Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Saturday, November 30, 2019

Ini 9 petua mudah hilangkan bau busuk ketiak yang anda boleh segera lakukan

  Mohd Shubhi       Saturday, November 30, 2019

"Bau ketiak hang busuk nak mampuih !"

Herdikan itu disusuli dengan riang ketawa semua kawan-kawan lain yang ada tengahari itu. Mereka sedang gigih angkat barang untuk disusun masuk ke dalam stor kilang.

Gurau senda dah jadi perkara biasa sesama pekerja stor di situ. Buat menghilangkan rasa panas dan penat buat kerja, ketawa dapat melupakan semua rasa perit keletihan ketika buat kerja berat.

Tapi di dalam hati Indra tidak begitu.

Kata-kata itu menikam isi hati Indra. Dia rasa sangat sedih dengan gurauan kawan sekerjanya ketika sama-sama angkat barang di stor kilang hari itu.

Walaupun dia tahu kawannya itu bergurau. Semua yang tertawa juga bergurau. Tapi memang hakikatnya Indra sedar bau ketiaknya memang busuk. Begitu juga dengan semua yang turut sama berpeluh buat kerja kat situ.

Lawak kata bau ketiak busuk pada seorang wanita sudah tentu amat sensitif.

Tapi apa boleh buat. Indra pendamkan saja rasa kecil hatinya tengahari itu. Dia berazam untuk buat sesuatu.

Cuba hilangkan bau ketiak dengan minyak wangi

Keesokkan harinya, Indra datang kerja macam biasa. Pakaiannya sama macam itu juga. Uniform kilang sama macam semua orang lain.

Tapi bau wangi yang kuat tersembur keluar bila Indra lalu di tepi kawan-kawanya. Memang kuat sungguh bau minyak wangi yang Indra pakai.

Cuaca sejuk waktu pagi pulak. Menambahkan lagi bau segar dan sedap minyak wangi yang keluar dari Indra. Indra girang sebab semua kawan-kawan tegur bau wanginya yang nyaman di waktu pagi itu.

Barang datang lagi. Macam biasa, tengahari baru nak datang. Masa cua ca panas terik itulah lori barang nak hantar barang pun.

Semua orang mula lakukan kerja masing-masing. Angkat barang dan susun barang masuk ke dalam stor. Indra juga macam biasa tangkas buat kerja pergi dan balik.

Peluh pecah mercik membasahi baju masing-masing. Bagi mereka yang memang jenis peluh berbau, mula perasan baunya dah mula keluar menerjah masuk ke hidung orang lain. Tapi semua itu biasa saja.

Tak berapa lama kemudian, semua orang mula kecoh kelam kabut! Ada orang jatuh pengsan ketika sibuk angkat barang dan susun barang kat stor.

Indra pengsan!

Pelik! tak pernah berlaku macam itu. Kerja berat macam biasa. Panas terik macam biasa juga. Indra dah biasa sangat buat kerja kat situ. Tapi tak pernah pulak dia jatuh pengsan!.

Indra di angkat masuk ke dalam bilik rehat. Kipas dan pendingin hawa di pasang. Baru saja nak angkat Indra pergi ke Klinik, Indra dah mula sedar.

Dia kata tak payah ke klinik. Dia ok dah.

Bila ditanya apa yang berlaku padanya, Indra jawab serius.

"Saya tak tahan campuran bau peluh dan minyak wangi yang saya pakai!."

Campuran bau busuk ketiak dengan minyak wangi itu membuatkan Indra sendiri tak tahan. Dia rasa pitam dan terus tak ingat lagi apa yang berlaku kemudiannya.

Itu cerita benar yang berlaku pada kilang tempat kerja kawan saya satu masa dulu. Dia pemandu lori di kilang tersebut. Itulah yang berlaku bila bau ketiak busuk bercampur kuat dengan minyak wangi.

Saya ketawa besar bila dengar kawan cerita kisah Indra malam itu ketika kami melepak di bangsal bawah pokok selepas balik dari surau solat Insya.

9 petua mudah hilangkan bau ketiak

Jangan sampai jadi macam itu!

Elok cuba hilangkan bau ketiak yang busuk jika ada dengan 9 petua mudah kat bawah ini.

  1. Gosok ketiak pada lutut - Setiap hari ketika mandi, pastikan anda gosok kedua-dua ketiak anda dengan kepala lutut. Buatlah macam mana yang mudah supaya ketiak anda tu boleh digosok dengan lutut.
  2. Gosok dengan tapak tangan - Setiap kali mandi, pastikan anda juga gosok ketiak dengan menggunakan belakang tapak tangan anda itu. Bukan tapak tangan ya! belakang !
  3. Sapu daun sireh - Buat amalan ini setiap kali sebelum nak mandi. Ambil daun sireh, gumpalkan dengan tapak tangan sampai keluar air hijau. Sapukan pada ketiak sebelum pergi mandi.
  4. Kulit pisang - Ini juga buat sebelum nak mandi. Ambil kulit pisang yang masak, sapu selama 10 ke 15 minit di celah ketiak. Masa mandi basuh ketiak dengan sabun. Selepas mandi, sapukan sedikit kapur sirih dengan limau nipis yang dibelah dua pada ketiak. Buat setiap hari.
  5. Daun pucuk jambu - Ambil pucuk jambu, tumbuk sampai lumat. Sapukan pada ketiak. Amalkan setiap hari. Anda boleh juga pakai daun limau nipis.
  6. Buah limau nipis - Potong 2 atau 4 biji buah limau nipis, selepas mandi tenyeh pada ketiak. Selalu lah amalkannya.
  7. Daun pandan - Ini perlu buat setiap malam sebelum tidur. Ambil daun pandan, tumbuk sampai lumat. Perah airnya simpan dalam mangkuk. Gunakan air itu untuk bancuh bedak sejuk. Campur sampai sebati dan sapukan pada ketiak setiap malam sebelum tidur. Kesannya insyaallah dalam seminggu dah ketara tak busuk lagi.
  8. Makan daun limau nipis dan madu - Ambil 7 helai daun limau nipis. Tumbuk sampai lumat. Campur dengan sedikit madu. Ambil dan gumpalkan jadi saiz kacang. Makan 3 kali sehari.
  9. Sirih dan bunga kenanga - Ambil 5 daun sireh. 5 kuntum bunya kenanga. Rebus sekali dalam periuk sampai air tinggal secawan. Tapis air rebusan itu, campur dengan gula merah sedikit dan minum. Buat 2 kali dalam seminggu.
Anda boleh amalkan kesemua amalan tersebut di atas. Atau pilihlah mana-mana yang rasa lebih mudah dan berkenan di hati.

Moga bermanfaat!

Sila kongsikan pada kawan-kawan atau saudara mara yang anda rasa perlukan petua tradisi ini. Mudah dan mujarab. Insyaallah.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Ini 9 petua mudah hilangkan bau busuk ketiak yang anda boleh segera lakukan

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !