Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Friday, June 12, 2020

Cari jalan amalkan jogging - Kajian buktikan ia boleh bantu anda kuatkan daya ingatan

  Mohd Shubhi       Friday, June 12, 2020

Anda mungkin macam saya. Rasa seperti makin lama, makin tua, makin kerap terlupa. Antara perkara yang sering berlaku lupa adalah seperti dalam bab kunci kereta.

Selalu sangat keluar dari kereta, jalan ke depan 2 atau 3 ratus meter, tertanya pulak samada tadi saya tekan remote kunci kereta ke tidak.

Sama juga macam aircond kat pejabat. Bila nak balik, tutup semua lampu dan aircond. Tutup dan kunci pintu. Pasang pedai ayam dan masuk ke dalam kereta. Terus jalan ke depan nak balik. Sekerat jalan dah teringat pasal aircond. Dah tak pasti dan tak ingat samada tutup ke tidak tadi.

Itu yang kerap berlaku pada saya. Tapi ada yang meningkat umur hidup sampai ketua dalam keadaan daya ingatan yang masih sangat kuat. Contoh macam Tun M. Umur dah lebih 90 tahun. Masih gagah. Masih tajam pemikirannya.

Di kalangan orang tua-tua masa duduk kat kampung dulu pula sering tengok ada yang jadi nyanyuk. Mereka hidup umur panjang sampai tua, tapi malangnya apapun dah tak ingat. Hatta nak berakpun dah tak sedar macam mana nak buat.

Cara kekal ingatan ketika tua

Jika anda risau takut makin lama makin pudar daya ingatan, maka ini ada cara untuk atasinya. Cara yang terbukti berkesan secara kajian.

Anda hanya perlu lakukan senaman kardio.

Senaman yang boleh naikkan kadar degupan jantung anda lebih lahu dari biasa. Macam buat senam robik atau jogging. Itu dua contoh yang mudah yang biasa ramai orang buat.

Anda boleh pilih apa saja senaman yang dirasakan sesuai. Asalkan ianya adalah senaman kardio, itu terlalu membantu untuk pastikan daya ingatan tidak pudar.

Isu besar yang berkit rapat dengan daya ingatan ini adalah masalah dimetia. Jensi masalah daya ingatan yang lebih ringin sedikit daripada masalah nyanyuk.

Tapi, walaupun lebih ringan dari nyanyuk, dimentia tetap satu cabaran besar yang ada pada orang tua yang terkenanya. Bukan saja timbul masalah pada diri sendiri. Malah paling sedih ia membuatkan kacau bilau pada orang yang menjaganya.

Bukan calang-calang orang kuat sabar yang mampu bertahan menjaga orang yang kena masalah dimentia ni. Sebab itu ia satu masalah besar. Sebab bukan ramai sangat orang yang penyabar. yang mengaku kat mulut kononnya dia tu penyabar memang ramai sungguh.

Tapi sabar itu bukannya kat mulut. Tak dicuba tak tahu tahap kesabaran anda tu.

Jogging bantu tingkat daya ingatan

Dalam The Journal of Alzheimer's Disease, ada laporan berkenaan kajian yang dilakukan terhadap 30 orang tua dalam lingkungan umur 66 tahun. Mereka dipecahkan kepada 2 kumpulan yang buat senaman.

Kumpulan pertama buat senaman jogging. Mereka akan jogging dalam 3 kali seminggu dalam tempoh masa selama 25 ke 30 minit. Ini jenis senaman yang akan membuatkan kadar degupan jantung meningkat naik.

Kumpulan kedua bersenam juga. Tapi bukan jogging. Mereka hanya buat senaman regangan otot. Orang putih panggil stretching. Juga 3 kali seminggu dan dalam tempoh masa selama 25 ke 30 minit. Senaman mereka dibuat dengan slow and steady supaya kadar degupan jantung stabil dan tak ada perubahan.

Kesemua peserta dalam kajian tersebut tidak ada pengalaman buat semua senaman itu sebelum ini. SEmua peserta juga memang ada tanda-tanda yang menunjukkan masalah daya ingatan yang dah terjejas.

Jadi kajian itu betul-betul mengukur kesan atau perbezaan yang berlaku apabila mereka mula melakukan senaman.

Mereka berterusan amalkan semua itu untuk selama setahun.

Apa yang berlaku?

Sangat menarik!

Kumpulan yang buat senaman jogging di dapati aliran darah mereka meningkat naik tinggi ke 2 kawasan otak yang berkait rapat dengan daya ingatan. Manakala kumpulan yang buat senaman regangan tiada perubahan sangat yang berlaku pada otak mereka.

Ujian terhadap daya ingatan yang dilakukan sepanjang kajian itu  mendapati kumpulan yang jogging meningkat naik pencapaian mereka sehingga 47%.

Kumpulan yang buat senaman regangan biasa pulak tak ada apa apa peningkatan atau perubahan sangat.

Boleh rujuk maklumat terhadap kajian di pautan sini.

Tubuh manusia direka untuk banyak bergerak

Terlalu banyak sangat kajian demi kajian yang menunjukkan bersenam kardio sangat membantu anda menjadi sihat samada otak amhupun jantung.

Malah saintis sekarang lebih cenderung untuk galakkan pesakit yang ada masalah dimentia untuk bersenamn terlebih dahulu sebelum diberikan ubat yang berupa dadah dan sebagainya.

Tempat jaga pesakit otak dan orang tua-tua wajib disediakan gym yang membolehkan mereka bersenam robik umpamanya.

Paling penting ubah anda sendiri.

Jadilah manusia yang suka bergerak naikkan degupan jantung setiap hari. Moga umur panjang dan akal waras tanpa masalah nyanyuk atau dimentia.

Selamat mencuba
 
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Cari jalan amalkan jogging - Kajian buktikan ia boleh bantu anda kuatkan daya ingatan

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !