Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Monday, May 18, 2020

Kerja gila pandu laju kereta Ferrari 275 GTB di tengah pusat bandar besar yang perlu anda tonton

  Mohd Shubhi       Monday, May 18, 2020

Paling laju anda pandu kereta kat pusat bandar agaknya berapa kilometer sejam?

Samada pusat bandar tu tak berapa ada orang sebab awal pagi, atau pusat bandar tu ramai orang, bukan satu kerja mudah untuk bawa kereta laju gila-gila di jalan dalam pusat bandar.

Kalau saya bawa MyVi Perodua tupun, memang takkan mampu tekan laju-laju sangat.

Kalau saya bawa Ferrari, kereta sport yang mahal tupun, lagilah tak laju. Sebab kenderaan macam tu rugi kalau bawa laju-laju sampai orang tak dapat tengok siapa yang duduk di dalamnya.

Bawa laju Ferrari 275 GTB dalam bandar

Saya baru dapat video rakaman sebuah kenderaan yang dipandu sangat laju dalam pusat bandar di Eropah.

Video tu dirakam pada tahun 1976 oleh seorang pengarah filem di sana.

Dia ajak seorang kawannya, seorang pemandu profesional untuk tekan selaju mungkin di jalan dalam pusat bandar itu sambil dipasang kamera merakamkan pemanduan tersebut.

Pengarah filem tu nak buat secara rahsia atau lebih tepat lagi secara haram lah. Dia tak minta apa-apa kebenaran untuk tutup jalan yang nak dilalui. Semuanya dibuat secara berani.

Biasanya tempoh masa untuk melalui jalan yang mereka nak lalu tu, ambil masa selama 30 minit dari mula sampai habis. Tapi dalam filem yang dirakam tersebut, pemandu itu buat hanya lebih kurang 8 minit saja dari mula samai habis ke destinasi.

Kelajuan kenderaan itu boleh sampai ke tahap 240 kilometer sejam!

Kalau saya duduk sebelah pemandu profesional tu ketika kereta itu dibawa, boleh mual dan rasa nak mati tahan ketakutan. Tentu hanya asyik fikir bila nak meletup terbabas berlanggar dan mati sahaja.
Paling best nonton video ni sambail pasang headphone atau earphone. Baru boleh dapat rasa feel dia punay bunyi dan kelajuan yang dipaparkan di dalam video itu.

Pengarah filem ditangkap

Selepas pengarah filem itu buat rakaman, buat filem perjalanan dari awal sampai habis dan siarkan kepada umum, pengarah itu terus kena tangkap.

Dia didakwa. Tapi sampai sekarang dia tak bocorkan rahsia siapa yang pandu kereta itu. Dia juga tak beritahu kereta apa yang dia pakai untuk bawa laju-laju macam tu.

Dia kata kereta Mercedes yang dia guna masa itu dan masukkan bunyi kereta Ferrari. Tapi semua itu gossip dan tak pasti. Yang diketahui, dalam filem tu, sebuah kereta Ferrari laju gila telah dipandu dengan laju dari awal sampai habis telah dirakam secara live.

Filem ini diharamkan daripada siaran sebab takut galakkan orang bawa gila-gila macam itu. Jadi hanya didapati dalam siaran gelap sahaja. Saya akan kongsikan kat sini. Tapi tak tahu sampai bila akan kekal kat sini.

Ada kemungkinan ia akan ditarik balik dan hilang dari sini. Harap tak jadilah macam tu.

Apa yang dipaparkan sangat merbahaya dan tidak wajair dijadikan contoh. Tapi perlu diakui sangat menarik dan merembeskan hormon keseronokkan ketika mengikuti filem bawa kereta laju ni dari awal sampai habis.

Terutamanya mereka yang pernah jalan-jalan kat kota Eropah di mana filem ini dirakamkan, tentu dapat mengimbau nostalgia masa lalu dengan menonton fiem ini. Ia dibuat ketika waktu awal pagi ketika orang tak keluar rumah lagi. Selamat menonton!
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Kerja gila pandu laju kereta Ferrari 275 GTB di tengah pusat bandar besar yang perlu anda tonton

Previous
« Prev Post

6 comments:

  1. Aslm tuan, mmg tak laju tuan....cuba tgk kereta2 kontot yg dia potong...kalau ikut simple physics, kalu masa dia potong kereta kontot tu, kita bleh nampak dgn perlahan maksidnya kete kontot tu hanya dipandu dgn kelajuan yg agak sama atau kurang skit drp kereta kononnya ferrari ni...
    Kalau nampak dia potong kete2 kontot tu dgn laju (kita nampak mcm sekilas lalu itu bermaksud mmg kete ferrari ni di bawak dgn laju)...
    Saya rasa mmg betul bhw kete yg konon dibawa laju ni di edit dgn memasukkan bunyi enjin ferrari atau supercar lain...
    Satu lagi ni di paris...jarang2 sgt org bawak laju terutama kete kontot..
    Kalau tuan perasan dia pun langgar lampu merah...maksudnya dia ada masa tgk kiri kanan wpun dia langgar lampu merah...kalau betul dia bawak 240km sejam atau wpun 150km sejam dia tak sempat nk tgk kiri kanan bila berada di bandar besar cam paris ni...
    Kalau betul dia bawak 200 km sejam ke atas dr segi physics bberapa kete kontot yg dia overtake maybe dlm kelajuan 220 km sejam

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam Tuan!,
      Betul juga pengamatan tuan tu.
      Tapi dari sumber asalnya, dia beritahu bukan sepanjang masa dia tekan lebih dari 200km/j. Adamasanya dia perlahan berdasarkan keadaan.
      Ada masanya dia laju sampai boleh mencecah 240km/j.

      Wallahualam. Saya kongsikan antara pautan maklumat untuk tuan baca ya.

      http://www.marotprodriving.com/film-ferrari-275-gtb-paris/

      Terima kasih sudi komen!

      Delete
  2. Tuan tgk sebagai cth pada minit 3.07..dia potong kete kontot kuning...kita bleh nampak dgn terang kete tu sambil overtake tapi enjin menderum seolah2 kelajuan mcm 200km sejam
    Jgn marah tuan..saya suka blog tuan..pendapat saya jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih tuan dengan pengamatan detail tu. Saya suka!

      Tak marah tuan. Sebaliknya terima kasih sebab suka blog saya.! Refer komen kat atas tu ya..

      Delete
    2. Bereh tuan...tq diatas kesudian tuan publish my comments...
      Harap ur blog would attract more readers in the near future

      Delete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !