Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Wednesday, July 31, 2019

Ajaib ! - Syarikat dari Finland berjaya hasilkan makanan dari udara persekitaran !

  Mohd Shubhi       Wednesday, July 31, 2019

Boleh kah kita hasilkan makanan hanya dari udara persekitaran kita sahaja?

Buat makanan dari "thin air" .. kata orang putih.

Soalan macam tak logik!

Tapi percaya atau tidak, itulah yang telah berjaya dilakukan oleh sebuah syarikat bernama Solar Food dari negara Finland.

Makanan yang dihasilkan diberi nama Solein. Ia merupakan sejenis makanan berprotein dalam bentuk tepung. Memang sebijik macam tepung gandum rupa bentuknya.

Kandungannya adalah seperti berikut:
  • Protein - 50%
  • Lemak - 5% ke 10%
  • Karbohidrat - 20% ke 25%
Bukan saja bentuknya sebijik macam tepung gandum, malah rasanya juga sama macam tepung gandum.

Tepung yang dibentuk hanya dengan menggunakan udara sekeliling kita tu boleh dijadikan ramuan untuk buat macam-macam makanan lain seperti mana kita buat berbagai jenis makanan dari tepung gandum juga.

Proses macam mana Solein di buat

Macam mana agaknya syarikat hebat tu buat tepung berprotein dari udara dan jadikannya sebagai makanan?

Mereka hanya menggunakan gas CO2 (Karbon Dioksida) yang diperangkap dari udara sekeliling dengan menggunakan Alat Perangkap Karbon. Anda boleh baca maklumat pasal perangkap karbon berteknologi tinggi tu kat pautan di sini.

CO2 yang dikumpulkan itu akan dicampur dengan air, sedikit nutrien dan vitamin. Akan dilakukan proses penapaian secara semula jadi macam buat tapai. Semua proses tersebut menggunakan tenaga solar yang boleh dikitar semula.

Memang hebat! sangat mesra alam teknologi yang digunakan untuk buat makanan hanya dari makmal dan tak payah nak tanam pokok, buat ladang dan berbagai proses lain lagi untuk menjadikan makanan untuk manusia.

Ertinya, kalau pergi mengembara duduk dalam pesawat kapal terbang duduk kat atas udara, boleh saja sedut CO2, proses jadi tepung dan kemudiannya boleh buat macam-macam jenis kuih dan makanan lain dalam kapal terbang tu tak payah nak turun bawah pergi kedai beli tepung.

Solein akan mula dibuat dan dijual pada tahun 2021

Menurut syarikat yang berjaya mengusahakan makanan ajaib dari langit tu tanpa perlu membuat apa-apa kerja teruk yang memerlukan tanah, mereka akan mula pasarkan makanan diperbuat dari udara tu pada tahun 2021 nanti.

Ianya akan jadi satu sumber protein yang penting untuk kegunaan manusia nanti. Tak payah nak harap sepenuhnya sumber protein daripada ternakan atau ikan lagi. 

Dengan berkurangannya permintaan untuk binatang ternak, maka akan berkuranganlah pencemaran yang terhasil daripada industri penternakan di muka bumi ini. Insyaallah bumi akan lebih mesra alam pada masa yang akan datang nanti.

Kalau anda nak dapatkan maklumat yang lebih lanjut tentang syarkat dari Finland ni, boleh rujuk kat pautan di sini.

Hebat teknologi orang barat

Bila baca maklumat pasal kejayaan syarikat dari Finland ni buat tepung protein hanya dengan menggunakan CO2 dan sedikit ramuan lain ni, rasa sangat kagum dengan keupayaan orang barat mencipta pembaharuan.

Mereka bukan sahaja berusaha untuk cuba selesaikan masalah pencemaran alam sekitar yang makin lama makin ketara sekarang, malah dalam masa yang sama membuat pembaharuan mencari alternatif makanan untuk manusia terutamanya untuk anak cucu kita.

Teringat juga akan ayat di bawah ini

"Hai Bani Israil, sesungguhnya Kami telah menyelamatkan kamu sekalian dari musuhmu, dan Kami telah mengadakan perjanjian dengan kamu sekalian (untuk munajat) di sebelah kanan gunung itu dan Kami telah menurunkan kepada kamu sekalian Manna dan Salwa. Makanlah di antara rezki yang baik yang telah Kami berikan kepadamu, dan janganlah melampaui batas padanya, yang menyebabkan kemurkaan-Ku menimpamu. Dan barangsiapa ditimpa oleh kemurkaan-Ku, maka sesungguhnya binasalah ia."
(Thaha [20]: 80-81).

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Ajaib ! - Syarikat dari Finland berjaya hasilkan makanan dari udara persekitaran !

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !