Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Saturday, December 14, 2019

Anak lebih bijak jika didedahkan kepada bahasa kedua - lebih awal lebih bagus

  Mohd Shubhi       Saturday, December 14, 2019

Siapa yang tak mahu anaknya jadi seorang insan yang bijak?

Tentu semua orang mahu.

Ini berita baik yang mudah untuk dilakukan. Jika anda mahukan anak anda jadi seorang insan yang bijak.

Dedahkan anak anda sejak awal kepada bahasa kedua. Malah sebelum anak itu mampu bercakap. Lebih awal anda dedahkan anak anda kepada bahasa kedua lebih bagus.

Anak bijak jika didedahkan kepada bahasa kedua

Bagi orang Melayu, sudah tentu bahasa pertama mereka adalah bahasa melayu. Jadi nak dedahkan anak anda yang berbangsa melayu kepada bahasa apa?

Ada dua pilihan.

Jika anda rasa nak anak mulia di pandangan orang melayu kita di Malaysia, bahasa kedua yang boleh jadi pilihan sudah tentu bahasa arab. Orang Melayu sangat pandang tinggi pada orang melayu yang tahu berbahasa arab.

Jika anda seorang yang melihat kepenting dari sudut ekonomi dan ilmu moden terkini. Sudah tentu bahasa kedua pilihan adalah bahasa inggeris. Bahasa Inggeris jadi medium utama kepada perkembangan ilmu dan kepentingan ekonomi dunia sekarang.

Bahasa mandarin juga boleh jadi pilihan. Ia juga penting atas dasar ekonomi yang mana negara Cina mula naik laju kehebatan mereka dari segi ekonomi dunia.

Terpulang macam mana anda fikirkan baik untk anak anda bila dia membesar nanti. Walau apapun bahasa yang menjadi pilihan, insyaallah, anak anda akan membesar sebagai orang yang bijak.

Tetapi seeloknya pilihlah bahasa yang anda sendiri boleh kuasai. Maknanya anda sebut dan faham apa maknanya. Jika bahasa arab jadi pilihan, bukan sekadar sebutan assalamualaikom, umi, ana, anta, dan lain-lain yang dah jadi sebutan lazim lebih ke arah keagamaan.

Pilihlah bahasa yang boleh dijadikan medium komunikasi bila anak anda membesar nanti.

Tak semestinya anda sendiri yang bercakap dengan mereka masa bayi. Anda hanya perlu dedahkan mereka dengan orang lain yang berkomunikasi dalam bahasa kedua selain bahasa melayu.

Contohnya anda ada jiran tok arab di sebelah rumah. Kerap dedahkan anak anda tu dengan keluarga tok arab yang berkomunikasi dalam Bahasa Arab sudah mencukupi untuk mengaktifkan otak bijak aanak anda itu.

Boleh rujuk teknik dedahkan anak kepada bahasa kedua di pautan sini.

Kajian dedahkan anak kepada bahasa ke-2

Kajian menunjukkan bahawa anak yang didedahkan kepada bahasa kedua lebih tinggi keupayaan kognitif mereka. Keupayaan anak untuk berfikir, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah adalah tinggi bila didedahkan sejak awal kepada bahasa kedua.

Kajian dilakukan di University of Washington. Mereka melakukan kajian terhadap 16 orang bayi. Separuh didedahkan pada keluarga satu bahasa iaitu bahasa inggeris sahaja. Dan separuh lagi didedahkan kepada keluarga dwibahasa. Iaitu bahasa inggeris dan bahasa spanish.

Penyelidikan di ketua oleh Naja Ferjan Ramírez dan Patricia Kuhl. Anda boleh cuba google dua nama tersebut untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan kajian ini.

Anak yang terdedah kepada dwibahasa didapati bahagian otak yang memainkan peranan dalam membuat keputusan dan selesaikan masalah menjadi aktif. Mereka lebih terbuka dan terlatih menggunakan bahagian otak tersebut sejak awal ketika masih belum boleh bercakap lagi.

Itu tidak berlaku pada anak yang terdedah kepada satu bahasa sahaja.

Anak yang terdedah kepada dua bahasa mudah ingat sesuatu perkara dan mudah untuk buat lebih dari satu kerja. Maksudnya mereka lebih cekap menguasai kerja baru yang lain pula. Atau lebih mudah cakap, lebih cekap buat kerja multi tasking.

Belajar bahasa kedua bila dah tua?

Sebenarnya jika anda mahu naikkan keupayaan berfikir untuk buat keputusan dan selesaikan masalah, masih belum terlewat.

Anda masih berupaya baiki keupayaan berfikir dengan mula belajar bahasa kedua sekarang walaupun dah berumur. Pergilah belajar bahasa lain pulak selain dari bahasa melayu. Bahasa arab atau bahasa inggeria atau bahasa mandarin.

Kesannya masih baik daripada lansung tak belajar bahasa kedua.

Cumanya, jika anak anda didedahkan lebih awal masa bayi lagi, maka keupayaan dia untuk menguasai pelajaran ketika masuk sekolah nanti adalah jauh lebih bagus.

Bila belajar bagus, mudah faham, dapat sambung belajar ke peringkat lebih tinggi dan lebih banyak peluang untuk membina keupayaan ekonomi bila besar nanti.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Anak lebih bijak jika didedahkan kepada bahasa kedua - lebih awal lebih bagus

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !