Monday, May 11, 2020

12 virus paling merbahaya dan ganas yang diketahui ada di bumi setakat ini

  Mat       Monday, May 11, 2020

Sebelum manusia kenal virus, terlebih dahulu manusia hanya kenal bakteria. Bakteria boleh dilihat dengan menggunakan mikroskop. Tapi virus lebih kecil lagi dari bakteria. Tak boleh dilihat walaupun dengan menggunakan mikroskop.

Orang yang mula buat kajian dan penemuan vaksin, Louis Pasteur dan Edward Jenner, sendiri tak tahu akan kewujudan virus ketika itu.

Pada tahun 1892, Dmitri Ivanovsky buat ujikaji yang menunjukkan bukti virus wujud ketika itu. Maksudnya, ada benda lain yang lebih kecil dari bakteria memang wujud setelah dia menapis bakteria keluar dengan menggunakan sejenis penapis yang cukup halus yang dapat asingkan bakteria.

Masa itu dia sedang siasat masalah penyakit yang menyerang pokok tembakau. Tapi dia masih tak namakan benda tu sebagai virus.

Kemudian seorang lagi penyelidik Biologi dari Belanda, Martinus Beijerinck, melanjutkan kajian yang dia buat. Dia tapis bakteria dan yakin benda yang masih terlepas dari tapisan kecil itu adalah sesuatu yang mampu berikan kesan penyakit juga. Dia namakan benda itu sebagai 'Virus'.

Rujuk gambar bawah untuk dapatkan gambaran saiz viru berbanding bakteria.


Apa maksud perkataan 'virus'

Virus adalah satu perkataan Latin yang bermaksud racun atau cecair berbisa. Mulanya dulu pengkaji sangkakan yang virus ni memang dalam bentuk cecair. Sebab tak boleh nak nampak lagi dengan hanya guna mikroskop cahaya biasa. Hanya pada tahun 1930 an baru mikroskop elektron direka dan barulah penyelidik dapat tengok virus punya rupa.

Lebih kurang macam tulah bermulanya cerita virus.

Sejak itu penemuan demi penemuan dan kefahaman demi kefahaman telah dihasilkan oleh mereka yang berusaha membuat penyeledikan.

Virus sebenarnya telah serang manusia dah sangat lama. Sejak manusia mula bercucuk tanam dan membela binatang ternak. Antara yang diketahui serangan virus ke atas manusia adalah virus yang menyebabkan penyakit cacar.

Selsema juga adalah kesan dari serangan virus. Selsema ini dah direkodkan serang manusia sejak tahun 1580 lagi. Masa orang Sepanyol dok kacau negara lain di Amerika Latin, mereka berjaya tawan negara di sana bukan sebab pandai perang.

Tapi sebab bawa virus di mana orang Erpoah dah kebal manakala orang Amerika Latin masa tu baru terkena virus tersebut. Ramai yang mati disebabkan serangan virus yang dibawa orang Sepanyol dan bukannya mati sebab kalah perang.

Ada virus yang kita dah berjaya hadapi dengan baik. Macam cacar umpamanya, dah berjaya dihadapi dengan jayanya. Tapi masih ada virus yang masih menjadi mimpi ngeri manusia sampai sekarang. Kalu kena virus tu, ada kemungkinan untuk mati.

Berikut 12 virus yang sangat ganas menjadi masalah besar kepada umat manusia sekarang.

1. Virus Marburg

Virus ini dikesan pada tahun 1967. Ia berlaku di Jerman di kalangan pekerja makmal di sana. Berjangkit dari monyet yang dibawa masuk dari Uganda.

Kadar kematian adalah dalam 25%. Kalau kena penyakit ni boleh demam berdarah membawa kepada kerosakan organ dan membawa maut.

Tapi ketika berlaku jangkitan di Congo dalam tahun 1998 ke tahun 2000, juga pada tahun 2005 di Angola, kadar kematian adalah 80%.

2. Virus Ebola

Virus ini mula merebak secara serentak di Sudan dan di Congo pada tahun 1976. Ebola merebak melalui sentuhan darah, cecair atau tisu orang atau haiwan yang terkena jangkitan ini.

Kesan penyakit ini berbagai. Ada yang tak teruk dan tak bawa kepad apa-apa kesakitan macam Ebola Reston. Satu lagi jenis, Ebola Bundibugyo, boleh membawa maut dalam kadar 50% ke 71%.

Kali akhir Ebola merebak adalah pada tahun 2014 di Afrika Barat.

3. Virus Rabies

Penyebab penyakit anjing gila.

Vaksin untuk rabies diperkenalkan pada tahun 1920. Diberikan kepada binatang peliharaan. Sejak itu ia berjaya dibendung dengan baik terutamanya di Eropah. Hampir tak berlaku lagi masalah rabies.

Tapi di India dan Afrika umpamanya, ia masih lagi berlaku.

Penyakit ini sangat merbahaya. Ia merosakkan terus otak anda. Walaupun memang ada vaksin untuk rabies dan ada antibody untuk melawan mereka yang kena penyakit ini. Tapi kalau anda terkena dan tak dapatkan rawatan, kemungkinan untuk mati adalah sangat tinggi.

4. Virus HIV

Siapa tak kenal dengan virus merbahaya ini. Semua orang ada stigma dengan sebutan HIV atau AIDS. Ia dikaitkan dengan salah laku akhlak sonsang. Penagih dadah dan seumpamanya. Walaupun tidak semestinya semua benar. Masih ramai yang ada persepsi sedemikian.

Sejak dikesan di awal 1980 an, 32 juta orang telah mati akibat HIV. Ia menjadikan viru ini pembunuh paling hebat dalam era zaman moden kita sekarang.

Masalah HIV masih lagi berlaku terutamanya di negara miskin di mana 95% daripada pengidap HIV berada. Di Afrika, setiap seorang dari 25 orang mengidap HIV.

Dengan wujudnya antivirus yang kuat, pesakit HIV sudah dapat hidup lebih lama berbanding satu ketika dahulu.

5. Virus Cacar

Sebelum tahun 1980, viru cacar ini membunuh seorang dari 3 orang yang mengidapinya. Kalau tak matipun, akan ada kesan cacat yang teruk pada mereka yang menghidapinya.

Dunia mengumumkan tiada lagi masalah penyakit cacar sejak tahun 1980.

Macam saya sebut kat atas tadi, orang Eropah yang dah imun dengan masalah cacar ini membawanya ke kaum peribumi Amerika sehingga dianggarkan 90% daripada penduduknya mati. Ada anggaran yang sebut seramai 300 juta manusia telah mati akibat cacar ni.

Ia juga meninggalkan kesan kecacatan teruk pada yang masih hidup.

Kerosakan yang diberikan oleh cacar ni membuatkan manusia berusaha keras untuk menghapuskan dan melenyapkan virus ini terus dari menggugat kehidupan.

Jika anda memerlukan khidmat disinfeksi di pejabat dan rumah, sila dapatkan dari Easelife Services Sdn Bhd. Sila berhubung dengan:

6. Hantavirus

Mendapat perhatian pada tahun 1993 berlaku di Amerika, apabila seorang lelaki muda bersama tunangnya mati etelah hadapi masalah sesak nafas selama beberapa hari.

Hantavirus pulmonary syndrome  atau HPS ini tidak merebak melaui sentuhan. Tapi akibat dari terdedah kepada najis tikus yang terkena virus ini.

Seramai lebih dari 600 orang telah kena HPS di Amerika dan 36% darinya meninggal.

Sebelum itu, di era 1950 an seramai 3000 orang telah terkena virus yang sama ketika perang Korea. Seramai 12% darinya meninggal.

Walaupun penyakit itu baru untuk orang Amerika, penyelidik dapati orang asli Navajo ada mencatitkan keadaan yang sama dalam peribatan tradisional mereka dan kaitkan penakit itu dengan tikus.

7. Virus Influenza

Wabak selsema teruk berlaku pada tahun 1918 di panggil Spanish Flu. Ia menjangkiti seramai 40% dari penduduk dunia ketika itu. Dan membunuh seramai 50 juta orang.

Bila musim Influenza ini datang menggila seramai 500 ribu orang akan mati akibat jangkitan ini. Kalau muncul pulak jenis influenza baru, lebih ramai yang akan mati.

Baca lebih lanjut pasal influenza kat sini.

8. Virus Denggi

Masalah denggi mula muncul di era tahun 1950 an di Thailand dan Filipina dan mula merebak sejak itu ke seluruh tempat di asia terutamanya.

40% dari penduduk dunia tinggal di kawasan yang ada masalah serangan denggi.

Setiap tahun seramai 50 ke 100 juta orang terkena demam denggi ni. Kada rkematiannya agak rendah, hanya 2.5% sahaja.

Tapi kalau kena denggi berdarah, kesannya macam Ebola juga dan kadar kematiannya adalah 20% jika tidak dirawat dengan baik.

Vaksin dah ditemui pada tahun 2019 tapi ada sedikit masalah. Hanya boleh diberikan pada mereka yang dah kena denggi sahaja dan bukan untuk mereka yang tak pernah kena denggi lagi.

Kat negara kita denggi masih lagi jadi satu masalah dan setiap tahu angkanya naik dan turun macam yoyo. Jumlah orang mati akibat denggi masih berlaku setiap tahun sampai sekarang.

9. Rotavirus

Virus ini menyerang bayi dan kanak-kanak. WHO anggarkan seramai 453 ribu orang kanak-kanak bawah 5 tahun meninggal akibat virus ini pada tahun 2008.

SEjak vaksin diperkenalkan untuk virus ini, angka kematiannya mula turun mendadak.

10. SARS-CoV

Virus ini yang rosakkan saluran pernafasan bermula di Guangdong, China juga sebelum ini pada tahun 2002. Virus ni asalnya dari kelawar. Kemudian naik ke Tenggiling dan dari situ naik kepada manusia.

Bermula dari negara China, SARS mula merebak ke 26 buah negara. Seramai 8000 orang kena dan 770 orang mati dalam tempoh 2 tahun.

Kadar kematian adalah 9.6%. Sejak ia merebak dulu masih belum ada lagi yang baru. Vaksin masih belum ada sampai sekarang.

11. SARS-CoV-2

Ini yang mengharu birukan dunia sekarang. Masih juga tak ada vaksin setakat ini. Ia di kesan bermula pada Desember tahun 2019 di Wuhan China.

Disyaki virus ini datang dari Kelawar. Kemudiannya merebak ke haiwan lain dan dari haiwan lain itu merebak lompat ke manusia dan habis kacau bila sampai ke negara kita sekarang.

Orang yang kena Virus ni kita kata kena penyakit Covid-19. Peratus atau kadar kematian adalah dalam lingkungan 2.3%. Ada beberapa faktor yang jika ada pada anda kadar kematian adalah lebih tinggi. Rujuk pada artikel saya sebelum ini.

12. MERS-CoV

Ini kita pernah dengar tak lama sangat sebelum ini. Berlaku di kawasan Timur Tengah. Ia di panggil sindrom pernafasan timut tengah. Atau lebih biasa kawan-kawan kampung panggil sebagai dema m unta.

Demam ni jadi haru biru pada tahun 2012 di Arab Saudi. Kemudian pada tahun 2015 berlaku pula di Korea Selatan.

Virus ini juga dikatakan datang dari haiwan kelawar. Sama keluarga atau jenis dengan SAR-Cov kat atas tu. Berjangkit kepada unta dan dari unta pergi kepada manusia. Masih tak ada vaksin lagi dan kadar kematian jika kena virus atau demam ni adalah antara 30% ke 40%.

Moga semua maklumat di atas menambahkan keinsafan kita semua ...

logoblog

Terima Kasih sebab sudi membaca, 12 virus paling merbahaya dan ganas yang diketahui ada di bumi setakat ini

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !