Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Monday, January 27, 2020

Dah pernah cuba Nasi Kandaq Tersandaq resepi 1950-an di TTDI Jaya Shah Alam

  Mohd Shubhi       Monday, January 27, 2020

Kalau anda biasa pergi ke TTDI Jaya, Seksyen U2, Shah Alam, ada sebuah stesen minyak Petron kat dalam taman tu.

Kat sebelah Stesen Minyak Petron tu, setiap petang, kecuali hari ahad, ada satu gerai jual nasi kandaq. Gerai nasi kandaq tu dibuka waktu petang sehingga 9 malam.

Nasi Kandaq Tersandaq. Itulah yang anak-anak muda melayu, pegusaha gerai nasi kandaq tu namakan gerai mereka.

Mereka beritahu yang semua resepi masakan adalah 'ori penang mai'. Bagi yang tak faham loghat penang, maknanya, resepi nasi kandaq mereka adalah resepi original dari Pulau Penang.

Mereka kata yang resepi dari Penang tu adalah resepi tahun 1950-an !.

Makan nasi kandaq dan kad tebus

Ada satu kad kesetiaan yang anak-anak muda tu berikan pada setiap pelanggan yang pernah datang ke gerai nasi kandaq mereka tu. Kalau anda beli lebih dari RM10, akan dapat satu cop tanda.

Cukup 10 kali cop, anda akan diberikan diskaun sebanyak RM10.

Sama juga dengan diskaun RM1 untuk setiap pembelian anda selama 10 kali sebelum ini. Kalau setiap kali anda beli kena charge RM10, maka kena terus membeli selama 10 kali untuk dapat RM1 diskaun pada setiap pembelian.

Pada kad tebus tu tertulis penerangan pasal resepi nasi kandaq mereka begini,

" Dengan menggunakan resepi asal turun temurun tahun 1950an dari utara, kami telah menghasilkan nasi kandar ori yang asli dan tidak boleh didapati di tempat lain. Kami mengembalikan keenakkan dan aroma keharuman nasi kandar ori yang telah hilang selama 70 tahun .. khas buat anda !! "

Begitulah yakinnya mereka dengan rasa unik nasi kandar yang mereka jual.

Review nasi kandaq tersandaq

Saya dah lebih dari 5 kali pergi beli nasi kandaq tersandaq kat situ.

Bila lalu kat Petron tu waktu petang, samada hari isnin atau hari khamis, kalau masih awal, saya akan singgah beli sebungkus.

Saya nak bawa balik untuk makan buka puasa selepas magrib nanti.

Secara ikhlas saya buat review ni. Ini bukan paid review, malah mereka yang dok jual tu sendiri rasanya tak sedar yang saya tulis pasal mereka dalam artikel ni.

Dari segi rasa, memang kena dengan tekak saya orang penang. Sedap masuk kategori lazat bagi saya. Sama dengan rasa nasi kandaq kat Pulau Penang kalau balik kampung makan di sana.

Mereka memang lansung tak kedekut kuah.

Banjir tahap musim tengkujuh mereka masukkan kuah ke dalam nasi yang dibungkus tu. Kalau anda sampai lewat dan semuanya dah habis, mereka akan tawarkan kuah percuma untuk anda bawa balik. Kuah tu boleh dipanaskan esok pagi dan cicah dengan roti gardenia.

Cuba sekali kalau anda tak pernah cicah roti gardenia dengan kuah kari campur nasi kandaq!. tersangat sedap tak tahu apa nak cakap.

Secara ringkas, rasanya boleh diberikan status 5 bintang.

Nasi kandaq slow buat kerja

Kat atas tadi saya sebut akan singgah beli nasi kandaq tu kalau masih awal petang.

Kalau dah nak masuk magrib, saya tak akan singgah.

Puncanya adalah anak-anak muda tu punya cara kerja isi nasi, masukkan lauk, masukkan kuah dan segala bahan yang lain terlalu lembab.

Cara mereka buat kerja memang slow tahap gaban.

Saya yang dah biasa pergi makan kedai mamak tertamanya kat Penang, akan tak tahan bila terpaksa sabar menunggu pergerakkan lembab semua anak-anak muda tu. Kalau dah nak masuk magrib baru nak pergi beli, alamat saya akan buka puasa lewatlah jawabnya dek betapa slownya mereka.

Ada beberapa kali saya pergi dan tak jadi beli sebab tak tahan dengan slow ralit tahap gaban anak-anak muda tu melayan orang dan tak bergerak percepatkan layanan.

Kalau anda bukan seorang yang penyabar, jangan pergi beli kat situ jika ada lebih dari 2 orang menunggu bungkusan mereka. Anda pasti tak akan sabar melihat pergerakan mereka yang sangat slow tu.

Harga agak mahal

Dari segi harga pulak, bagi saya agak sedikit mahal.

Mahal berbanding kedai-kedai makan berdekatan di restoran yang ada di Shah Alam. Sedangkan kos sewa premis mereka tidak ada berbanding restoran yang sewanya sangat mahal.

Mungkin mereka letakkan rasa sedap masakan tu sebagai tawaran istimewa yang melayakkan mereka charge mahal lebih dalam RM3 berbanding lauk sama di restoran mamak lain.

Untuk anda yang tak berkira dengan harga asalkan sedap, tentu tak akan terasa sangat dengan kos yang mereka kenakan.

Jadi setakat itu saja review saya.

Kalau teringin nak cuba, boleh pi beli dan komen kat sini pendapat anda pasal nasi kandaq tersandaq tu!


logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Dah pernah cuba Nasi Kandaq Tersandaq resepi 1950-an di TTDI Jaya Shah Alam

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !