Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Sunday, January 17, 2021

Macam mana nak terlelap tidur dengan pantas sebaik saja anda baring atas katil

  Mohd Shubhi       Sunday, January 17, 2021


Anda ada masalah untuk tidur dengan pantas?

Artikel ni boleh bantu anda untuk pastikan selepas ini, terus dapat tidur bila masuk ke dalam bilik tidur, baringkan badan dan pejamkan mata.

Masalah mata tak boleh nak lelap bila setiap kali masuk tidur ni memang sangat merimaskan.

Perkara macam ni sering berlaku masa zaman student dulu. Esok nak kena bangun awal untuk solat berebut bilik mandi dan kemudiannya bersiap nak masuk kelas. Tapi malam tu mata tak mahu nak lelap pulak.

Mata pejam, akal masih sedar. Bunyi jam berdetik makin lama makin kuat. Tik tok tik tok tik tok .. makin lama makin takut nak buka mata nak tengok dah jam berapa. 

Sering sangat berlaku macam tu sampai jam 3 pagi masih tak boleh nak lelapkan mata. Entah apa yang tak kena tak tahulah. makin tertekan makin tak dapat nak lelapkan mata.

Paling jahat, bila dah dekap nak masuk waktu subuh tu, mulalah nak lelap dan tertidur ..

Pernah jadi macam itu tak?

Naik keretapi gerabak tidur

Masa zaman bujang kat KL dulu, bila nak adjust waktu tidur supaya dapat tidur lebih awal, saya akan ambil tiket keretapi dari KL balik ke Bukit Mertajam. Ambil kabin tidur.

Biasanya keretapi akan bergerak dalam lingkungan 9:30 malam dari Stesen Keretapi kat KL tu. Saya akan naik, masuk ke dalam bilik tidur, biasanya ambil bahagian atas. Susun bag bagi selesa dan tunggu pemeriksa tiket datang dulu.

Sebaik saya tiket dah diperiksa, terus tutup semua tirai dan mula baring pejamkan mata. Keretapi mula berjalan perlahan-lahan. Terasa sangat sedap macam dibuai ketika tidur di dalam buaian masa zaman kanak-kanak dulu.

Biasanya tidur dalam kabin keretapi macam tu sangat mudah terlelap. Bagun pagi dah subuh. Sampai dah kat Bukit Mertajam.

Masa nak balik ke Kl pun buat macam tu juga. Dan biasanya selepas itu, waktu tidur malam akan dapat diselaraskan semula. Dah dapat tidur awal dengan mudah sekali sebab dah berjaya buat selarasan masa tidur dengan mudah dalam kabin kereta pi tadi.

Tidur pantas cara askar

Anda tak perlu pergi ambil tiket naik keretapi untuk adjust waktu tidur dan kasi mudah dapat tidur. tapi boleh cuba teknik askar yang saya kongsikan kat bawah ni.

Teknik ni dikongsikan dalam buku ang bertajuk “Relax and Win: Championship Performance.”

Katanya, askar akan dilatih untuk mudah tidur sepantas 2 minit saja paling lama untuk lelapkan mata terus tidur. Walau macam manapun, askar perlu berlatih lebih kurang dalam 6 minggu untuk berjaya menguasainya.

6 minggu sama dengan sebulan setenagh saja. Rasanya sangat berbaloi untuk anda cuba berlatih amalkannya. Boleh jadi satu kelebihan yang amat baik untuk kehidupan anda bila dah berjaya menguasainya.

Katanya, askat yang dah berjaya kuasai teknik ini tetap dapat tidur dengan pantas dan nyenyak sekalipun baru leas minum kopi dan ketika senapang berdentum dentam di sekeliling!

Caranya begini:

  1. Cuba tenangkan dan relaks kesemua bahagian muka anda termasuklah di dalam mulut dan bibir sekali.
  2. Jatuhkan bahu rapat ke bawah lepaskan ketegangan. Begitu juga tangan anda kedua-duanya rapatkan sampai lembik tersadai atas tilam bersebelahan badan anda.
  3. Lepaskan nafas sambil tenangkan dada anda. 
  4. Buat latihan bernafas bernafas dengan betul. Dengan menggunakan teknik 4/7/8. Iaitu, tarik nafas dengan kiraan 4 kali tarik guna hudung sambil tutupkan mulut anda. Tahan nafas dengan kiraan 7 kali dan lepaskan nafas dengan kiraan 8 kali.
  5. Relaks kesemua bahagian kaki, betis dan peha anda. Tenangkan semua otot kaki tu supaya terasa lembut.
  6. Kosongkan fikiran dengan bayangkan suasana yang aman damai dan nyaman. kalau anda suka suasana hutan bayangkan hutan. Kalau suka pantai, payangkan pantai di waktu malam damai.
  7. Anda perlu pantau pemikiran tu, sentiasa ingat fikiran anda 'jangan berfikir'. Kalau payah sangat nak fokus supaya tak berfikir, anda boleh sebut 'jangan berfikir' perahan-lahan sampai akhirnya anda tertidur.
Cuba amalkan latihan di atas sampai anda berjaya menguasainya dan dapat memudahkan tidur bila anda buat keputusan untuk tidur.

Selamat mencuba

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Macam mana nak terlelap tidur dengan pantas sebaik saja anda baring atas katil

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !