yang terbaik

Anda boleh beli Mitsubishi Triton 2019 dengan versi yang paling rendah dengan harga hanya RM78,890 sahaja. Kalau nak beli trak pikap lain dari jenama pesaingnya, paling murah anda hanya boleh dapatkan dengan harga dalam lingkungan RM90 ribu!.

Jauh beza tu !

Kalau anda ada bajet yang lebih. Nak dapatkan versi paling meletup hebat dan mewah dari Mitsubishi Triton 2019, anda hanya perlu bayar RM135,200 sahaja. Itu model Mitsubishi Triton 2019 VGT Adventure X.

Variasi yang paling mewah dan serba lengkap menarik tu masih jauh lebih murah kalau nak dibandingkan dengan jenama pesaingnya yang lain.

Itu faktro paling ketara yang sangat menarik kalau anda ada hasrat nak dapatkan sebuah trak pikap yang baru.

Selain dari harga, anda juga boleh letakkan kepercayaan terhadap enjin Mitsubishi yang boleh dipercayai berfungsi dengan baik. Mode paling rendah ada 5 kelajuan manual dan model paling mahal ada 6 kelajuan samada manual atau automatik.

Anda juga boleh berikan kepercayaan terhadap keupayaan off-road yang mampu dihadapi oleh Mitsubishi Triton 2019 ni. Boleh tukar dari 2x4 kepada 4x4 dengan hanya pulas knob saja. Dan boleh pilih berbagai mode dari selut, berpasir atau berbatu dengan mudah.

Ada banyak lagi keistimewaan lain yang anda boleh gunakan dalam mengawal kenderaan tersebut. Semuanya berfungsi dengan baik dan boleh diharapkan.

Bermacam-macam gadget yang tersedia dalam Mitsubishi Triton 2019 tu. Kalau anda beli versi paling mahal, semuanya serba lengkap tersedia di dalam pikap tu. Semuanya tak ketinggalan dan sesuai dengan keupayaan teknologi canggih kenderaan zaman ini.

Paling bagus adalah tentang ciri-ciri keselamatan yang ada pada Mitsubishi Triton tu. Ada safety bag sampai 7. Diberikan 5 bintang untuk rating keselamatan ASEAN NCAP.


Disediakan juga Active Stability Control (ASC), Traction Control (TC), Brake Override System (BOS), Hill-Start Assist (HSA), Trailer Stability Assist (TSA), Forward Collision Mitigation (FCM), Blind Spot Warning (BSW), Lane Change Alert (LCA), Auto High Beam (AHB), Ultrasonic Misacceleration Mitigation System (UMS), speed-sensing auto door locks,  ISOFIX ...

Entah apa-apa lagi kesemua tu hanya mereka yang kaki kereta saja yang akan faham !

Dan yang paling mengancam. Macam yang saya beritahu kat mula tadi adalah rupa bentuknya yang memang kelihatan kemas rapi mantak dan gagah tu. Anda boleh lihat sendiri gambarnya yang saya letakkan kat atas tu.

Amacam! tak teringin nak beli ka?

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Apa yang buat Mitsubishi Triton tahun 2019 ini jadi sangat menarik untuk dimiliki peminat trak pikap

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !