Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Saturday, October 17, 2020

Tunggu dan mencari sempurna itu sebenarnya menjauhi bahagia - Penulis Jemputan

  Mohd Shubhi       Saturday, October 17, 2020

Saya kongsikan satu lagi artikel sumbangan dari En Azad Jasmi yang dikirim pada 16 Oktober 2020.

Ramai manusia ingin menjadi sempurna dan ingin mencari kesempurnaan. Lagi banyak kita ingin mencari kesempurnaan, lagi tertekan hidup kita. 

Kajian menunjukkan ramai orang menjadi tertekan dan jauh dari kebahagian apabila mereka ingin mencari sesuatu yang sempurna. Mencari kesempurnaan dalam hidup, ditempat kerja, mencari segala-galanya yang sempurna.

Ini akan menjadikan diri sendiri serta orang di sekeliling kita samada rakan kerja, keluarga, pasangan atau kenalan menjadi tertekan.

Sebagai manusia sering diuji dengan pelbagai cabaran dalam kehidupan seperti sakit, kesusahan hidup dan kematian, ketabahan manusia menghadapi ujian Allah banyak bergantung kepada keimanan seseorang.

Allah SWT berfirman bermaksud,

“Kamu sekalian Kami uji dengan keadaan serba ketakutan, lapar dan serba kekurangan, baik mengenai harta, jiwa, mahupun mengenai hasil tanaman, dan buah-buahan, gembiralah orang yang sabar, tidak ditimpa sesuatu musibah, mereka (berserah diri kepada Allah) dengan mengucapkan: kami kepunyaan Allah dan kepada-Nya kami kembali.” (Al-Baqarah: 156).

Ayat ini jelas menunjukkan kehidupan manusia itu sentiasa diuji dengan pelbagai cubaan. Ujian ini bertujuan melihat kesabaran pada hamba-Nya.

Selanjutnya Allah berfirman bermaksud,

“Barang siapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah memberi kepadanya jalan keluar (dari segala kesukaran) dan diberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka.” (Riwayat Surah Ath Thalaq:2-3).

Setiap ujian dan dugaan dalam kehidupan akan mendidik seseorang itu menjadi manusia sejati iaitu beriman, bertakwa, serta meneruskan tujuan hidup mencari keredaan Allah.

Kehidupan jangan tersasar dan mesti mengikut Rasulullah SAW dalam segala bidang. Baik yang berhubung dengan Allah mahupun berhubungan dengan sesama manusia. 

Hal ini sesuai dengan firman Allah bermaksud,

“Tidak ada manusia yang paling mulia di sisi Allah melainkan yang benar-benar takwa kepada Allah.” (Al-Hujarat:13)

Dalam hal kesabaran Nabi SAW mengingatkan dalam sabdanya bermaksud,

“Sabar yang sebenarnya pada saat bermula tertimpa musibah.” (Riwayat Al Bukhari).

Seterusnya, Nabi SAW bersabda bermaksud,

“Tidak ada suatu rezeki yang Allah berikan kepada seorang hamba yang lebih luas baginya daripada sabar.” (Riwayat Al-Hakim).

Ada pepatah mengatakan kesempurnaan hidup terletak pada tiga perkara, iaitu pandai menahan hati dalam menjunjung agama, sabar ketika ditimpa musibah dan pandai mengatur belanja.

Sementara itu, ahli Tasauf Hassan Basri menyatakan,

“Barang siapa tidak ada adab bererti tidak ada ilmu. Barang siapa tidak ada kesabaran, bererti ia tidak ada agama. Barang siapa tidak ada sifat warak, bererti ia tidak dekat dengan Tuhannya.”

Ada cerita yang boleh kita ambil sebagai satu pengajaran.

Pada suatu hari, Khalil Gibran bertanya kepada gurunya :

"Bagaimana caranya agar kita mendapatkan sesuatu yang paling sempurna didalam hidup.?"

Sang Guru :

"Berjalanlah lurus ditaman bunga, lalu petiklah bunga yang paling indah pada pandangan mu dan jangan pernah kembali ke belakang.”

Setelah berjalan dan sampai di hujung taman, Khalil Gibran kembali dengan tangan hampa, lalu Sang Guru bertanya :

"Mengapa kamu tidak mendapatkan bunga satu pun?”

Gibran :

"Sebenarnya tadi aku sudah menemukannya, tapi aku tidak memetiknya, kerana aku fikir mungkin ada yang lebih indah akan aku jumpa di depan nanti.

Namun ketika aku sudah sampai di hujun taman, lalu baru aku sedar bahawa yang aku lihat tadi adalah yang TERINDAH, dan aku pun tidak boleh kembali ke belakang lagi.”

Sambil tersenyum, Sang Guru berkata :

"Ya, itulah hidup.. semakin kita mencari kesempurnaan, semakin pula kita tak akan pernah mendapatkannya.

Kerana sejatinya kesempurnaan yang hakiki tidak pernah ada, yang ada hanyalah keikhlasan hati kita utk menerima kekurangan.”

• Bila tidak mampu memberi, jangan lah mengambil.

• Bila tidak mampu mengasihi, jangan membenci.

• Bila tidak mampu menghibur orang, jangan membuatnya sedih.

• Bila tidak mampu meringankan beban orang lain, jangan lah menyusahkannnya.

• Bila tak sanggup memuji, jangan mengeji.

• Bila tidak mampu menghargai, jangan lah menghina.

"Jangan mencari kesempurnaan, tapi sempurnakanlah apa yg telah ada pada kita" kata Sang Guru tadi.

Ini ialah peringatan buat saya sendiri dan semoga ada manfaat buat semua insyAllah. Jika ada yang baik itu pastu dari Allah dan yang lemah dan buruk itu pastinya dari saya.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Tunggu dan mencari sempurna itu sebenarnya menjauhi bahagia - Penulis Jemputan

Previous
« Prev Post

1 comment:

  1. Petua hati yg tenang ;
    1. Qanaah, syukur dgn apa adanya yg dikurniakan Allah swt.
    2. Maafkan semua org.
    InsyaAllah tenang jiwa.

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !