Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Friday, November 1, 2019

Drama tertinggal beg tangan sebab leka tengok skrin telefon pintar

  Mohd Shubhi       Friday, November 1, 2019

Ada seorang lelaki ni. Saya selalu jumpa berselisih nak balik ke pejabat selepas selesai solat jumaat. Biasanya habis solat, saya akan tunggu wirid. Kemudian aminkan doa yang dibacakan imam.

Habis doa, salam dengan orang yang ada di kiri dan kanan. Saya akan kekal duduk sambil tunggu semua yang nak bergegas balik lintas di depan untuk menuju ke pintu keluar dari masjid.

Bila semua dah reda, saya bangun untuk buat solat sunat.

Bila dah selesai kesemua itu, barulah saya bangun, berjalan ke pintu masjid dan keluar cari kasut. Kalau nasib tak berapa baik, kasut tak akan ditemui. Tunggu dan cari sampai puas hati baru berjalan balik berkaki ayam ke pejabat semula.

Kalau nasib baik, kasut kekal di tempat asalnya.

Saya sarungkan kasut dan berjalan balik ke pejabat.

Leka main phone sampai susah berjalan

Setiap kali saya balik berjalan kaki tu, akan berselisih dengan abang yang saya beritahu di permulaan artikel kat atas tadi.

Saya akan potong sambil menegur nya ... " Abanggg ! ... ", macam itulah biasanya saya tegur perlahan tanpa cuba nak kejutkannya.

Walaupun saya tak jalan laju sangat, tapi sentiasa dia akan dipotong.

Sebabnya, dia sentiasa berjalan terhoyong hayang, terseret-seret kasut sarungnya, selangkah demi selangkah. Kadang kala berhenti 10 ke 20 saat, lalu sambung pula perjalanan goyangnya ke depan.

Sambil berjalan terhoyong-hayang begitu, tangan kirinya mendepan ke paras dada, tapak tangannya menghadap ke atas senget menuju ke mukanya. Atas tapak tangan itu tersemat telefon pintarnya.

Itulah punca yang membuatkan dia jalan macam orang sakit. Dunia sekelilingnya seperti tidak ada. Ditapis gelap dan kejap oleh pemikirannya yang memberikan arahan kepada semua derisnya untuk tumpu kepada apa yang terpapar pada skrin telefon pintar yang dia sedang leka.

Rasa meluat!

Itulah yang saya selalu rasa merayap dalam dada setiap kali melihat keadaan itu. Macam tak ada masa dan tempat lain yang kebih sesuai. Itu lah bisik hati saya setiap kali melintas abang itu atau sesiapa saja yang berjalan kaki sambil leka pada telefon pintar.

Selalu juga saya pujuk diri supaya jangan menghukum dan memandang kesilapan orang. Bukanlah saya berada di kedudukan untuk mengatakan apa yang mereka buat itu salah atau betul. Itu hak mereka dan mereka tak kacau orang pun.

Kenapa saya nak meluat?

Cubaan pujuk itu sebenarnya tidak pernah berjaya. Sebab perkara yang sama akan timbul merayap rasa meluat dalam dada setiap kali melihat keadaan sedemikian.

Kenapa tak mahu lihat sekeliling ketika sedang berjalan. Pemandangan, kejadian alam, perubahan alam, orang lain yang bersimpang siur dan seribu satu rasa yang hebat yang sepatutnya dinikmati dan disyukuri.

Kenapa masa kat luar, ketika berjalan pun masih nak leka dengan telefon pintar?

Itulah apa yang saya persoalkan.

Leka tengok telefon pintar

Semalam, ketika sedang tunggu grab datang ambil dekat pejabat, saya terkandas buat perkara yang sama. Leka tengok telefon pintar.

Tapi tak lah teruk sangat pada fikiran saya. Saya leka main telefon pintar sambil duduk sandar pintu shutter pejabat. Tak ada orang di kawasan itu waktu malam selepas waktu Insya.

Memang setiap hari saya pergi pejabat dan balik ke rumah naik grab. Lebih mudah dan selesa tak perlu pandu sendiri kereta. Boleh baca buku kalau waktu siang. Atau sembang temubual pemandu grab untuk korek kisah usaha cari makan mereka dengan bawa grab.

Sekarang grab tak berapa ramai yang bawa. Kata pemandu. Juga maklumat dari skrin telefon beritahu setiap kali saya book grab. Jadi bila nak book, ambil masa sikit untuk pemandu terima. Dan ambil masa sedikit untuk mereka sampai ke tempat menunggu.

Jadi saya buang masa itu dengan main telefon pintar.

Beg tangan kepit yang semua benda saya sumbat ke dalamnya saya sandarkan di tepi paha atas lantai ketika duduk kat situ. Masa kalih kepala tengok beg bimbit kecil itu, tergerak dalam hati. Nanti kelam kabut nak bangun aku terlupa dan tertinggal pulak.

Ingatan risu itu saya abaikan sebab dah terlekat leka nak sambung main telefon pintar.

Dan kereta grab pun sampai. Dia tak nampak saya agaknya. Itu membuatkan dia terpaksa telefon buat panggilan.

Saya gegas bangun. Kelihatan keretanya datang menuju ke arah saya.. Semak nombor kereta, dan sah itulah keretanya. Saya buka pintu dan masuk dan duduk. Tak cakap banyak, saya sambung tengok atau kain telefon pintar lagi.

Sampai rumah dan makan

Dalam 30 minit atau lebih macam tu, saya sampai ke rumah. Terus ke dapur tarik kerusi dan duduk. Isteri ambil salad dan buah potong. Saya makan itu dulu sementara tunggu dia hidangkan nasi dan lauk.

Anak lelaki tumpang duduk sekali. Dia makan salad juga. Baguslah, ada peneman. kami makan, sembang dan bergurau.

Habis makan, simpan semua dan basuh pinggan. Buka TV sekejap tengok cerita apa. Tutup. Naik ke atas rumah. Ambil gitar petik satu lagi. Autumn Leaves sekarang jadi lagi pilihan untuk saya petik setiap kali duduk kat dalam bilik atas sofa tu.

Tiba-tiba !!!

Baru teringat nak cari kat mana beg tangan bimbit yang ada semua benda penting tu. Baru teringat imbasan risau takut terlupa ketika duduk tunggu grab kat office tadi.

Saya mula risau takut memang betul-betul tertinggal.

Setelah puas cari atas dan bawah, memang sah dah tertinggal. Terbayang beg tangan bimbit itu terdampar atas kaki lima tepi dinding pejabat saya. Tentu nampak jelas kalau ada sesiapa yang lalu kat situ.

Patah balik ke pejabat naik kereta

Tanpa fikir panjang, saya capai kunci kereta. Perlu segera patah balik. Kalau ada rezki saya, beg tu akan masih ada di situ tak ada orang ambil. Kalau tidak, banyak kerja nak kena buat esok pagi.

Oleh sebab semua benda dalam beg tangan bimbit tu, saya tak ada duit dan tak ada kad TnG. Malah lesen dan semua ID ada dalam beg tu. Termasuk dengan semua kad bank dan kad kredit yang saya ada.

Saya minta pinjam kad TnG isteri untuk masuk tol LDP nanti supaya lebih cepat sampai.

Terus start kereta dan pandu keluar dari taman tempat tinggal. Masuk LDP, pergi ke tol dan tekan kad TnG.

Palang tak terangkat dan lampu merah kekal menyala. Mesej pada skrin terpampang besar duit baki tak cukup !!!

Alahai ! sanggup bini akau bagi kad yang ada hanya baki RM1. tak bagi tau pulak tu.

Fikiran terus jem. Nak tambah duit, satu senpun tak ada. Nak undur kereta patah balik, tak patut sangat.

Nampak 3 orang lelaki berbangsa India sedang buat kerja basuh kawasan tol kat situ. Mungkin pekerja kontrak mencuci kat tol LDP tu. Saya dengan  muka tak malu bertanya minta tolong pada lelaki India tersebut.

Dia panggil seorang lagi kawannya. Kawannya itu seluk poket dan ada 2 ringgit. Itu saja yang dia ada katanya. Daia bagi kat saya. Saya sudah tentu terharu. tapi gelisah ingat kat beg tangan lebih menghantui fikiran dari rasa terharu pada lelaki India yang sangat baik hati itu.

Saya gerak perlahan ke bahagian boleh top-up tol

Dah tak cukup 10 sen pulak. Dia kata kena bayar genap atau tambah nlai tol. Nak tambah nilai tol RM2 tak ada kat situ.

Puas saya merayu yang ambil saja RM2 tu. tak cukup 10 sen saja. Dia tolong lah tambah. bantu saya. Tapi kakat tu geleng kepala tak mahu. Mungkin 10 sen amat bernilai buat dirinya. Saya tak boleh nak nafikan kemungkinan itu.

Dia bagi surat atau resit. Nah bayar esok di pejabat. Lalu dia buka gate.

Saya sambung perjalanan.

Dah minyak kereta nak habis pulak. Lampu tanda minyak dah rendah menyala terang. Saya makin tertekan. kalau minyak habis, duai tak ada ni. Kalau sempat sampai pejabat dan beg tangan masih ada ok lagi. Tapi kalau beg tu dah tiada?

Dah lewat melebeihi tengah malam. Saya bayangkan the worst scenario ...

Akhirnya sampai juga. Dan dari jauh saya lihat beg tangan tu terdampar masih kekal ada kat situ. Alhamdulillah ! bersyukur saya pada Tuhan. Semuanya kembali tenang.

Saya patah balik kerumah.

Moral of the story ... Jangan leka dengan telefon pintar !!!

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Drama tertinggal beg tangan sebab leka tengok skrin telefon pintar

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !