Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Friday, January 3, 2020

Panduan kawal pepijat banyak kat rumah - Cuba buat ni dulu sebelum bayar syarikat pest control

  Mohd Shubhi       Friday, January 3, 2020

Jika anda rimas sebab ada banyak pepijat kat bilik tidur di rumah tu, artikel ni ditulis khas untuk anda.

Sila baca dan hadam betul-betul

Artikel ini berikan panduan berguna untuk anda amalkan.

Dengan panduan mudah ini, dijamin masalah pepijat kat rumah tu dapat diselesaikan dengan lebih berkesan dan mantap. Insyaallah tak ada lagi seekorpun pepijat yang masih hidup kat celah katil dan tilam anda tu.

Yang paling penting, kesihatan diri terjaga sebab anda dah dapat tidur nyenyak. Bangun keesokkan paginya dalam keadaan segar tanpa perlu garu sana dan sini bekas gigitan pepijat samada di bawah lengan atau tepi pinggang anda tu.

Panduan kawal masalah pepijat kat rumah ni saya buat berdasarkan pengalaman hapuskan pepijat di rumah-rumah pelanggan yang banyak sebelum ini. Dah bertahun-tahun syarikat Easelife Services Sdn Bhd buat aktiviti hapuskan pepijat.

Boleh pergi tengok maklumat lanjut kat FB page khas berkenaan pepijat di E Kill Bed Bugs.

Hanya ada 2 hasil dari rawatan hapuskan pepijat 

Lazimnya, jika anda kenal makhluk kecil yang membuatkan badan anda gatal selepas bangun tidur itu adalah kesan gigitan pepijat, anda tentu akan panggil syarikat pest control untuk hapuskan masalah pepijat tersebut.

Orang yang dah biasa tengok dan kenal pepijat, bau pepijat itu saja dah boleh kenal pasti. Bau yang agak kuat keluar bila anda penyet pepijat tu. Rupa pepijat pun lain dari yang lain. Leper dan berwarna coklat kemerahan untuk pepijat dewasa.

Kalau pepijat dah membiak banyak kat celahan katil atau di tempat lain di rumah anda, memang mudah sangat nak jumpa pepijat tu.

Mudah jumpa tidak bermakna anda dapat hapuskan pepijat itu dengan mudah juga.

Bukan semudah tangkap dan penyet seekor pepijat yang anda berjaya jumpa tu. Masih ada banyak ekor lagi yang menyorok. Kalau tak pandai dan tak rajin, sukar untuk anda cari dan jumpa.

Kalau boleh jumpa di semua tempat pun, belum pasti yang anda akan nampak telur pepijat yang belum menetas banyak melekat kat tempat pembiakannya.

Itulah cabarannya jika nak hapuskan pepijat.

Jalan mudah, panggil saja syarikat pest control.

Mereka dah banyak pengalaman buat kerja itu dan lebih terperinci dalam kerja mencari dan menghapuskan semua masalah pepijat.

Namun begitu, bukan semestinya masalah akan selesai jika anda panggil syarikat pest control.

Itulah yang nak saya beritahu, bila anda dah panggil syarikat pest control buat kerja hapuskan pepijat. Ada 2 sahaja hasilnya.
  • Pepijat tiada lagi - Inilah yang anda inginkan!
  • Pepijat muncul lagi - Masalah selesai sekejap untuk sehari dua saja. Tiba-tiba dah rasa kena gigit pulak. Panggil lagi syarikat pest control tu datang tengok. Tak ada orang yang mahu ini berlaku. Samada anda sendiri dan sudah pasti syarikat pest control lagilah tak mahu ini berlaku.

Untuk kes yang kedua tu, nak buat macam mana supaya ianya tidak berlaku?

Langkah awal basmi pepijat di rumah

Kos rawat pepijat bukanlah murah sangat. Terutamanya bagi anda yang peka dengan pengurusan duit. Saya yakin anda seorang yang cintakan kecekapan dan keberkesanan dalam buat kerja.

Sudah tentu anda tak mahu duit keluar dan masalah tak selesai sepenuhnya.

Syarikat pest control juga tak mahu ambil duit pelanggan buta. Sedangkan masalah tidak benar-benar selesai.

Peranan anda amat penting untuk pastikan usaha hapuskan pepijat berjaya.

Sebelum panggil syarikat pest control datang, elok tengok terlebih dahulu keadaan rumah. Paling utama tempat yang sering menghantui anda selama ini, bilik tidur. Kemaskan keadaan bilik tidur tu.

Minimumkan barang yang ada di bilik tidur

Berlaku jujur terhadap diri anda sendiri. Perlukah segala barang yang bersepah dan banyak bersusun di segenap ruang dan sudut bilik tidur tu?

Itu soalan penting untuk anda jawab dengan ikhlas dan jujur.

Jika anda akur bahawa bilik tidur sepatutnya kemas dan mampu sejukkan mata yang memandang, maka anda ada banyak kerja nak kena buat. Langkah kemas dan minimumkan barang dalam bilik tidur anda mampu selesaikan separuh dari masalah.

Bagaimana nak minimumkan barang yang ada kat bilik tidur?

Panduannya mudah sahaja.

Jadkan bilik tidur anda seperti mana sebuah bilik hotel. Hanya ada barang yang perlu sahaja untuk anda rehatkan diri, tidur dengan nyaman.

Hampir kesemua pelanggan yang hadapi masalah pepijat degil tak habis-habis ni, ada masalah bilik dipenuhi dengan barang terlalu banyak. Almari yang berlebihan simpan barang tak pakai. Loker dan rak berlebihan dipenuhi barang berabuk tak tersentuh.

Tak cukup dengan almari, rak, meja, kerusi dan tilam lama, ditambah lagi pula dengan palang besi tempat sangkut baju dan jaket lama tak pakai.

Untuk ringkaskan cerita, kosongkan bilik tu dari segala barang yang tak perlu. Buat macam bilik hotel dengan perabut yang benar-benar perlu sahaja.

Biasanya, dengan berbuat demikian, anda berjaya keluarkan separuh daripada lubuk pembiakan pepijat di dalam bilik tu. Bilik anda juga akan kelihatan lebih segar, lapang dan mudah untuk dibersihkan selepas ini.

Tutup semua retakan dan rekahan

Bila dah kemaskan dan minimumkan jumlah barang dari bilik anda, sila sapu dan vakum kesemua kekotoran yang ada. Saya yakin ada banyak debu dan sampah kekotoran tertinggal sebaik saja anda dah keluarkan kesemua barang yang tak perlu.

Bila dah kemas dari sampah dan kekotoran, anda boleh perhatikan keadaan lantai dan dinding bilik dengan lebih jelas.

Lihat di mana tempat yang ada rekahan dan retak. Kalau rumah tu di pasang paquet masalahnya lebih serius. Terutamanya rumah lama, banyak paquet yang lekang.

Buat kerja kemaskan paquet itu terlebih dahulu. Pasang dan gam balik kesemuanya. Kalau nak jimat boleh buat sendiri. Kalau tak, boleh cari kontraktor untuk pasang balik atau ubah saja pasang mozet, jika ada bajet.

Paling utama di sekitar kawan letaknya katil, jangan ada retak dan rekah. Tutup dengan silikon. Atau sapu simen. Buatlah apa saja supaya pepijat tak boleh jadikan tempat dia lepak dan membiak.

Tilam kat atas katil tu kalau jenis spring dan dah pecah berlubang sebab lama sangat, dinasihatkan buang saja dan ganti dengan yang baru. Tak perlu cari tilam mahal, asalkan selesa dan tiada telur pepijat dan lubuk sarangnya.

Anda boleh cuba buat. Dengan dua langkah di atas sahaja, saya jamin masalah dah ebih separuh selesai, insyaallah.

Panggil E Kill Bed Bugs

Bila anda dah lakukan kerja kemas dan susun bilik tidur tu, barulah sesuai panggil syarikat pest control. Boleh panggil E Kill Bed Bugs untuk kerja profesional sebagai langkah terakhir projek hapuskan terus pepijat.

Itupun jika setelah anda buat langkah di atas tadi dan masih ada rasa kesan gigitan bila tidur atas katil tu. kalau dah tak ada, alhamdulillah, masalah dah selesai. Kekalkan sahaja budaya jadikan bilik tidur macam bilik hotel.

Kalau rumah memang dah ada pepijat banyak sebelum ini, potensi ada pepijat adalah masih tinggi walaupun dah kemaskan seminimum mungkin.

E Kill Bed Bugs akan datang dan mula buat pemeriksaan terperinci. Bahan wap panas akan dilalukan di kesemua tempat yang dikesan ada kehadiran pepijat. Dengan melalukan wap panas, kesemua pepijat samada yang muda atau dewasa akan mati.

Malah telur yang melekat pada rekahan sambungan katil, jika ada juga akan mati sebab wap panas tersebut.

Untuk dapatkan khidmat hapuskan pepijat ini mudah saja, Anda hanya perlu Whatsapp salah seorang dari sales rep kami di bawah:

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Panduan kawal pepijat banyak kat rumah - Cuba buat ni dulu sebelum bayar syarikat pest control

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !