Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Sunday, March 29, 2020

Bagaimana cara yang terbaik untuk lakukan 'disinfection' di masjid dan surau di kawasan anda

  Anonyme       Sunday, March 29, 2020

Anda tentu masih tak dapat pergi tunaikan solat secara berjemaah seperti selalu buat masa ini. Ini berikutan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikenakan oleh kerajaan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Perintah kawalan pergerakan ini perlu untuk membendung wabak Covid-19 yang masih belum dapat dipulihkan sepenuhnya. Demi nak pastikan Malaysia bebas dari Covid-19, kita semua wajib patuhi arahan ini.

Walau bagaimanapun, masjid dan surau masih perlu dijaga. Bilal atau AJK masjid dan surau perlu jenguk juga keadaan masjid supaya tidak ada hal-hal yang tak diingini berlaku.

Lambat laun, perintah kawalan pergerakan ini akan tamat juga. Ketika itu masjid dan surau akan kembali digunakan seperti biasa.

Guna kesempatan PKP untuk buat disinfection masjid

Oleh sebab masjid dan surau sentiasa kosong sekarang. Perlu gunakan kesempatan ini untuk lakukan aktiviti nyah virus atau disinfection.

Manalah tahu kalau-kalau sebelum ini, ada Hamba Allah mana-mana yang kebetulan ada terkena Covid-19 telah berada di dalam masjid atau surau anda.

Kalau nak diikutkan laporan kajian yang dibuat dalam The New England Journal of Medicine, virus yang menyebabkan Covid-19 ini tak akan tahan lama hidup dalam medium yang berbeza seperti berikut:
  • Udara (aerosols) - 3 jam
  • Tembaga - 4 jam
  • Kotak kertas - 24 jam
  • Bahan Plastik - 2 ke 3 hari
  • Keluli - 2 ke 3 hari
Ertinya kalaulah ada seorang jemaah (mohon dijauhkan Allah) di kawasan anda yang ada covid-19 datang dan sentuh atau tertitis air liurnya pada pemegang besi naik tangga di masjid atau surau tu, virus tu akan kekal pada permukaan keluli tu selama 2 atau 3 hari.

Kemudian, dalam tempoh 3 hari selepas itu, datang pulak jemaah lain, naik tangga yang sama, pegang di tempat yang masih ada virus tu, maka kemungkinan tangannya terlekat virus merbahaya itu adalah tinggi.

Jemaah itu pulak naik dan masuk ke dalam masjid atau surau tanpa terlebih dahulu basuh dengan sanitiser yang disediakan, dia bakal jadi meyebar virus tersebut pada jemaah lain. Bila dia bersalaman, bila dia gosok tangannya pada karpet dan sebagainya.

Paling malang, kalau jemaah yang dah sentuh virus tu, korek hidung, atau tenyeh mata, atau sapu mulutnya, kemungkinan dia dapat Covid-19 juga sangat kuat. Kita mohon agar Allah jauhkan semua itu dari menimpa para jemaah di masjid dan surau anda, Insyaallah.

Koronavirus masih hidup selepas 17 hari dalam kapal

Walaupun saintis dah buat kajian dan pemerhatian tentang jangka hayat virus tersebut. Seperti senarai tempoh masa dia hidup di permukaan yang berbeza kat atas tu, masih perlu berjaga-jaga.

Ini disebabkan saintis dapati masih ada kesan koronavirus pada kawasan di mana ada pesakit Covid-19 tinggal di sebuah kabin kapal selepas 17 hari dikosongkan. Virus masih dapat dikesan walaupun selepas 17 hari ditinggalkan!

Baca laporannya di sini.

Walaupun apa yang dikesan itu hanyalah sebahagian dari unsur virus itu, kita perlu berjaga-jaga. Saintis maklumkan bahawa sentuhan hanya sebahagian kecil dari unsur virus itu mungkin tidak akan memberikan jangkitan pada anda.

Dengan semua maklumat yang kita dapat dari kajian dan penemuan saintis, tidak rugi untuk berjaga-jaga sebaik mungkin. Rajin basuh tangan dengan sabun selama 20 saat setiap kali sentuh barang dari luar sebelum nak sentuh apa-apa bahagian muka anda.

Tak mustahil masih ada kesan koronavirus kat masjid atau surau tempat anda tu walaupun dah lebih seminggu dikorongkan tak pakai. Ini yang boleh kita belajar dari kes penemuan koronavirus yang masih ada kesan walaupun dah dikosongkan selamat 17 hari.

Cara disinfection masjid dan surau

Sebagai langkah berjaga-jaga, elok anda lakukan juga usaha untuk hapuskan segala virus dan bakteria dari masjid dan surau anda itu.

Panduan yang paling penting anda perlu tahu untuk pastikan orang yang berkunjung ke masjid dan surau selamat adalah bersihkan virus dari permukaan yang orang kerap sentuh.

Berikan perhatian penuh pada semua permukaan kerap disentuh, yang ada di masjid dan surau kawasan anda itu. Kat situlah kawasan yang wajib disapukan dengan disinfectant yang disahkan berkesan.

Kalau kawasan siling kat masjid atau surau tu tak payah la nak panjat basuh dengan disinfectant!. Tak ada orang yang pergi sentuh kat situ. Dan tak ada orang yang akan bersin sampai air liurnya terpancut naik ke atas silintg masjid atau surau.

Tapi kalau bahagian pemegang tangga, ya!

Itu tempat paling kerap disentuh.

Berikut senarai yang boleh difikirkan sebagai kawasan permukaan yang paling kerap disentuh si masjid dan surau:
  • Tandas - Tandas biasanya ada kat luar masjid. Dikunjungi oleh orang nak solat dan juga orang luar. Jadi pastikan tandas di cuci dengan bersih menggunakan sabun. Bersihkan juga semua pemulas pait air dengan sabun dan bilas dengan air. Permukaan sinki dan kaunter sinki semuanya perlu dibasuh dengan sabun sampai bersih.
  • Pintu - Ada banyak pintu kat masjid dan surau. Tak kira samada pintu pagar atau pintu tolak atau serong. Pintu ada kat tandas, kat stor, kat ruang masuk solat, kat ruang simpan tempat audio dan sebagainya. Gunakan disinfectant yang sesuai untuk nyah virus di semua tempat yang disentuh seperti pemegang, tombol pulas, kunci atau selak pintu.
  • Tangga - Masjid dan surau juga pasti ada tangga. Dan sudah pasti setiap tangga ada pemegang. Itu kawasan kerap sintuh yang perlu dinyahkan segala virus. Lambahan pula keluli antara permukaan yang paling lama virus dapat hidup. Berikan perhatian penuh di situ!.
  • Rehal dan mimbar - Ada banyak papan rihal kat masjid dan surau. Orang akan guna bila nak baca Quran. Jadi bersihkan semua papan rehal yang ada dengan disinfectant yang berkesan.
  • Kitab dan Quran - Ini juga antara benda kerap disentuh oleh orang yang datang ke masjid. Permukaan kertas berikan masa 1 hari untuk virus hidup. Jadi ambil perhatian. Lap dengan disinfectant yang berkesan pada semua kitab dan kulit Quran tu. Juga tempat pintu cermin penutup almari atau kabinet simpan kitab dan Quran.
  • Tiang dan dinding - Permukaan dinding pada paras berdiri dan duduk juga boleh jadi permukaan kerap sentuh orang ramai ketika ke masjid dan surau. Pastikan anda bersihkan semua permukaan itu denan disinfectant.
  • Para dan botol minyak wangi - Masjid dan surau ada banyak tempat yang diletakkan botol minyak wangin wakaf. Ramai orang akan pegang botol t dan sapukan minyak wangi. Jadi, pastikan semua botol dinyahkuman kan dengan betul terpasuk tempat simpan atau letak botol tu.
  • Semua suis letrik - Ini juga tempat kerap sentuh kat surau dan masjid. Termasuk suis butang pada peralatan seperti kipas angin nak kasi laju atau perlahan. Basuhkan dengan disinfectant yang betul.
  • Karpet kawasan solat - Ini kawasan paling luas yang ada di dalam masjid dan srau. Paling kerap disentuh adalah yang berdekatan dengan saf solat berjemaah. Ini perlu diberikan perhatian. Begitu juga seluruh kawasan yang orang boleh solat sunat di mana-mana. Perlu buat aktiviti nyah viru pada semua tempat ini.

Bersihkan, cuci dan nyah virus

Ada banyak kerja yang anda perlu lakukan untuk selamatkan masjid dan surau anda sekarang dari tercemar dengan virus. Anda perlu elakkan semua jemaah selepas ini dari Covid-19 sebaik mungkin.

Ada banyak tempat nak kena lakukan ke-3 aktiviti ini iaitu, bersihkan, cuci dan nyah virus. Disetiap tempat atau permukaan sentuh, perlu gunakan pendekatan yang bersesuaian.

Ada yang boleh basuh, bersihkan dan cuci sekali gus nyah virus dengan guna sabun pencuci. Tempat macam bilik air dan tempat ambil wuduk mudah untuk guna pendekatan ini.

Tapi di permukaan seperti suis elektrik yang ada wayar letrik dan ada kemungkinan terbakar, perlu ambil pendekatan lain yang lebih sesuai. Jangan pulak pakai sabun dan air basuh kawasan ada letrik. jangan juga pakai cecair beralkohol. Buat misting penuh masjid terapung dengan wap beralkohol.

Nak misting kena pakai cecair yang tak boleh terbakar tapi berkesan bunuh virus dan bakteria. 

Ambil pendekatan selamat dan profesional untuk jaga kesempurnaan aktiviti bersih, cuci dan nyah virus di masjid dan surau anda.

Kalau tak ada mesin dan tenaga mahir, anda boleh gunakan khidmat syarikat yang memang terlatih buat semua kerja disinfection macam ni. Hubungi syarikat pest control atau syarikat cleaning di kawasan berhampiran anda yang pnya peralatan dan bahan disinfectant yang sesuai dan berkesan.

Jika perlukan khidmat disinfection di sekitar Lembah Kelang, hubungi Easelife Services Sdn Bhd. Tel atau whatsapp wakil syarikat seperti berikut:
Semoga semuanya selamat dan keadaan kembali seperti sediakala di negara tercinta kita Malaysia.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Bagaimana cara yang terbaik untuk lakukan 'disinfection' di masjid dan surau di kawasan anda

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !