Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Tuesday, December 24, 2019

7 petua orang kampung atasi masalah jerawat di muka yang anda boleh amalkan

  Mohd Shubhi       Tuesday, December 24, 2019

Orang naik jerawat di muka ni ada macam-macam jenis. Ada yang penuh satu muka. Ada yang naik sekali sekala. Ada jerawat besar dan ada juga jerawat kecil.

Tapi bagi saya secara peribadi, bukan semua jerawat tu tak elok. Ada orang yang mukanya ada jerawat, tapi dengan adanya jerawat tulah mukanya nampak manis.

Saya ada kenal ramai juga kawan-kawan terutamanya perempuan, yang walaupun ada jerawat dimuka, tapi sentiasa kelihatan manis. Kulitnya yang putih muka yang berseri dihiasai dengan bintikan jerawat halus kemerahan menambahkan lagi kejelitaannya.

Itu pandangan peribadi sayalah.

Tapi secara umumnya, ramai orang memang tak suka ada muka jerawat kat muka. Orang perempuan lagilah tak mau ada jerawat. Apatah lagi jika tiba-tiba naik jerawat batu muncul secara rawak kat mana-mana bahagian muka tu. Boleh tak keluar rumah kalau jadi macam tu.

7 petua orang kampung atasi masalah jerawat

Berikut saya kongsikan petua orang kampung yang biasa diamalkan untuk atasi masalah jerawat di muka yang anda boleh amalkan.

Apa yang menariknya petua atasi masalah jerawat cara kampung ini adalah tak memerlukan apa-apa belanjapun. Kalau ada pun tersangat minimum. Jadi tak payah nak keluarkan belanja besar beli bahan kosmetik yang rata-ratanya sangat mahal.

#1. Asam gelugur dan pucuk jambu batu

Ini bahan mudah yang sangat senang nak cari. Tak keluarkan apa-apa kos jika anda sendiri ada tanam pokok jambu batu. Asam gelugur tu kenalah beli kat kedai runcit. Kalau duduk kat kampung, ada pokok asam gelugur, boleh buat sendiri semuanya.

Ambil asam gelugur, rendam satu malam dengan air. Kemudian petik beberapa keping pucuk jambu batu, tumbuk biar lumat.

Ambil pucuk pokok jambu batu yang dah ditumbuk tadi campurkan dengan air rendaman asam gelugur tu. Sapukan pada muka dan biatkan 5 ke 10 minit. Lepas tu boleh basuh dengan air bersih.

Amalkan petua tu dalam 2 kali seminggu.

#2. Pakai daun inai

Ada 2 cara kalau anda nak pakai daun inai sebagai ramuan atasi masalah jerawat ni.
  • Giling beras dengan daun inai sampai lumat. Lepas tu ambil gintilkan kecil-kecil macam guli dan jemur sampai kering. Bila nak pakai, ambil seketul, titiskan dengan air limau nipis bagi lembab. Ambil belahan ubi kentang culik pati tu kemudian sapukan pada muka. 
  • Ambil secekak daun inai. Ambil 2 cawan air bersih. Rebus daun inai dengan air tu sampai mendidih. Birakan kering. Bila dah sejuk, ambil air rebusan tu sapkan pada jerawat. Buat macam tu sampai jerawat hilang.

#3. Kulit timun


Ambil kulit timun. Banyak sikit tak apa. Tumbuk kesemuanya sampai lumat. Pati kulit timun yang dah lumat tu lumurkan pada muka yang berjerawat. Biar lumuran tu kat muka selama 30 minit. Selepas tu boleh basuh dengan air bersih. Amalkan setiap hari.

#4. Serbuk teh

Ini juga petua yang mudah. Semua orang tentu ada simpan serbuk dauh teh kat rumahnya. Kalau ada teh uncang lagi mudah. Ambil satu uncang rebus dengan air sampai mendidih. Bila dah siap, serkup kepala anda dengan tuala dan panaskan wajah anda tu pada wap rebusan air daun teh tu. Buat setiap malam.

#5. Serbuk kayu manis dan bedak sejuk

Ini juga satu lagi petua mudah. Ambil piring, tuang serbuk kayu manis, masukkan bedak sejuk, titiskan air pada campuran tersebut. Ratakan kemudian sapukan pada wajah anda sebelum tidur dan bawa pergi tidur. Buat sekerap mungkin.

#6. Daun cekur

Kalau anda ada tanam daun cekur, boleh guna untuk jadi bahan atasi jerawat. Kat kampung saya daun cekur ni orang panggil daun asin-asin. Dulu mak tanam sekeliling rumah jadi macam pagar. Bila nak buat masak lemak, pergi saja ambil kat luar rumah. Satu kampung akan datang minta bila mereka nak makan daun asin-asin ni.

Anda boleh ambil daun cekur ni sedikit, giling sampai lumat. Ambil pati daun cekur tu dan sapukan pada muka. Biat dalam 15 ke 20 minit. Lepas tu bilas basuh muka dengan air suam. Amalkan selalu.

#7. Beras untuk jerawat batu

Ini petua khas untuk masalah jerawat batu.

Anda ambil sikit beras. Tumbuk sampai halus. Campur dengan sedikit air. Sebelum nak masuk tidur. Ambil dan sapukan pada jerawat batu tu. Buat dalam 3 kali seminggu atau lebih.

Muka berseri jika sering dibersihkan

Dah selesai 7 petua orang kampung untuk atasi masalah jerawat. Mungkin ada yang dah pernah cuba mana-mana petua yang diberikan kat atas tu. Kalau dah amalkan, boleh kongsikan kat ruang komen tu mana yang berkesan buat diri anda.

Macam yang saya kata tadi, ada atau tak ada jerawat, tidak menghalang untuk anda kelihatan comel dan menarik. Asasnya adalah pastikan muka anda kelihatan bersih dan segar. Saya tengok perempuan yang ada jerawat tapi tetap kelihatan menarik dan cantik sebab mereka kelihatan bersih dan segar. Walaupun jelas jerawat ada kat muka tu tapi tetap nampak comel.

Jadi pastikan anda sering basuh muka dengan air bersih, insyaallah akan nampak comel sentiasa.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, 7 petua orang kampung atasi masalah jerawat di muka yang anda boleh amalkan

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !